Terkadang sukar untuk kita membayangkan akan permainan pemasaran jenama unggul dunia perpipaan ini.
Di dalam ura-ura tentang penghentian pengeluaran blend-blend dari Dunhill oleh BAT, awal tahun ini mereka telah mengambil langkah untuk menerbitkan kembali tiga blend lama mereka. Perkara ini bukanlah baru, kerana pada 2015-2016 pun rentetan beberapa “revival blends” seperti Elizabethan Mixture, Three Years Matured, Ready Rubbed, Baby’s Bottom, Durbar dan Aperitif telah pun mewarnai kamus perpipaan kita dengan pilihan-pilihan yang lebih meluas.
Kali ini, Dunhill kembali dengan tiga blend baru; dua adalah revival dari blend lama dan satu revival blend bulk dengan inspirasi British.

Blend yang diberi nama Ye Olde Signe ini adalah sebuah blend yang dikatakan sangat digemari oleh peminat-peminat blend Dunhill dahulu. Ia sebenarnya adalah sebuah blend “straight virginia” yang menggunakan daunan virginia matang yang sudah pun berkeadaan agak gelap. Yang menariknya, blend ini dikatakan memiliki tin note dengan aroma teh – sesuatu yang saya hanya temui dengan Old Gowrie yang dicellar selama 5 tahun. Jadi, Ye Olde Signe mungkin dapat memberikan saya kondisi itu pada bila-bila masa tanpa perlu melalui proses “cellaring”.

Blend kedua yang mengalami proses revival Dunhill adalah Dark Flake. Ia dikatakan agak sama dengan Dunhill Flake, malah persembahan tin nya juga menampilkan grafik yang persis sama, cuma warna sahaja yang berbeza. Saya pernah mengatakan sebelum ini yang Dunhill Flake, bagi saya, adalah sesuatu yang saya cari kalau saya mahu mengalami kembali kehebatan rokok Dunhill “Merah”, seperti yang kita biasa nikmati dua dekad yang lalu (jika anda adalah perokok sebelum ini). Jadi mungkin boleh kita jangkakan yang Dark Flake akan memberikan kita “Dunhill Merah Kotak 14” kelak apabila ia sampai di perairan kita.
Tidak banyak yang saya ketahui mengenai ketiga-tiga blend ini, kerana kesemuanya adalah penjelmaan semula yang tidak pernah dilihat di Malaysia ini. Namun begitu sifat “curiosity” dan rasa ingin mencuba yang sangat mendalam menyebabkan saya ternanti-nanti untuk melihat ketiga-tiga blend ini di rak-rak tobakonis tempatan.
Sehingga itu, tidur saya pastinya tidak akan lena.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!