Ancaman Kulat pada Baccy & Langkah Pencegahannya

“…Sekembalinya dari kerja, badan yang lesu tiba-tiba menjadi bersemangat dan bertenaga sejurus melihat bungkusan dari UPS di atas rak kasut. Tanpa sempat menanggalkan stokin, parcel itu diambil dan dibawa masuk ke dalam bilik membaca. Badan dihempaskan ke kerusi cleopatra merah dan bungkusan dibuka dengan ganas. Plastik gelembung penyerap hentak pun dikoyakkan begitu sahaja. Di dalamnya….wow! Tin tembakau artisanal G.L Pease “Gaslight” tersimpan rapi, dan masih dalam keadaan baik. Penutup tin dibuka bunyi “hisss” dan bau latakia enak pantas menyerbu hidung. Corncob Missouri Meerschaum dicapai, pipa “tester” yang sememangnya banyak berjasa itu akan berbakti lagi petang ini. Sedikit baccy dicubit dan ditonyoh ke dalam bowl Missouri, dipack rapi tetapi…..argh! Adakah baccy ini berkulat? Apakah itu? Tidak! Tidak!…” ~ pemipa malang, Pekan Razaki, Ipoh.

image
"keputihan" pada baccy anda - adakah itu kulat?

Anda mungkin pernah melalui pengalaman sebegini. Baccy yang mahal, ditatang bagai minyak yang penuh akhirnya menjadi mangsa percambahan benih kulat. Angan-angan untuk cellaring putus di tengah jalan. Lebih sedih lagi, blend tersebut sudah sukar untuk didapati di pasaran.

Sebenarnya, tidak mudah juga untuk baccy dijangkiti kulat secara agresif. Percambahan kulat memerlukan elemen yang cukup untuknya bercambah: udara, air dan kebarangkalian tindakbalas mikroorganisma yang selalunya dikaitkan dengan sentuhan. Oleh itu, selalunya hanya baccy-baccy yang tinnya telah dibuka dan disentuh berpotensi untuk berkulat.

Walau bagaimanapun, sesetengah baccy yang belum dibuka juga terkadang memiliki masalah ini. Selalunya, ia terjadi mungkin disebabkan oleh kesilapan manusia di sepanjang proses penghasilan nya: mungkin penutup tin tidak “air right”, gagal menggunakan sarung tangan ketika memasukkan baccy ke dalam tin dan sebagainya. Sebagai pengguna, kita haruslah bijak dengan membawa kembali baccy itu ke kedai dan meminta pertukaran pek yang lain.

image
hablur-hablur glukos yang sering disalah-erti sebagai kulat

Jangkitan kulat pun terdapat di dalam beberapa peringkat dan jenis. Yang paling selalu dijumpai adalah hablur-hablur putih halus yang tidak dapat dirasa dengan sentuhan. Ini sebenarnya adalah hasil pemeraman glukos yang biasa dan tidak langsung mengubah rasa, apatah lagi mendatangkan bahaya. Malah, ia adalah tanda pemeraman baccy berlaku dengan baik.

Jangkitan kulat yang berbentuk seperti sarang labah-labah, keputihan dan kekadang kehijauan, perlu diambil tindakan dan tidak sepatutnya dihisap. Tiada kajian dijalankan yang boleh menentukan samada ia berbahaya atau tidak, namun ia tentunya merubah rasa baccy yang terjangkit. Sebaiknya, bahagian yang dijangkiti perlu dibuang dan bahagian yang tidak dijangkiti, walaupun masih baik untuk digunakan, seharusnya diasingkan, kerana khuatir ia akan menjangkiti baccy-baccy yang lain. Jangan pula dibuang semua – baccy adalah luxury dan mahal untuk dibazirkan!

Jadi, sebagai pemipa bijak alaf ke-21, apakah yang harus kita lakukan? Terdapat beberapa strategi yang boleh kita amalkan, demi menjaga kesinambungan baccy yang baik dan mendapatkan hasil yang terbaik dari usaha “cellaring” kita.

image
kulat tahap separa teruk yang sudah bersawang di baccy anda

Pertama, utamakan hygiene yang baik. Kita berhabis duit membeli baccy bukan? Jadi ambil lah sedikit langkah berjaga-jaga agar baccy kita kekal lama. Pastikan tangan kita bersih ketika mengendalikan baccy. Samada proses pengalihan baccy dari tin-ke-balang atau dari balang-ke-piring pengudaraan, praktikkan hygiene yang baik. Malah, tidak keterlaluan jika anda menggunakan “tweezer” atau penyepit kecil untuk proses-proses sebegini, kerana meminimumkan kontek antara tangan dan baccy juga membantu mengurangkan kebarangkalian jangkitan kulat.

Kedua, kita sepatutnya mempraktikkan rotasi blend seluas yang mungkin. Jika pagi tadi anda sudah menyalakan Early Morning Pipe, apa salahnya “packing” Aged Burley Flake pula selepas makan tengahari ini, sambil mengudarakan sedikit Devil’s Holiday di piring untuk disulam dengan teh Earl Grey pada petang harinya? Ini dapat membantu kerana anda tahu keadaan baccy anda jika anda rajin berotasi. Saya akui memang seronok melayan “go-to” baccy pilihan kita sepanjang minggu, namun rotasi baccy ada baiknya jadi cubalah amalkan selagi mampu.

image
jika hanya keputihan biasa, masih boleh diasingkan bahagian yang terjangkit

Yang terakhir, luangkan sedikit masa untuk memeriksa “cellar” anda, dari masa ke semasa. Untuk baccy yang di”cellar”, ianya adalah tanggungjawab kita sendiri. Maka rajin-rajinlah memeriksa baccy anda. Pastikan ia sentiasa dalam keadaan “air tight”, disimpan di tempat yang jauh dari matahari dan dalam keadaan sejuk. Strategi “cellaring” yang baik, mampu memberi pulangan yang lumayan di kemudian hari, lebih-lebih lagi untuk anda menikmati blend-blend yang mungkin telah pun pupus lima ke enam tahun yang akan datang.

.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s