Asas Pemipa Pemula : Mari Membina Dapur @ “Cake” !

Telah pun kita berbincang mengenai hikayat dan mitos yang menyelubungi pembinaan dapur atau “cake” di dalam bowl pipa kita tempohari. Sesungguhnya memang menyeronokkan melihat kreativiti orang dulu-dulu ini, yang secara tidak langsung membuktikan yang mereka pun mengambil berat akan pipa kepunyaan sendiri. Ini juga menunjukkan betapa istimewa dan “personalized”nya pipa kepada mereka.

image
membina dapur yang nipis tetapi kuat untuk membantu anda melalui sesi-sesi perpipaan panjang, adalah satu keperluan buat pemipa pemula

Di sebalik itu, kita, sebagai pemipa pemula, sudah tentunya risau dan teruja di dalam konteks pembinaan kek untuk pipa kita sendiri. Perhatian yang lebih untuk bab ini pastinya menjadi satu perkara yang penting buat seorang pemipa pemula, walaupun sering dilihat sebagai “tidak perlu” oleh pemipa-pemipa senior. Ini kerana sebagai pemula, tentunya kita takut pipa yang baru dibeli terbakar bowlnya.

Pelaburan yang anda buat untuk pembelian pipa pertama sememangnya tinggi – kalau bukan dari segi nilai, mungkin dari segi masa dan usaha yang diperuntukkan untuk mendapatkannya – jadi anda memiliki sebab yang kukuh untuk risau akan bowl pipa baru anda.

Ianya agak relevan kerana kebanyakan pemipa pemula masih tidak arif di dalam bab “control puffing” dan kebarangkalian untuk menyedut secara kerap dan kuat adalah tinggi. Jadi, pemipa pemula atau mana-mana pemipa yang tidak ambil peduli soal kepanasan bowl ketika berpipa adalah tergolong dalam mereka yang berisiko untuk menghasilkan pipa-pipa dengan bawah bowl yang terbakar, tembus dan paling tidak mencipta “charring” di dasar bowl.

image
tanpa penjagaan yang baik, kek yang terhasil adalah melebihi dari keperluan sekaligus menjadi masalah pula

Kita seringkali juga mendengar banyak langkah-langkah untuk menghasilkan dapur atau kek secara baik dan cepat. Bagi pemipa pemula, mereka tentunya tidak senang hati berpipa di dalam keadaan dapur yang masih belum terbina, jadi selalunya mereka akan cuba sedaya upaya untuk membina dapur secepat mungkin. Penggunaan bahan-bahan tradisional untuk tujuan ini adalah sangat menarik dan seharusnya dikaji.

Penggunaan madu, kopi, susu, gula, nescafe dan sebagainya, seperti yang telah kita bincangkan di artikel “mitos cake” tempohari, mungkin dapat membantu. Saya mengatakan “mungkin”, kerana secara teorinya bahan-bahan sebegini akan meng”caramelized” di dasar dan dinding dalam bowl apabila panas, sekaligus menjadi asas kepada pembinaan kek yang baik. Namun apa yang berlaku di sini sedikit sebanyak mempengaruhi rasa tembakau yang dihisap. Jika anda mahukan keaslian rasa tembakau, anda mungkin akan merasa sedikit ralat untuk menyapu madu atau nescafe di dasar dan dinding bowl pipa anda.

Walau bagaimana pun, bagi saya langkah yang paling mudah dan “sempoi” untuk membina kek dengan cepat adalah dengan menghisap pipa anda secara kerap. Lama-kelamaan, anda akan dapati kek yang cantik akan terhasil. Jika anda kurang rajin membersihkan pipa setiap kali menikmatinya, kek akan lebih cepat terhasil tetapi mungkin bentuknya tidak sekata. Jika anda rajin, lalukan pipecleaner untuk membersihkan lembapan dan guna “tamper reamer” (salah satu alat dari tamper tool standard, yang kelihatan seperti sudu) untuk membersihkan habuk-habuk yang kasar, tetapi tinggalkan habuk putih yang halus itu, yang mana jika anda ketuk bowl pun dia tidak akan keluar. Habuk yang melekat pada dinding bowl inilah yang akan menjadi lapisan kek yang cantik dan sekata kelak.

image
teknik menggoncang pipa untuk meratakan habuk putih yang dapat membantu proses penghasilan kek yang baik

Terdapat juga beberapa pemipa senior yang akan menutup bowl dengan ibu jari dan menggoncangkan pipa mereka setelah selesai berpipa, dimana abu baccy yang terperangkap akan tersebar di dalam ruang pembakaran. Kemudian ia akan dibuang dari dalam bowl dan yang tinggal adalah abu putih baccy yang paling halus yang akan melekat secara sekata di bahagian permukaan dalam bowl. Abu putih ini sangat berharga – ia akan membantu anda menghasilkan kek yang sekata pada kadar yang pantas.

Juga, jangan lupa kekerapan bukanlah satu-satunya ultimatum – hisaplah pipa anda sampai ke dasar bowl juga. Sudah menjadi lumrah pemipa pemula untuk meninggalkan sedikit tembakau di dalam pipa kerana biasanya hisapan sampai ke dasar bermaksud anda harus menerima kepahitan dari tembakau yang telah terbakar. Untuk mengelakkan hal ini, cuba untuk tidak menggunakan pemetik api jenis “torch” dan kawal kadar pembakaran tembakau di dalam bowl, kerana suhu pembakaran yang terlalu tinggi akan mengakibatkan kepahitan dari tembakau yang “over-burned” atau rasa jelaga hangus menjelma.

Nasihat saya, nikmatilah sesi perpipaan anda secara perlahan dan terkawal – relaks – dan anda tentunya mampu untuk mendapatkan kek itu dalam jangkamasa yang ideal. Seperti yang dikatakan tadi, walaupun ramai pemipa senior mungkin beranggapan yang pembinaan kek ini adalah “overrated” dan tidak perlu, ia tetap adalah satu budaya perpipaan kita sendiri (terutamanya bab penyediaan bahan-bahan tempatan untuk pembuatan kek), satu dimensi yang masih menarik untuk dikupas.

image
the fabled "white ash" yang dikatakan mampu membantu pemipa untuk mendapat kek yang sekata dan nipis

Jadi, jika anda berpeluang menemui pemipa-pemipa veteran yang pandai menggunakan baham-bahan tradisi untuk pembinaan cake ini, saya nasihatkan anda cubalah dengan salah satu pipa anda, catitkan ramuannya, lakukan observasi anda dan kongsilah bersama. Perkara sebegini mungkin baik untuk senario perpipaan kita dan janganlah kita memandang remeh akan ilmu-ilmu terdahulu; kerana sebagaimana ilmu falak ditafsir jika kita tidak memiliki asas astronomi; ia mungkin kelihatan mengarut pada mata kasar namun sangat monumental untuk bidang aeronautik dan pelayaran di lautan.

.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s