1001 Tembakau di Atas Dulang Perak : Apa Anda Harus Lakukan Dengannya?

Untungnya pemipa zaman sekarang!

Jauh lebih setengah abad yang lepas, diversiti blend yang ada untuk pemipa rasanya boleh dibilang dengan jari. Berbeza dengan hari ini, di mana jika anda hanya membeli 5% dari keseluruhan diversiti blend yang ada di kedai tembakau pun, duit di poket anda pula yang boleh dibilang dengan jari…

Sebanyak mana diversiti yang boleh kita jangkakan dari rupa dan kelompok etnik manusia, begitulah jua halnya dengan baccy. Datangnya mereka dari beberapa kumpulan daun yang asas, kemudian berlaku bercambahan benih, percantuman tunas, hibrid dan penghasilan variasi baru yang lain dari segi rupa, struktur daun dan komposisi biologikalnya.

Begitulah halnya bila kemajuan teknologi dan sektor pertanian bergabung. Seperti mana kita melihat contoh perkembangan hasil durian kita; dari durian kampung, dimajukan ke D24, kemudian datang bermacam jenis dan hybrid seperti D101, udang merah, musang king dan lain-lain. Yang mendapat manfaat dari semua ini adalah kita sebagai pembeli, pengguna dan konsumer.

kaedah pemprosesan tembakau iaitu “curing” juga adalah berbeza-beza dan menghasilkan produk akhir dengan rasa yang unik dan bervariasi

Sekiranya percambahan benih itu masih kurang seronok, terdapat pula pelbagai kaedah kultivasi dan “curing” yang berlainan untuk menambah diversiti kepada variasi yang ada. Flue-cured, fire-cured, sun-cured dan pelbagai lagi dipergunakan oleh pengusaha tembakau sebelum ia di jual kepada pembekal. 

Penghasilan fire-cured ala Latakia yang memerlukan penggunaan bahan bakar tertentu juga sebenarnya mampu membuka banyak ruang kepada dimensi rasa yang baru – mengapa terhad kepada bahan bakar terdahulu seperti kayu api dari pokok-pokok renek sahaja? Mengapa tidak menggunakan elemen-elemen lain seperti bunga atau buah yang telah dikeringkan sebagai bahan bakar tambahan? Atau rempahan seperti kayu manis atau jintan? Lihat, betapa meluasnya konsep dark-fired jika ia betul-betul dikaji untuk eksplorasi.

Penghasilan virginia pula sudah lama pun bergantung-harap pada kondisi tanah dan kultivasi tempatan, demi penghasilan variasi virginia yang memiliki perbezaan rasa yang ketara. Lain “belt” asal sesuatu virginia itu lain kondisi minyak mineral nya, lain kuantiti glukosnya. Yellow virginia dengan red virginia pun banyak perbezaannya, dengan kadar glukos yang sangat berbeza jika diblend dengan tembakau lain pastinya memberi dimensi rasa yang tersendiri.

lokaliti virginia adalah sangat meluas – ia bertindak balas dengan baik sekali pada kadar nutrisi tanah dan cuaca persekitaran, lantas memberikan variasi rasa yang sangat menarik

Dari Virginia hingga ke Georgia, kemudian ada juga yang datang dari Brazil, Tanzania, Mysore, malahan negara Asia Pasifik seperti Malaysia, Indonesia (dengan 30% peratusan kasar pengeluaran virginia), mungkin Philippines dan juga Thailand. Bayangkan jika sekali sekala datang sesebuah blend yang menonjolkan penggunaan daun virginia dengan ringkasan yang menarik seperti “…feel the punch of this full-bodied virginia from the coastal region of Bachok”, atau “…made of virginia hand-plucked from the mineral-rich plains of Bojonegoro in East Java…”, tentunya menarik bukan? 

Itu belum lagi kita menjenguk puluhan jenis tembakau oriental yang ditanam secara kecil-kecilan di serata Eropah timur. Izmir dan Smyrna selalu kita jumpa (itu pun dalam bentuk Cyprian latakia) dan Basma (kerana Frog Morton On The Town mudah didapati di sini). Bagaimana dengan Katerini, Drama, Mahalla, Samsun Yenidje, Sokhoum, Bashi Bagli? Itu pun, mungkin banyak lagi tembakau-tembakau oriental kultivasi setempat yang kita akan terjumpa walaupun tidak diketahui kewujudannya, jika anda mudik Selat Bosphorus ke pedalaman Turki atau menyeberang laut mencari di sekitar persisiran Greece.

