2015 Recap : “Masukkan Horizon 2015 ke Dalam Pipa Anda”.

Sehari berlalu pada 2016. Kita sibuk dengan keraian dan pesta untuk mengalu-alukan kadatangan tahun baru ini. Bermacam perancangan, beratus keazaman dan beribu resolusi dilontarkan terhadap 2016. Yang pasti, semuanya positif. Namun, kerap kali kita terlupa akan 2015 yang berlalu dengan seribu macam kenangan. Sesungguhnya jika dihimpun, banyak yang kita boleh pelajari dari 2015 dan bermacam iktibar mampu diambil. Memfokuskan tentang dunia perpipaan & baccy di … Continue reading 2015 Recap : “Masukkan Horizon 2015 ke Dalam Pipa Anda”.

Anekdot Perpipaan #3 : “…first smoke is the sweetest…”

Suatu hari di bulan Ramadhan itu… Keinginan untuk berpipa ini datangnya tidak dijangka. Ia boleh jadi diajak rakan-rakan, boleh juga kerana kagum melihat watak filem bergaya mengenakan pipa. Juga mungkin, terlihat pergerakan aktiviti berpipa di Facebook atau internet. Permulaan saya agak berlainan; seronok tetapi merasa ketinggalan apabila berpeleseran minum-minum teh tanpa pipa di mulut bersama pakcik-pakcik geng “pencen” yang masing2 mengelumit pipa sambil bercerita tentang … Continue reading Anekdot Perpipaan #3 : “…first smoke is the sweetest…”

Dunhill – “Titik Putih” yang Unggul

Kalau Castello dikenali sebagai pipa yang memiliki status kultus – tidak mudah diperolehi di pasaran tetapi menjadi ikutan dan pujaan ramai peminatnya – Dunhill pula adalah sedikit lain. Pendekatan Dunhill lebih kepada “mass appeal”, penjenamaan dan imej premium, sesuai dengan tagline mereka “gaya, mutu, keunggulan”. Memulakan perniagaan pada awal 1900, Alfred Dunhill mengubah haluan dari industri pemotoran ke tobacconist dan pembuatan pipa. Kebetulan juga pada … Continue reading Dunhill – “Titik Putih” yang Unggul

Siri “Berdamping Dengan Blends” – Aromatik

Banyak jenis blend aromatik yang dapat dilihat oleh seseorang pemipa di sepanjang perjalanan hidup berpipanya. Bayangkan ianya bagaikan dadih, keenakannya boleh dinikmati dengan bermacam-macam jenis perisa. Blend aromatik biasanya memiliki komposisi asas virginia, dibantu oleh burley dan black cavendish. Tidak perlu kita ulas lagi akan peranan asas virginia, tetapi burley adalah komponen terpenting dek kerana kadar serapan perisanya yang baik. Tembakau burley inilah, walaupun masih … Continue reading Siri “Berdamping Dengan Blends” – Aromatik

Berpipa Adalah Suatu Percutian yang Budiman

Keseronokan berpipa selalu bertambah menarik dari semasa ke semasa. Ia bagaikan satu habitual organik, yang sentiasa berubah-ubah dan semakin kita “upgrade” diri kita menjadi pemipa yang lebih mapan, makin seronok dan makin kompleks jadinya hobi ini. Perhatian dan fokus seseorang pemipa mapan ini akan sentiasa berlegar-legar; dari pipa kemudian ke baccy dan seterusnya ke aksesori dan sebagainya. Ada sahaja yang “tak kena” – perlu diberi … Continue reading Berpipa Adalah Suatu Percutian yang Budiman

Ulasan Baccy : Mac Baren “The Solent Mixture”

Mac Baren adalah sebuah “blending house” yang versatil. Selain mengeluarkan blend-blend sendiri, mereka turut mengambil kontrak dalam mengeluarkan blend-blend bagi jenama lain. The Solent Mixture adalah sebuah penawaran English blend dari Mac Baren yang memiliki ramai peminat. Walaupun dikatakan HH Vintage Syrian adalah lebih digemari dan dipercayai memiliki komposisi yang lebih baik, namun oleh kerana limitasi untuk mendapatkan blend tersebut, ramai yang beralih kepada Solent … Continue reading Ulasan Baccy : Mac Baren “The Solent Mixture”

“Ghosting” – Kepuakaan di Dalam Bowl

“Ghosting” adalah satu isu yang sering diperkatakan terutamanya ketika pemipa membeli atau ingin memiliki pipa-pipa estate. Faktor negatif ini selalunya berkait rapat dengan penjagaan sesebuah pipa ketika ia berada di tangan tuan asal, di mana tentunya sebagai pembeli, kita pemipa tidak dapat mengetahui secara mendalam akan situasi pipa estate itu sehinggalah ia berada di tangan kita sendiri. Seringkali dinyatakan bahawa pipa estate adalah satu pasaran … Continue reading “Ghosting” – Kepuakaan di Dalam Bowl

Pipetune Tuesday : Fugazi + RMC Red Virginia

Penat lelah kembali dari kerja tadi, disambung dengan membelek-belek stor untuk mencari benda-benda lama yang dah lama tidak dilayan. Akhirnya terjumpa lah dua benda “merah” yang dah lama di”shelf”kan dan di”cellar”kan – Fugazi 13 Songs EP dan Robert McConnell Red Virginia. Baccy di pack dan di “charring light”kan cepat-cepat sebelum maghrib, dan selepas maghrib terus duduk on stereo untuk sesi “pipetune”. The baccy’s burning and … Continue reading Pipetune Tuesday : Fugazi + RMC Red Virginia

Pembinaan Dapur (Cake) dan Mitos-Mitos yang Menyelubunginya

Masyarakat tidak boleh lari daripada mitos dan “lore” yang telah terkandung dan didukung oleh generasi sebelum kita sejak zaman berzaman. Meskipun sesetengahnya sudah luput ditelan zaman, masih banyak yang kekal sampai sekarang. Begitulah juga dengan berpipa. Bukannya masyarakat kita mula berpipa baru-baru ini sahaja, ianya adalah hobi yang sudah lama bertapak di bumi bertuah ini. Jadi, mitos yang menjadi fokus kita sekarang adalah tentang pembinaan … Continue reading Pembinaan Dapur (Cake) dan Mitos-Mitos yang Menyelubunginya

“in good company, on great blends”

“…on great blends…” Saya masih dapat merasakan hebatnya alunan “Penzance” dan “Margate” yang dibakar semalam… Dengan persembahan packagingnya yang bersahaja, sukar untuk kita meneka akan kualiti blend-blend keluaran Esotetica Tobacciana ini, jika reputasinya tidak sampai dahulu ke telinga anda. Ianya sangat ringkas : tiada gambar, tiada kata-kata ekspresi rumit nan indah menjalin cerita daunan bangsawan X dikahwinkan dengan daunan Y untuk melahirkan blend Z yang … Continue reading “in good company, on great blends”