Pipetune Tuesday : Wilco “Yankee Hotel Foxtrot” + NYPC Hell’s Kitchen

image

Ada tiga album yang membuat saya terpanggil untuk membeli, belajar dan bermain gitar; Nirvana “Nevermind”, The Rolling Stones “Exile On Main Street” dan Wilco “Yankee Hotel Foxtrot”, album pivotal genre alternative country / Americana ini.

Nama Wilco adalah sebati dengan genre muzik ini. Frontman Jeff Tweedy adalah dari band Uncle Tupelo yang dikatakan pengasas genre alt.country / Americana sebenar. Namun, Wilco adalah band yang bertanggungjawab untuk membawa genre ini ke dunia mainstream.

Namun Wilco bukanlah sebuah band alt.country yang 100% berpaksikan genre tersebut seperti The Jayhawks, Whiskeytown, Ryan Adams dan lain-lain. Mungkin hanya di album pertama mereka “A.M” tetapi kemudiannya mereka telah membawa masuk elemen-elemen eksperimental yang dicampur baur dengan hook-hook pop dan indie rock yang agak “catchy”. Kecenderungan Jeff Tweedy dalam muzik eksperimental inilah yang membawa kejayaan album ini sehingga ia dianggap sebagai album yang sangat meluas pengaruhnya.

image

Terdapat beberapa trek yang memiliki pengaruh alternative dan indie rock yang kuat seperti “Kamera”, “Pot Kettle Black”, “Heavy Metal Drummer” dan sedikit psikedelia di “War On War” dan “Ashes Of American Flags”. Namun, kemuncak album ini adalah dari trek “Jesus etc” dengan alunan violin yang mendayu, “rhythm section” yang agak retrospektif dan bersahaja mengundang nostalgik era lama tetapi dengan gaya indie slow rock yang sangat menarik. Lagu ini juga telah dinyanyikan semula oleh banyak artis-artis termasuklah Norah Jones, dan ia selalu dikaitkan dengan kemuncak kareer Wilco.

Mengikuti perkembangan mereka dari album ini, kemudian ke atas dengan album-album baru yang lebih eksperimental, terus bersama mereka menerokai rock ala 70s dan juga menelusuri perjalanan awal zaman alt.country dengan dua album pertama, saya boleh mengatakan yang diversiti pengaruh dan pendekatan Wilco adalah sangat besar dan menarik, terima kasih kepada “musical acumen” Jeff Tweedy yang sangat berbakat dan kreativitinya dalam mencari pendekatan-pendekatan yang berbeza pada setiap album.

Membakar NYPC Hell’s Kitchen di dalam bowl corncob adalah seolah-olah satu homage kepada Yankee Hotel Foxtrot. Adunan daun virginia dan dark fired Kentucky adalah semestinya “Americana”, digabung pula dengan sedikit oriental dan latakia yang tidak terlalu berat, menjadikan blend ini sangat “diverse” walaupun tidak kompleks, sepertimana juga halnya dengan album Wilco yang ke-empat ini.

image

Dengan sedikit kemanisan bright virginia yang “sugary”, ditambah dengan adunan dark fired yang agak memuaskan, ia membuatkan anda agak segar dan “chill out” sambil dialun petikan bass yang dipengaruhi oleh elemen country dan jazz dari bassist John Stirrat dan paluan drum “alternative rock-inspired” dari Glenn Kotche, yang membentuk satu “rhythm section” yang sangat baik. Ia menyediakan satu kanvas yang baik untuk Jeff Tweedy berkarya dengan nyanyian ala “country tinge” seperti mana peranan Cyprian latakia yang sederhana berat tetapi “smoky” dan menyelerakan di dalam blend Balkan dari NYPC ini.

Ironi sekali, kerana Wilco juga tidak menampilkan “guitar virtuoso” yang terlalu menonjol melebihi ahli-ahli band yang lain di dalam album ini (Jay Bennet yang sangat berbakat itu telah pun meninggalkan Wilco, dan selepas satu album lagi barulah Nels Cline menyertai Wilco, mewarnai album “Sky Blue Sky” dengan solo-solo yang kemas dan berinspirasikan “arena rock”).

image

Kerana persamaan itulah, saya berpendapat untuk menggandingkan NYPC Hell’s Kitchen ketika menikmati Yankee Hotel Foxtrot, dan ia dibawa pula di dalam bowl corncob yang sememangnya satu ikon perpaipan Amerikana. Sememangnya “duo” yang sangat menarik!

.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s