“Ghosting” – Kepuakaan di Dalam Bowl

“Ghosting” adalah satu isu yang sering diperkatakan terutamanya ketika pemipa membeli atau ingin memiliki pipa-pipa estate. Faktor negatif ini selalunya berkait rapat dengan penjagaan sesebuah pipa ketika ia berada di tangan tuan asal, di mana tentunya sebagai pembeli, kita pemipa tidak dapat mengetahui secara mendalam akan situasi pipa estate itu sehinggalah ia berada di tangan kita sendiri.

Seringkali dinyatakan bahawa pipa estate adalah satu pasaran yang menarik, kerana bukan semua pemipa lahir disuapkan nestum dengan sudu perak untuk kita mampu membeli pipa-pipa berjenama mahal yang baru. Jadi terkadang beberapa jenama atasan atau pipa buatan artisan terkenal hanya mampu dipandang, dan pasaran estate menjanjikan harga yang jauh lebih murah dan mampu milik.

image

Definisi sebenar “ghosting” adalah keadaan di mana bau dan rasa tembakau lama, yang digunakan oleh pemipa asal sesebuah pipa, melekat dan tinggal di dalam pipa tersebut. Ia boleh jadi aromatik, latakia, lakeland dan sebagainya, namun yang jelas tidak ramai pemipa yang senang dengan kehadiran hantu flavor di dalam pipa mereka. Bukan sekadar perasaan kurang hygienic itu akan timbul, tetapi yang lebih dirisaukan lagi adalah kegagalan pipa tersebut untuk memberikan rasa baccy-baccy baru secara terperinci dan tepat.

Sudah tentu, pemipa asal akan dipersalahkan kerana “ghosting” memberi gambaran tentang kurangnya kesedaran untuk membersihkan pipa oleh pemipa tersebut. Masakan tidak, terkadang ada segelintir pemipa yang memang suka menbiarkan baccy mereka di dalam pipa buat masa yang lama – mungkin tidak sempat membersihkan selepas selesai berpipa atau mungkin terlupa – jadi flavor yang tinggal berkemungkinan lekat di dalam bowl.

Ada kebenarannya teori itu, tetapi keadaan tidak lah begitu mudah untuk kita membuat kesimpulan sebegitu sahaja. Ghosting boleh juga berlaku pada pipa-pipa seseorang pemipa yang rajin membersihkan pipa setiap kali selesai berpipa. Terdapat beberapa jenis baccy atau blends yang sememangnya diketahui boleh menyebabkan ghosting. Antara yang paling popular untuk dipetik di sini adalah blend-blend lakeland.

Blend-blend sebegini adalah blend berasaskan latakia tetapi memiliki “casing” tertentu, di mana ia agak aromatik dan wangi. Sesetengahnya sangat kuat hingga dikaitkan dengan potpourri dan sabun – menjelmakan terma “soapy blend”. Tentunya, ia adalah sedap bagi penggemar baccy kategori ini tetapi mungkin memualkan bagi sesetengah pemipa. Jika ghosting terbentuk darinya, maka pemipa-pemipa yang bakal memiliki pipa estate tersebut pasti akan berkeluh-kesah nanti.

Secara saintifik, setiap kali kita berpipa, lembapan dari baccy dan kehangatan pembakaran akan diserap sedikit demi sedikit oleh dinding bowl dan lama-kelamaan rasa itu mungkin akan lekat. Disebabkan itu lah, kita selalu dinasihatkan untuk membersihkan pipa setiap kali selesai. Ini adalah kerana, dengan mengutamakan hygiene sebegini, anda mampu mencegah pipa dari dihantui.

Jika itu bukan cara anda, atau jika pipa yang ghosting itu adalah sebuah pipa estate yang anda baru beli, maka tentunya anda tidak boleh dipersalahkan. Mungkin salah pemipa asal, tetapi harus diingat yang pipa adalah alat peribadi seseorang dan sudah tentu kita tidak berhak untuk memaksa semua pemipa menjadi peka kepada hygiene.

image

Juga faktor lain yang patut kita lihat adalah sesetengah ghosting adalah baik untuk sesetengah pemipa. Ini bukan pendapat kebanyakan pemipa, tetapi memang wujud beberapa pemipa yang lebih sukakan pipa mereka berperisa lebih awal, terutamanya jika jenis ghosting itu kena pada tekak mereka. Lagi pun, mereka tidak perlu risau akan proses “break in” dan dapat terus menikmati pipa tanpa banyak kerenah.

Serba sedikit, begitulah “ghosting” dan kedudukannya di dalam masyarakat pemipa kita. Baik atau buruk, ia bergantung pada pemipa itu sendiri. Nanti di kemudian hari, kita akan bincangkan pula beberapa konsep membuang puaka, yang mungkin berguna buat pemipa-pemipa yang mula mahu berjinak dalam dunia pipa estate.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s