Ulasan Baccy : Samuel Gawith’s Commonwealth Mixture

Commonwealth Mixture mungkin adalah sebuah baccy yang anda biasa lihat di kaunter-kaunter tobakonis disekitar negara kita. Selain dari Peterson dan Dunhill, blend-blend Samuel Gawith juga adalah agak “common” dan mudah diketemukan, lebih-lebih lagi dengan penggunaan tin empat segi yang identik bagi keluaran-keluaran mereka. Namun apa yang lebih menarik adalah fakta bahawa Samuel Gawith adalah blending house proprietor yang menghasilkan blend-blend mereka sendiri, tidak seperti kebanyakan … Continue reading Ulasan Baccy : Samuel Gawith’s Commonwealth Mixture

Ulasan Baccy : MacBaren HH Vintage Syrian

Dunia perpipaan masih lagi dikejutkan dengan kehilangan tembakau penting Syrian latakia. Sewaktu saya mula menceburkan diri di dalam dunia perpipaan beberapa tahun kebelakang, masih mudah untuk anda menemukan blend-blend yang menggunakan Syrian latakia. Akan tetapi sejak dari tahun lepas, berita yang bekalan terakhir Syrian dari beberapa blender ternama seperti Solani, Ashton, Cornell & Diehl dan yang terbaru MacBaren sudah pun sampai ke penghujungnya dan dengan … Continue reading Ulasan Baccy : MacBaren HH Vintage Syrian

Berdansa Dengan Aromatika (Izinkan Saya, Sekali-Sekala) – Bavarian Blend No 3

Semenjak memajukan deria rasa ke arah blend-blend yang lebih subtle dan spesifik seperti Oriental, English dan VA/Per setelah enam bulan mengenali pipa suatu ketika dahulu, saya dapat merasakan yang kunjungan saya terhadap blend-blend aromatik adalah lebih tertumpu kepada hari-hari minggu sahaja. Bauan yang terbit dari tin-tin blend aromatik adalah sangat menjemput rasa, akan tetapi palate akan terasa kosong apabila asap aromatik itu singgah. Mungkin boleh … Continue reading Berdansa Dengan Aromatika (Izinkan Saya, Sekali-Sekala) – Bavarian Blend No 3

Ulasan Baccy : Ashton Artisan’s Blend

Ashton pada mulanya bukanlah suatu blending house yang terkenal. Ia lebih dikenali di dalam arena pembuatan pipa, terutamanya dengan pengeluaran pipa-pipa rustiknya dari siri “Pebble Grain”. Tetapi, beberapa baccy keluarannya seperti Old Church dan Old Dog adalah agak popular pada suatu ketika dahulu. Di awal zaman perpipaan saya, beberapa baccy dari Ashton seperti Winding Road, Rainy Day, Smooth Sailing dan juga Artisan’s Blend ada dijual … Continue reading Ulasan Baccy : Ashton Artisan’s Blend

Ulasan Baccy : McClelland Frog Morton “Frog Morton”

Craftbury Series dari McClelland mengenengahkan blend-blend berteraskan latakia yang lembut, sederhana-kuat untuk pemipa yang tidak menggemari blend-blend latakia padu atau “lat-bomb”. Ia juga disasarkan sebagai blend -blend latakia yang moderate dan lembut, sesuai untuk dinyalakan pada setiap masa. Secara tak langsung, ramai pula pemipa pemula mendapati siri ini adalah baik sebagai pengenalan kepada Latakia dek kerana kelembutan rasanya dan ciri-ciri semi-aromatiknya yang menunjangi arus blend … Continue reading Ulasan Baccy : McClelland Frog Morton “Frog Morton”

Ulasan Baccy : Peterson Irish Flake

Salah satu faktor kenapa baccy-baccy keluaran Peterson digemari ramai adalah kerana ianya mudah untuk diperolehi. Boleh dikatakan dengan keadaan sedia adanya, ditambah dengan harganya yang berpatutan, Peterson seringkali menjadi pilihan pemipa-pemipa baru. Walaupun begitu, Irish Flake bukanlah dicipta untuk pemipa newbies. Blend ini mengenengahkan rasa yang agak keras dan full bodied, suatu yang jarang digemari oleh pemipa baru yang biasanya lebih cenderung ke arah aromatik. … Continue reading Ulasan Baccy : Peterson Irish Flake