White Light / White Heat ; Tinjau-intai Balkan Sasieni

image
seronok sekali berkebun-bunga sambil melayan muzik dan tentunya lebih indah jika dapat berpipa sama

Hujung minggu adalah waktu beriadah terbaik, terutamanya setelah sepanjang minggu duduk dalam “aircond”. Walaupun hanya memongkes dan “trim” pokok bunga kertas, musim-musim panas sebegini di dalam cuaca serba panas memang baik untuk badan berpeluh.

Mertua saya sangat sayangkan pokok-pokok bunganya. Beliau melarang saya untuk berpipa sambil membantunya disekitar pokok-pokok ini, walaupun saya cuba mengaitkan teori karbon dioksida dan monoksida dari asap yang baik untuk proses fotosintesis. Dengan hati yang bungkam, saya memasang earphone ke telinga dan lagu “White Heat / White Light” dari The Velvet Underground mengiringi sesi perkebunan ini. Sangat “anthemic” dan “ground-stomping”, bukti yang Lou Reed dan rakan-rakan sememangnya genius muzik. Lagu ini adalah salah satu penonjolan muzik era proto-punk di dalam pakej rock n’ roll yang standard, dimana bagi saya ia adalah satu olahan yang sangat baik sekali.

image
The Velvet Underground dengan line-up lengkap, sebelum penyanyi Nico dan bassist John Cale meninggalkan band...

Selepas selesai dengan bunga kertas putih ini, saya menyediakan Balkan Sasieni ke dalam pipa meerschaum putih gebu rhodesian hasil garapan Hakan Cantekin, pembuat pipa meerschaum Turki. Ya, putih adalah tema kita hujung minggu ini!

Balkan Sasieni adalah satu usaha penghasilan semula blend legenda Balkan Sobranie yang telah pun dihentikan pengeluarannya sejak sekian lama. Jadi boleh dikatakan emulasi yang dilakukan semestinya mencakupi design tin – dari jauh saling tak tumpah dengan Balkan Sobranie – dan tentunya komposisi blend. Secara psikologinya, pengekalan design ini sememangnya mampu mengimbau kenangan baccy lama tetapi saya sendiri tidak pernah merasai Balkan Sobranie jadi saya tentunya tidak mampu untuk memberikan perbezaan antara keduanya dalam intai-tinjau ini mahupun di dalam ulasan baccy di masa yang akan datang.

Memasuki hampir bowl ke lima belas sejak mendapatkannya, saya agak kagum. Walaupun persepsi awal saya tidak begitu baik – kerana blend ini dilabel jauh dari Balkan Sobranie sebenar – ia adalah sebuah blend Balkan yang sangat lembut dan “smoky” sejak dari bowl pertama. Impresi tersebut kekal hingga ke bowl-bowl yang mendatang, sangat konsisten dan baik sekali.

image
White Light / White Heat - pipa putih, baccy tin putih, jam putih, mengerjakan bunga kertas putih...

Tahap ekstrem kelembutan dan “smokiness”nya memberikan saya bayangan yang ini adalah lebih hampir kepada Dunhill My Mixture 965, dan jika diteliti komposisi My Mixture juga memiliki campuran Macedonian bright – memberikan anda satu laungan “Wow, patutlah!” yang kuat di dalam minda. Terima kasih kepada daun ini, Balkan Sasieni adalah lembut di palate dan lidah, tanpa sedikit pun “tanginess” mahupun “tartness”. Namun, peminat bright virginia yang mahukan kemanisan blend mungkin akan hampa, kerana kemanisan virginia tidak menonjol di sini.

Melupakan glukosa, penggunaan “old virginia” adalah satu lagi “wow!” – ia memberikan tona lembut yang memacu blend ini terus ke hati anda. Saya akui, melabel sesuatu se”generic” ini (old virginia – adakah ia kultivasi “old belt” atau dihasilkan secara “old fashioned”, anda hanya mampu meneka) adalah agak mengecewakan kerana kita tidak dapat informasi yang tepat. Namun di sebalik kekeliruan itu, mujurlah gabungan “old virginia” (whatever it is) ini dengan daunan Macedonian dan latakia memberikan sedikit flavor “nutty”, disebalik “smokiness” yang sudah tidak dapat disangkal lagi dari blend Balkan ini.

Disebalik segala “creaminess” dan “smokiness” Balkan Sasieni, blend ini adalah antara baccy yang anda mahu melemaskan diri anda dengan asap dan menarik hela nafas – untuk memberi sedikit ekspresi nasal kepadanya. Gabungan kenikmatan dari palate dan nasal ini akan membuatkan anda hanyut di dalam alunan ritma Balkan dendangan blend emulasi legenda.

image
kelihatan seperti Balkan Sasieni mengandungi bright virginia tetapi kebanyakan yang kita lihat adalah brownish dark leaves

Apa yang kurang, adalah orientasi oriental. Mungkin dengan hanya daunan Macedonia, “spiciness” yang kita harapkan dari oriental tidak naik seperti biasa. Sesetengah oriental yang baik juga agak “tangy” – satu faktor yang Balkan Sasieni tidak berupaya untuk emulasikan. Malah, mungkin ia lebih menjurus kepada English proper berbanding genre Balkan. Ini, mungkin berubah apabila ia mendapat sedikit masa atau “cellaring time” jadi ciri ini masih di bawah pemerhatian saya.

Balkan Sasieni memiliki potensi yang agak besar namun mungkin kerana perhatian pemipa lebih tertumpu kepada perbandingannya dengan Balkan Sobranie, ia agak tersekat di situ. Sudah tentu, bagi saya ia adalah alternatif terbaik buat Dunhill 965 dan dengan flavor “smokiness” yang lembut dan enak, perbandingan di atas mungkin sudah tidak wajar lagi.

Seronok untuk melihat sesuatu blend dengan potensi besar sebegini membangun dan memberi persembahan terbaik, setelah sedikit masa “cellaring” diberikan. Mungkin seperti mana album White Light / White Heat ini yang tidak dipedulikan di awal keluarannya pada 1968 dan mulai meraih perhatian sejak bassist John Cale meninggalkan Lou Reed & The Velvet Underground dan menyertai bekas penyanyi asal mereka Nico. Sedikit perhatian diberikan selepas itu dan album ini mula mendapat sambutan.

image
White Light / White Heat - that smoky sensation I can't resist...

Begitulah harapan saya, bak saranan The Velvet Underground di dalam lagu ini;
“White light, white light it lighten up my eyes,
White light, don’t you know it fills me up with suprise…”

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s