Siri “Berdamping Dengan Blends” : Oriental 

Oriental disukai, diminati, digemari, selalu diraikan, tetapi ia jarang difahami.

Tentunya kita semua masih ingat tentang pengenalan kepada tembakau oriental yang telah kita selusuri pada artikel-artikel awal blog. Jika tidak, anda masih boleh lagi membelek-belek kepada bahagian pengenalan itu, kerana di dalam siri “Berdamping Dengan Blends” ini kita sepatutnya lebih membincangkan tentang blend-blend yang baik mengikut genre masing-masing.

Walau bagaimanapun, saya titipkan sedikit pengenalan disini. Tembakau oriental secara amnya merujuk kepada beberapa jenis tembakau yang ditanam dan dikultivasi di beberapa negara Eropah Timur seperti Turki, Greece, Bulgaria, Macedonia, Georgia dan lain-lain. Penanaman tembakau ini selalunya adalah pada skala yang kecil. Variasi antara satu dengan yang lain terkadang adalah sangat berbeza, dari segi rasa dan rupa bentuk daun. Menyentuh mengenai rupa bentuk daun, daunan oriental kebiasaannya adalah bersaiz kecil berbanding virginia atau burley.

Blend oriental adalah antara genre tembakau pipa yang sangat rapuh pengkelasannya. Kebanyakan pengeluar tembakau gagal untuk mengecam tembakau oriental yang manakah yang mereka gunakan di dalam blend-blend oriental keluaran mereka. Hal sebegini adalah satu norma sekarang, kerana tembakau oriental yang bersifat spesifik mengikut varian masing-masing seperti Izmir, Smyrna, Drama, Yenidje, Katerini, Basma, Djebec, Samsun dan lain-lain adalah sukar untuk ditemukan. Ia biasanya bercampur sesama sendiri, diklasifikasikan dan dijual sebagai tembakau “oriental”. Kita akan bincangkan dengan lebih lanjut mengenai permasalahan pengkelasan ini di artikel akan datang.

Sayugia itu, blend-blend oriental “purist” yang masih kita boleh dapat kan di pasaran adalah sangat terhad. Namun, satu peluang yang baik muncul apabila McClelland 221b siri “tribute” Sherlock Holmes muncul di pasaran pipa kita tidak lama dahulu. Siri ini mengambil pendekatan yang sangat serius dalam menzahirkan ramuan perpipaan watak-watak di dalam Sherlock Holmes dan Arcadia adalah blend oriental kegemaran Dr Watson yang dicipta khusus tanpa campuran latakia. Sememangnya saya sangat meminati siri ini kerana inilah tembakau blend oriental “as pure as it can be”. Cuma sayangnya approach mereka tidak mengenengahkan sesebuah daun oriental secara spesifik.

Jika kita mahukan sesuatu yang spesifik, McClelland juga menawarkan siri “The Grand Oriental” yang terdiri dari lapan jenis daun oriental dan hanya satu daripadanya yang mengandungi latakia. Katerini, Samsun, Izmir, Smyrna, Drama, Yenidje dan Sokhoum semuanya boleh anda nikmati tanpa gangguan dari flavor latakia! Namun ia mungkin agak mencabar buat pemipa pemula yang palate masih “untrained” – sukar untuk membezakan flavor-flavor daunan terbabit jadi saya sarankan untuk anda biasakan diri dengan blend-blend oriental “pukal” terlebih dahulu sebelum pergi kepada blend-blend khusus sebegini.

Selain dari blend oriental “purist” yang masih wujud di atas, boleh dikatakan hampir tiada lagi blend yang berteraskan oriental sebegitu dan blend-blend Balkan (campuran English Blend dengan tembakau Oriental – pengecaman “Balkan” blend juga agak rapuh sebenarnya, namun untuk tidak lebih mengelirukan semua ada baiknya kita klasifikasikan ia dahulu sepertimana yang kita tahu) pula dikategorikan sebagai sebahagian dari blend oriental. Nama-nama yang sering dikaitkan sebagai contoh terbaik adalah Balkan Sobranie dan penggantinya sekarang Balkan Sasieni. Saya ada mengeluarkan satu artikel mengenai Balkan Sasieni sedikit masa dahulu di mana penerangan yang lebih panjang dititipkan disana.

Dunhill Early Morning Pipe, Durbar, London Mixture dan Standard Mixture juga merupakan blend berciri oriental yang walaupun mengandungi latakia, kadarnya tidaklah banyak. Anda akan mendapati yang Early Morning / London / Standard Mixture adalah lebih “light” dan beraroma (satu atribusi tembakau oriental) berbanding My Mixture 965 yang lebih “English” – yakni kadar “smokiness” dan “leathery”nya adalah lebih terasa dan kandungan nikotinnya lebih kuat. Ironinya, saya lebih menggemari blend-blend sebegini berbanding blend English “proper” untuk sesi teh di petang hari minggu. Ia ternyata mendamaikan.

Dari segi komposisi, Old Dublin dari Peterson juga boleh dikategorikan sebagai blend oriental / Balkan dek kerana penggunaan Basma di dalamnya namun saya merasakan yang kadar Basma di dalamnya mungkin sangat sedikit, tidak mampu untuk memaniskan dan men”fragrant”kan blend secara signifikan (Basma sangat terkenal sebagai daun yang sangat “fragrant” – beraroma dan manis). Perwakilan Basma yang paling menarik agaknya hanya hadir bersama Frog Morton On The Town, blend “crossover” yang menjurus ke arah oriental, penuh dengan aroma dan kemanisan tembakau.

Robert McConnell Oriental pula menerapkan penggunaan black cavendish ke dalam blend oriental baik yang turut dicampur dengan sedikit latakia. Blend ini juga agak memuaskan, kerana ia juga diadun dengan red virginia McConnell yang terkenal itu. Ia adalah antara blend Oriental yang agak berat, tanpa mengganggu aroma dan “fragrant” oriental yang menjadi “staple” kepada genre ini. Agak mudah untuk mendapatkannya disini tetapi sejak lima tahun lepas, ia semakin sukar untuk didapatkan.

Samuel Gawith juga tampil dengan beberapa blend yang boleh juga dikategorikan sebagai oriental, seperti Skiff Mixture dan Squadron Leader, yang menggunakan tembakau oriental tetapi sebenarnya lebih menjurus kepada English dek kerana kekuatan latakia yang ada didalamnya. Akan tetapi, Sam’s Flake adalah keluaran mereka yang paling “asli” oriental – tanpa gangguan latakia dan ditambah sedikit flavor tonquin. Cuma, ia juga tidak mengkelaskan tembakau oriental manakah yang digunakan.

Sudah tentu, masih banyak lagi blend yang “oriental-forward” yang tidak masuk ke pasaran kita namun melihat kepada apa yang kita ada disini, ia adalah memadai untuk meredakan keresahan dan rindu dendam kita terhadap genre tembakau yang semakin pupus ini. Bukanlah kita mahu menjadi ekstremis dengan pengklasifikasian, akan tetapi sebagai pemipa berilmu kita perlu dan berhak tahu akan struktur tembakau yang kita nikmati. Baru lah sesi perpipaan kita menjadi lebih bermakna.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s