Ulasan Baccy : McClelland 221B Series – Black Shag

Dari keluaran ketiga siri 221B minggu lepas (Honeydew), minggu ini kita melompat kembali kepada keluaran pertama siri berprestij McClelland tadi – Black Shag. Siri ini dikeluarkan pada 1997 dan sudah tentu sebagai blend permulaan, ia secara fiksyennya adalah tembakau kegemaran Sherlock Holmes sendiri. Dari gambaran dan deskripsi tin nya, Sherlock Holmes dikatakan menyimpan tembakau Black Shag ini di dalam kasut Persia yang digantung di dinding. … Continue reading Ulasan Baccy : McClelland 221B Series – Black Shag

Ulasan Baccy : McClelland 221B Series – Honeydew.

Seperti yang kita telah kupas pada minggu lepas, siri McClelland 221B mengenengahkan 3 koleksi baccy yang berinspirasikan cerita fiksyen detektif Sherlock Holmes. Telah kita bincangkan secara santai akan tujuan dan motif McClelland dengan siri yang hebat ini, dan kali ini marilah kita menelusuri pula blend-blend yang ditawarkan olehnya, satu per-satu. “Honeydew” ialah keluaran ketiga dari siri blend detektif tersohor McClelland 221B. Nama “Honeydew” ini mungkin … Continue reading Ulasan Baccy : McClelland 221B Series – Honeydew.

Kuskus, Braised Salmon & Planta Burberry (the gastropipa series)

Terkadang kita ingin meneroka sesuatu yang di luar kebiasaan, hanya kerana kita inginkan sedikit rasa dan pengetahuan tentang sesebuah masakan dan budaya yang datang dengannya. Itu adalah lumrah kita manusia, sering mencabar diri untuk mencuba sesuatu yang asing dan jarang dirasai. Memilih tema Maghribi / Morocco kali ini, santapan tengahari saya adalah “couscous with braised Salmon, topped by lemon sauce with chives sprinkle” – atau … Continue reading Kuskus, Braised Salmon & Planta Burberry (the gastropipa series)

McClelland 221B Series : Membawa Sherlock Holmes Kembali ke Dunia Pipa

​Sewaktu Sir Arthur Conan Doyle menulis cereka fiksyennya “A Study in Scarlet” seratus dua puluh tujuh tahun yang lalu, tidak ia menjangka yang watak detektif yang direka olehnya bakal menjadi detektif yang dikenali di serata dunia. Tidak juga beliau menjangkakan yang Sherlock Holmes bakal menjadi pemipa yang paling ikonik. Walaupun ia bukanlah kali pertama Sherlock Holmes diabadikan pada blend tembakau pipa, McClelland agak terpanggil untuk … Continue reading McClelland 221B Series : Membawa Sherlock Holmes Kembali ke Dunia Pipa

Merapatkan Jurang Pipa-Cerut atau Rekonsiliasi yang Penuh Dengan Pseudomonas? (Satu Senario Drew Estate)

Sebagai pemipa “full-time” kita pastinya sedar akan kewujudan blend-blend Drew Estate yang mewarnai dunia perpipaan sejak beberapa tahun lalu. Bukanlah sebuah jenama blend tembakau pipa yang memiliki sejarah yang gah seperti Dunhill atau Samuel Gawith, Drew Estate lebih dikenali sebagai sebuah jenama cerut non-Cuban yang baik dengan kualiti pengeluaran yang meningkat naik dan semakin popular. Drew Estate agak mengejutkan pasaran cerut dunia dengan pengeluaran siri … Continue reading Merapatkan Jurang Pipa-Cerut atau Rekonsiliasi yang Penuh Dengan Pseudomonas? (Satu Senario Drew Estate)

Lagi Revival Dari “The White Spot”

Terkadang sukar untuk kita membayangkan akan permainan pemasaran jenama unggul dunia perpipaan ini. Di dalam ura-ura tentang penghentian pengeluaran blend-blend dari Dunhill oleh BAT, awal tahun ini mereka telah mengambil langkah untuk menerbitkan kembali tiga blend lama mereka. Perkara ini bukanlah baru, kerana pada 2015-2016 pun rentetan beberapa “revival blends” seperti Elizabethan Mixture, Three Years Matured, Ready Rubbed, Baby’s Bottom, Durbar dan Aperitif telah pun … Continue reading Lagi Revival Dari “The White Spot”

Some Drugs Don’t Work As Yet…

Seminggu sudah diulit single the Verve “the drugs don’t work” dan memperbincangkan secara kasar akan beberapa blend yang “works” dengan saya. Namun, hidup manusia manakah yang senantiasa ideal. Terdapat juga beberapa blend yang tidak menepati citarasa dan palate kita, sama ada kerana preferensi pada masa-masa tertentu atau sememangnya tidak kena dengan selera kita sendiri. Jadi sememangnya ada “some drugs that don’t work as yet” dan … Continue reading Some Drugs Don’t Work As Yet…

The Blasphemous Basma in That Frog Marsh : Keberadaan Basma & Etcetera Etcetera

Basma dikenali sebagai tembakau varian oriental yang sangat beraroma / fragranced dan juga mampu meminjamkan rasa yang manis kepada apa jenis tembakau yang dipasangkan dengannya. Ini adalah agak bertentangan dengan kebanyakan tembakau oriental lain yang lebih ke arah flavor berteraskan rempahan dan “savoury”. How blasphemous si Basma ini bukan? Agaknya, karakteristik Basma yang sebegini membuatkan ia sangat “celebrated” di dunia oriental – mungkin sedikit “overshadowing” … Continue reading The Blasphemous Basma in That Frog Marsh : Keberadaan Basma & Etcetera Etcetera

Siri “Berdamping Dengan Blends” : Oriental 

Oriental disukai, diminati, digemari, selalu diraikan, tetapi ia jarang difahami. Tentunya kita semua masih ingat tentang pengenalan kepada tembakau oriental yang telah kita selusuri pada artikel-artikel awal blog. Jika tidak, anda masih boleh lagi membelek-belek kepada bahagian pengenalan itu, kerana di dalam siri “Berdamping Dengan Blends” ini kita sepatutnya lebih membincangkan tentang blend-blend yang baik mengikut genre masing-masing. Walau bagaimanapun, saya titipkan sedikit pengenalan disini. … Continue reading Siri “Berdamping Dengan Blends” : Oriental 

Love Me Tender (Part Deux) ; Kecantikan Luaran

Prolog: Ya saya tahu. Elvis was great. Walaupun lebih dikenali dengan lagu-lagu rancak, King of Rock n Roll itu juga menemui beberapa slow, almost-ballad number yang bertemakan kasih sayang. Itulah yang kita cuba capai disini; kasih sayang antara pipa kita dengan diri kita sendiri. Pipa kita sebenarnya adalah lebih dari sekadar alat untuk kita menikmati tembakau. Ia adalah “men’s greatest companion” – telah saya ulaskan … Continue reading Love Me Tender (Part Deux) ; Kecantikan Luaran