Positiviti Tentang Kehilangan McClelland

“Apa, positif?” anda bertanya. “Di mana positif nya kalau kita dah hilang arah – pagi hari mengorek tin Frog Morton mengumpul serdak untuk bowl terakhir?”. Peluh jantan mengalir dan belang tarung terpamir di dahi. Saya boleh lihat akan kerisauan yang membelenggu jiwa anda.

Sabar, kawan-kawan. Kita baru pertama kali mengalami kehilangan secara besar-besaran. Datuk nenek kita dahulu pernah mengalami perkara yang sama dengan Balkan Sobranie, Bengal Slice, John Cotton, Druquer & Sons, malah McCranie dan bermacam lagi. Lebih memilukan pada masa itu kerana tidak banyak blending house lain yang available. Kita mungkin boleh beralih arah ke Cornell & Diehl. Atau DTM. Atau even better, Capstan. Di dalam kes Arcadia, saya perkirakan John Cotton Smyrna adalah calon pengganti terbaik untuk mewarnai kehendak oriental sejagat.

Ia adalah sebuah “life-cycle” yang sangat kejam dan, sayang seribu kali sayang, ianya tidak dapat dielakkan. Tidak juga ia dapat diramal walaupun kita duduk di hulu Sungai Ramal. Bagaikan taufan atau tsunami, apabila ia datang, kita tahu yang kita sedang dilanda bencana. Dan apabila kita tahu bencana semakin hampir, kita mulai mencongak wang kertas di dalam wallet untuk justifikasi pembelian kecemasan, sepertimana Doomsday Preppers membuat persediaan akhir zaman mereka.

Di sini lah positiviti yang kita boleh lihat. Apabila pemipa kita membuat pembelian cemas – paling tidak ia menandakan yang kita sudah peka pada konsep mikroekonomi baccy. Kita tahu yang ia bakal jadi mahal dan sukar untuk didapati kemudiannya. Jadi kita boleh menyimpan sedikit sebagai bekalan hari tua. Pemipa zaman sekarang sudah sedia maklum dengan konsep demand & supply. Jadi dari terpaksa berbelanja lebih dikemudian hari untuk mendapatkan baccy yang rare pada masa itu tetapi masih boleh dibeli pada harga yang rendah di tobakonis sekarang, adalah lebih baik untuk membeli sedikit lebih dan menyimpannya.

Ada juga kemungkinan yang McClelland akan membuat sebuah “comeback” apabila daunan tembakau berkualiti berjaya didapatkan semula. Mungkin ada syarikat lain yang akan meneruskan usaha murni Mike McNeal. It happen all the time – kita ada revival Drucquer & Sons tahun lalu, dan John Cotton juga telah kembali. Begitu juga dengan Bengal Slices. Mungkin ada konglomerat yang melihat perihal ini sebagai satu peluang untuk mereka melabur dan menghidupkan semula jenama McClelland. Sudah tentu agak sukar untuk menyaingi resepi asal akan tetapi lebih baik ada berbanding tiada, bukan?

Selain itu, kepupusan mengejut McClelland ini juga memberikan sedikit lagi kesan positif – satu peluang untuk kita menjengah beberapa blending house yang baru dan kurang mendapat sambutan sebelumnya. Sebagai contoh, DTM memiliki beberapa blend hebat seperti Bailey Balkan Blend, Old Ironsides dan Hamborger Veermaster, untuk menyatakan hanya beberapa blend, yang patut anda cuba. Lane Limited juga memiliki penawaran yang baik dengan Crown Achievement, Foundry dan lain-lain. Juga terokailah Drucquer & Sons; di bawah lembayung GL Pease dan Cornell & Diehl, blend-blend revival mereka mendapat olahan yang sangat baik sekali.

Kehilangan McClelland berlaku pada kadar masa yang jauh lebih cepat berbanding kepupusan Syrian Latakia yang sememangnya yang telah diramal sejak dari bertahun lepas lagi. Paling tidak, kita masih memiliki Three Oak Syrian, Artisan Blend, Solani Black & White dan beberapa blend lagi sehingga tahun lepas. HH Vintage Syrian pula masih ada sehingga ke hari ini. Namun blend-blend McClelland habis licin disapu para hoarders di dalam jangkamasa kurang dari sebulan.

Pemipa sedunia bagaikan menjadi panik dan histeria secara tiba-tiba. Dan jika anda tidak sempat untuk membeli atau menyimpan blend-blend McClelland sebelum ia kehabisan, janganlah anda berduka. Masih terdapat titik-titik positif di dalam kehilangan ini yang masih kita boleh nikmati dan pelajari. Semuanya bergantung dari sudut manakah anda melihatnya.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s