​Dilanda Badai Di Dalam Pelayaran Dunhill Royal Yacht?

Memori dengan “kapal layar diraja” ini sudah pun bermula sejak dari awal detik perpipaan saya… Dengan nama yang diluar konteks perpipaan, seni tin tembakau yang bersifat agak retro dan penawaran blend bukan English yang diluar kebiasaan Dunhill (yang terkenal dengan blend-blend bersifat English), ia bererti sesuatu yang anda perlu cuba. Sedang itu warna tin “artwork”nya yang kuning-merah juga bagaikan magnet untuk mata pemipa ketika memerhati … Continue reading ​Dilanda Badai Di Dalam Pelayaran Dunhill Royal Yacht?

Meneliti Perkembangan dan Evolusi Bentuk-Bentuk Pipa

  Salah satu sebab kenapa hobi berpipa ni menarik adalah kerana variasi bentuk pipa adalah pelbagai. Walaupun ia hanyalah sebuah instrumen yang digunakan untuk tujuan rehat dan santai sahaja, pipa adalah sangat personal, ada elemen individualistik terhadapnya, menggesa perhatian dan pastinya tidak pernah lekang dari bibir dan tangan pemipa. Malahan pada awal abad ke 20 pipa adalah umpama pencukur janggut: suatu keperluan maskulin yang penting … Continue reading Meneliti Perkembangan dan Evolusi Bentuk-Bentuk Pipa

Berpipa Adalah Satu Preskripsi Alternatif Kepada Kemelut Jiwa

Umum pemipa semua tahu berpipa ini adalah rutin harian yang ditunggu-tunggu. Ini benar terutamanya pemipa yang bekerja dimana aktiviti berpipa tidak boleh dilakukan di opis atau tempat kerja masing-masing. Semakin jam berdetik ke arah angka 5 semakin jelas bayangan pipa dan tembakau pilihan yang bakal dinikmati kelak. Bayangkan keadaan kita yang baru pulang dari kerja, menikmati makan malam bersama keluarga dan kemudian mengundurkan diri ke … Continue reading Berpipa Adalah Satu Preskripsi Alternatif Kepada Kemelut Jiwa

“Lat-Bomb” ; Bersedia Untuk Dos yang Lebih Tinggi?

​ Tahap penerimaan latakia seseorang pemipa itu adalah berbeza. Banyak yang bermula dengan aromatik, kemudian berjinak dengan virginia, va/per, English, oriental dan seterusnya. Ini adalah kitaran asas yang umum dirasai semua pemipa, walaupun ada yang mungkin terjun seperti dari aromatik terus ke English, kemudian balik ke full virginia dan bermacam lagi. Tidak kurang juga pemipa-pemipa yang datang melalui “pintu belakang” – biasanya golongan yang sudah … Continue reading “Lat-Bomb” ; Bersedia Untuk Dos yang Lebih Tinggi?

Siri “Berdamping Dengan Blend” – English

​ Ini adalah siri ke-empat (selepas aromatik, va/per, dan full virginia) yang menampilkan genre blend yang kita semua sudah sedia maklum. Cuma kali ini genre yang dibincangkan adalah genre yang sangat unik dan diminati ramai – blend English. Sewajarnya sebelum bermula, kita perlu faham akan apakah peratusan komposisi sesebuah blend English? Apa yang menjadikan sesebuah blend itu English dan apakah sempadannya dengan blend terdekat iaitu … Continue reading Siri “Berdamping Dengan Blend” – English

Siri “Bergelumang Dengan Ira Briar” : Ira Silang (Cross Grain)

​ Kita memperkatakan tentang “bird’s eye” atau mata beburung tidak lama dahulu. Ia sememangnya satu fenomena briar yang menarik dan mengujakan para pemipa di serata dunia. Yang menariknya, kebanyakan pipa dengan finishing smooth dan sandblast selalunya memiliki unjuran bird’s eye ini sama ada sedikit ataupun banyak. Seperti yang kita tahu, fenomena mata beburung ini pun sebenarnya datang dengan unjuran ira grain itu sendiri, sama ada … Continue reading Siri “Bergelumang Dengan Ira Briar” : Ira Silang (Cross Grain)

Ulasan Baccy : Peterson Irish Oak

​ Blend-blend dari Peterson merupakan antara yang paling dikenali di dunia. Ini sebenarnya dibantu oleh faktor pengedaran dan pemasaran yang baik. Kemana saja kita pergi, blend tembakau pipa Peterson pasti mudah ditemui. Baik aromatik, virginia, va/per, mahupun English blends, Peterson memiliki kesemuanya, walaupun mereka lebih dikenali dengan blend-blend aromatik dan persembahan mereka agak terhad di bahagian English / latakia. Peterson Irish Oak adalah antara offering … Continue reading Ulasan Baccy : Peterson Irish Oak

 1001 Tembakau di Atas Dulang Perak : Apa Anda Harus Lakukan Dengannya?

Untungnya pemipa zaman sekarang! Jauh lebih setengah abad yang lepas, diversiti blend yang ada untuk pemipa rasanya boleh dibilang dengan jari. Berbeza dengan hari ini, di mana jika anda hanya membeli 5% dari keseluruhan diversiti blend yang ada di kedai tembakau pun, duit di poket anda pula yang boleh dibilang dengan jari… Sebanyak mana diversiti yang boleh kita jangkakan dari rupa dan kelompok etnik manusia, … Continue reading  1001 Tembakau di Atas Dulang Perak : Apa Anda Harus Lakukan Dengannya?

Asas Pemipa Pemula : “Tounge Burn” dan Penjelasannya

​ Minggu lepas telah kita bincangkan akan fenomena “tounge bite” yang disebabkan oleh tindakbalas kimia antara palate dan lidah kita dengan asap tembakau pipa yang dinikmati. Itulah “gigitan”, yang agak berlainan dengan tindakbalas lidah yang pedih menerima haba yang bersuhu tinggi seperti terbakar, yang kita boleh termakan sebagai “tounge burn”. Memahami konsep “tounge bite” tadi mungkin agak sukar kerana ia berkaitan dengan komposisi kimia dan … Continue reading Asas Pemipa Pemula : “Tounge Burn” dan Penjelasannya

Asas Pemipa Pemula : “Tounge Bite” dan Penjelasannya

​  Sebagai pemipa pemula, mengalami “tongue bite” dan “tounge burn” adalah perkara yang hampir pasti berlaku pada beberapa minggu pertama berpipa. Mungkin sesetengah kita adalah sangat bertuah dan tidak pernah mengalami, tetapi kebanyakan pemipa tidak akan terlepas darinya. Saya sendiri turut mengalami “tounge bite” dan “tounge burn” pada hari ketiga berpipa. Setelah beberapa lama, barulah saya tahu yang saya mengalami “tounge burn” pada hari ketiga dan … Continue reading Asas Pemipa Pemula : “Tounge Bite” dan Penjelasannya