Tidak lama kemudian, kita dikejutkan pula dengan Semois! Bagaikan satu enigma baru dunia perpaipan, Semois dibelai bak kucing manja oleh pemipa barat, malah ramai yang menjadikannya sebagai “go-to baccy”. Ia menghimbau zaman maskulin perpipaan dulu-dulu dengan rasa full-bodied yang sedikit keras. Ia ibarat sheriff yang berkuasa di pekan koboi, jika diletakkan di sebelah blend-blend aromatik di rak tembakau anda. Jadi, tiga ke lima tahun lagi siapakan tahu, akan ditemui sebuah lagi kultivasi tembakau “standalone” dari Port Au Prince atau Casablanca?

burley adalah jenis tembakau yang sangat “low profile” dan “underrated” – kepelbagaiannya yang kurang adalah kerana kurangnya penerokaan terhadap tembakau burley itu sendiri

Berbalik kita ke tembakau asas, di mana ada satu daun yang jarang sekali dipandang pemipa – burley. Semestinya burley digunakan secara meluas di dalam blend aromatik, dek kerana kadar penyerapan flavor yang mampu diberikan olehnya. Tetapi tahukah anda yang blend-blend yang berteraskan burley sebagai tembakau primer juga mampu memberikan pengalaman perpipaan yang begitu baik sekali? Mungkin rasanya tidak “spot-on” seperti virginia dan latakia, tetapi sangat baik untuk mereka yang mahukan flavor asli tembakau, sedikit “nuttiness” dan mungkin “buttery”, dengan kadar nikotin yang agak memberangsangkan.

Bercakap tentang burley blend ini, mungkin salah blending-blending house juga kerana tidak menawarkan banyak seleksi dari kelompok daun ini, namun untuk berfikiran terbuka mereka juga bereaksi dengan kehendak pasaran – di mana kurangnya perhatian dari kita pemipa maka sudah tentu blending house juga tidak akan mengeluarkan banyak pilihan untuk blend burley. Secara peribadi, saya rasakan burley mampu untuk berevolusi dan potensi yang ada padanya adalah sangat tinggi – sesuatu yang mungkin akan kita bincangkan suatu hari nanti.

Di antara kita juga pasti ramai yang telah mencuba blend-blend yang berinspirasikan cigar, di mana penggunaan daun-daun cigar diterapkan di dalam komposisi blend. Ini juga adalah satu “blue ocean” yang belum habis diterokai, kerana setakat ini kebanyakan blend-blend seperti ini hanya ada sedikit sahaja, dan majoritinya menggunakan daunan Maduro. Bagaimana dengan variasi lain seperti Criollo, Corojo, Oscuro, atau Connecticut Shade? Jadi, eksplorasi “hybrid” tembakau pipa dengan daunan cigar ini juga sebenarnya tidaklah begitu meluas. Masih ada ruang untuk lebih perincian di dalam kategori ini.

explorasi tembakau curut / cigar di dalam dunia tembakau pipa adalah sangat-sangat kurang dan bersifat “one dimensional” – sesuatu yang agak malang kerana terdapat banyak lagi jenis tembakau curut yang tidak pernah dibakar di dalam dapur pipa sehingga kini

Adakah anda merasakan yang evolusi blend aromatik sudah terhenti setakat itu sahaja? Selain dari infusion flavor-flavor yang biasa melalui teknik “casing”, “dressing” hinggalah ke “casking” dalam tong barrel-barrel tertentu, aromatik sememangnya mementingkan bau dan rasa. Pada bahagian rasa, blend-blend aromatik hanya berjaya membawa flavor dari “casing” sahaja, namun peliknya tidak banyak blending house yang mahu menghasilkan aromatik yang memuaskan, setidak-tidaknya “medium bodied” dan dengan sedikit hentaman nikotin. Adakah ia mustahil?

Di peringkat pemipa yang sudah merasai kebanyakan blend kita selalu bercakap tentang kelemahan yang ada pada blend aromatik, dan peliknya tidak ada blending house yang mahu (atau mungkin mampu) menghasilkan blend aromatik yang mampu menjawab segala kehendak pemipa tadi. Atau, mungkin beberapa sudah pun memasuki “pipeline” – kita tunggu dan lihat.

Dunia tembakau adalah senantiasa organik. Kita memiliki banyak perbezaan rasa pada jenis daun yang sama, hanya kerana ia ditanam di tempat lain atau dikultivasi dengan cara yang berbeza. Dengan 1001 macam potensi yang dimiliki oleh daunan bangsawan ini, janganlah kita pemipa pula menjadi paranoid dengan membataskan deria kita dengan sesebuah blend tertentu sahaja. 

anda merasakan yang tembakau “honeydew” bermaksud ia diperisakan dengan tembikai susu? Fikirkan semula kerana “honeydew” adalah satu proses penyediaan tembakau yang melibatkan proses pemeraman dengan liquorice dan molasses sehingga satu flavor yang unik terhasil

Baca, fahami, cuba, beli, bereksperimentasi, hayati, nikmati dan kongsi lah blend-blend yang belum anda terfikir untuk capai, selagi mana anda mampu. Kerana tiada apa yang lebih malang bagi seseorang pemipa melainkan untuk menyedari yang dia sangat menyukai sesuatu blend yang sudah pun dalam proses untuk ditamatkan pengeluarannya. 

Time and tobacco waits for no man…

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s