Soliloquy pada Apresiasi “Estate” Mk. I

Sesetengah pengalaman tidak memerlukan sebarang persediaan kecuali keberanian untuk mengalaminya sendiri… Namanya tidak mencerminkan keadaan pipa yang sebenar. Sewaktu mula berpipa, apabila terdengar orang menyebut pipa “estate” saya selalu terbayang akan pipa-pipa dari bentuk atau shape yang disukai oleh pengurus-pengurus ladang. Mungkin ia berinspirasikan shape-shape yang popular di zaman penjajahan dimana pengurus-pengurus estet adalah mat salah bermisai tebal, kehulu-kehilir mengelumit pipa dengan tangan di belakang … Continue reading Soliloquy pada Apresiasi “Estate” Mk. I

Asas Pemipa Pemula : Mari Membina Dapur @ “Cake” !

Telah pun kita berbincang mengenai hikayat dan mitos yang menyelubungi pembinaan dapur atau “cake” di dalam bowl pipa kita tempohari. Sesungguhnya memang menyeronokkan melihat kreativiti orang dulu-dulu ini, yang secara tidak langsung membuktikan yang mereka pun mengambil berat akan pipa kepunyaan sendiri. Ini juga menunjukkan betapa istimewa dan “personalized”nya pipa kepada mereka. Di sebalik itu, kita, sebagai pemipa pemula, sudah tentunya risau dan teruja di … Continue reading Asas Pemipa Pemula : Mari Membina Dapur @ “Cake” !

White Light / White Heat ; Tinjau-intai Balkan Sasieni

Hujung minggu adalah waktu beriadah terbaik, terutamanya setelah sepanjang minggu duduk dalam “aircond”. Walaupun hanya memongkes dan “trim” pokok bunga kertas, musim-musim panas sebegini di dalam cuaca serba panas memang baik untuk badan berpeluh. Mertua saya sangat sayangkan pokok-pokok bunganya. Beliau melarang saya untuk berpipa sambil membantunya disekitar pokok-pokok ini, walaupun saya cuba mengaitkan teori karbon dioksida dan monoksida dari asap yang baik untuk proses … Continue reading White Light / White Heat ; Tinjau-intai Balkan Sasieni

Bila Dunia Menangisi Kehilangan Syrian Latakia

Hari demi hari, kita dihadapkan dengan berita mengenai konflik di Syria. Dengan intensiti perang saudara dan campurtangan politik yang semakin meruncing di negara ini, kita seakan sudah pun boleh memberikan Syrian Latakia lambaian dan ciuman terakhir. Konflik di Syria adalah satu contoh betapa menderitanya rakyat (dan pemipa sejagat) jika perang saudara tercetus dari perbezaan politik. Bermula dengan insiden anggota keselamatan melepaskan tembakan terhadap orang awam … Continue reading Bila Dunia Menangisi Kehilangan Syrian Latakia

Ulasan Baccy : Dunhill Elizabethan Mixture

Kedatangan Dunhill Elizabethan Mixture pada hujung 2014 di Malaysia sememangnya saya nanti-nantikan. Sebab utama adalah kerana ini bagaikan satu petanda baik yang Dunhill akan membuat “revival” blend-blend lamanya yang popular. Dalam hal ini, ia ternyata benar kerana selepas Elizabethan, Aperitif dan Durbar pun tiba dan tak lama kemudian Baby Bottom (BB1938), Three Years Matured dan Ready Rubbed pula singgah di kedai-kedai baccy serata negeri. Sebab … Continue reading Ulasan Baccy : Dunhill Elizabethan Mixture

Pipetune Tuesday : Wilco “Yankee Hotel Foxtrot” + NYPC Hell’s Kitchen

Ada tiga album yang membuat saya terpanggil untuk membeli, belajar dan bermain gitar; Nirvana “Nevermind”, The Rolling Stones “Exile On Main Street” dan Wilco “Yankee Hotel Foxtrot”, album pivotal genre alternative country / Americana ini. Nama Wilco adalah sebati dengan genre muzik ini. Frontman Jeff Tweedy adalah dari band Uncle Tupelo yang dikatakan pengasas genre alt.country / Americana sebenar. Namun, Wilco adalah band yang bertanggungjawab … Continue reading Pipetune Tuesday : Wilco “Yankee Hotel Foxtrot” + NYPC Hell’s Kitchen

“Breaking In” Pipa – Sejauh Mana Kebenarannya?

Konsep “breaking in” selalu berada di sekitar kita. Ia adalah satu cabang konsumerisma yang tidak akan tercatat dalam manual tetapi diketahui umum sebagai perkara-perkara yang perlu dilalui atau dilakukan. Antara contohnya ialah kereta baru, cuma konsepnya ditukar nama kepada “running in” dan anda disaran untuk memandu bawah 90km/jam dan menukar minyak hitam pada sela masa 1000km pertama. Logiknya adalah enjin baru yang mungkin masih berserpih … Continue reading “Breaking In” Pipa – Sejauh Mana Kebenarannya?

IPSD : BPCS – Apa Yang Ada Disebalik Kabut Asap Pipa-Pipa Itu?

International Pipe Smoking Day atau IPSD adalah satu hari yang ditunggu-tunggu oleh para pemipa sedunia. Berlangsung pada setiap 20 Februari, ini lah masanya di mana pemipa bergaul dengan komuniti pemipa setempat dan berkontemplasi tentang dunia perpipaan, membudayakan hobi mereka dan lain-lain hal yang berkaitan. Sebagai seorang pemipa, anda dianugerahkan dengan pelbagai kesusahan hanya kerana secebis niat suci anda untuk menjadi seorang yang lebih budiman. Anda … Continue reading IPSD : BPCS – Apa Yang Ada Disebalik Kabut Asap Pipa-Pipa Itu?

Semois : Kultivasi Sejuk Belgium

Reaksi hasil kultivasi dengan faktor-faktor lokaliti yang tersendiri seringkali membawa hasil yang unik dan menakjubkan… Pada ketika kita menjulang Perique dan Syrian latakia sebagai tembakau-tembakau di penghujung zamannya – satu dengan produksi kecil-kecilan yang semakin mengecil dan lagi satu sudah pun tidak diproduksikan dek kerana situasi politik dan sosio-ekonomi setempat – datang pula sesuatu yang tidak disangka-sangka. Ini jelas adalah bukti yang alam ini kaya … Continue reading Semois : Kultivasi Sejuk Belgium

Siri “Bergelumang Dengan Ira Briar” : Mata Beburung (Bird’s Eye)

“Bird’s eye” atau mata beburung, adalah satu fenomena alam yang hanya dapat dinikmati oleh pemipa, peminat pena-pena eksotik dan peminat pisau-pisau dengan hulu dari jenis ini. Ianya adalah pusaran, titik titik pangkal atau hujung plot ira kayu atau “grain” yang bertaburan di  dalam sesebuah briar. Bayangkan susunan jerami yang menegak di dalam sesebuah briar mentah; dari pandangan sisi kita akan nampak pertindihan selari garis-garis lurus … Continue reading Siri “Bergelumang Dengan Ira Briar” : Mata Beburung (Bird’s Eye)