Kebaikan Briar Terdahulu : Castello LOB / Legendary Old Briar

Adalah sangat mudah untuk membina titik kolektiviti yang tinggi bagi setiap jenama pipa. Siri yang paling mahal tentulah adalah paling “rare” dan paling diinginkan, bukan? Kita selalu bercakap tentang “the pinnacle of the collection” – yang biasanya ditag kepada siri-siri yang berstatus tinggi ini. Jadi boleh dikatakan “rarity” adalah satu persoalan tentang berapa harga yang mampu anda bayar.

Dengan Castello, ianya bukanlah semudah itu.

Siri tertinggi Castello – Pezzo Unico – adalah agak dramatik dimana ia memerlukan distributor pipa kita memujuk Kino untuk menjualnya kepada mereka. Dan walaupun mereka berjaya melakukannya, dan kita mampu membelinya, ia bukanlah “the rarest among rarity” kerana ia masih lagi dikeluarkan. Ya, tidak mudah untuk memisahkan Kino dengan koleksi-koleksi Castello uniknya namun akan ada masanya untuk pipa-pipa terpilih itu menjadi Pezzo Unico dan up for grabs.

Jauh di suatu sudut, pengkolektivitian Castello memuncak dan berpusar kepada sesuatu yang lebih bermakna. Satu pengkategorian pipa yang mampu dimiliki oleh kolektor di tahap mana pun – asalkan mereka tahu apa yang mereka cari. Satu koleksi yang menampilkan penggunaan bahan yang sangat baik, yang sudah menerima cukup air curing di kedua-dua arena, sama ada di bengkel Castello ataupun di rak pameran kolektor asal.

Pernah anda terdengar akan “Legendary Old Briar”?

“Legendary Old Briar” atau LOB merujuk kepada sebilangan koleksi pipa Castello yang diperolehi semula oleh bengkel artisanal perpipaan Itali itu dari sebuah koleksi lama. Mungkin pemergian kolektor asal meninggalkan satu estet yang memiliki koleksi pipa Castello “unsmoked” yang mungkin agak “sizeable” – tidak terlalu banyak kerana sememangnya tidak banyak pipa Castello dengan nomenclature LOB ditemui di pasaran dan tidak pula terlalu sedikit kerana jika ya tentulah Castello tidak akan memberikan satu designation khusus terhadapnya. Seperti yang dikatakan, Castello memberikan pipa-pipa ini satu peluang untuk dimiliki oleh para kolektor dengan mendedikasikan siri “Legendary Old Briar” kepada lot ini.

Oleh itu, apa yang anda akan dapat adalah sebuah pipa “unsmoked” yang mungkin dibeli oleh kolektor asal sejak dari tahun 60-70an lagi. Sesuatu yang tidaklah meralatkan kerana pipa-pipa ini terjaga rapi walaupun anda bukanlah pemilik pertama nya. Castello pastinya tidak akan mengeluarkan sesebuah pipa ini semula sekiranya ia tidak menepati piawaian mereka. Nomenclature “LOB” ditatah pada setiap pipa ini, menjadikannya satu penghargaan yang tidak ternilai kepada sesebuah pipa yang sudah pun bertaraf “estate unsmoked”.

Perlu ditekankan yang kualiti bahan dahulu vs sekarang adalah sangat sukar untuk ditandingi. Anda bayangkan akan betapa banyaknya pohon briar yang tua dan matang pada 50 tahun lepas. Blok-blok briar dengan kualiti sebegini kemudiannya sampai di Castello yang sememangnya mengamalkan proses “air curing” untuk minimum 8-10 tahun. Sudah tentu hasil yang bakal dinikmati oleh pemipa adalah briar yang dirawat secara rapi dan eksesif, jauh dari impurities dan sap/ getah pokok yang terkadang masih ada di dalam sesebuah blok briar.

Kemudian blok-blok briar ini dimanipulasikan dengan baik oleh tangan-tangan mahir artisan Castello dan sebuah pipa terhasil dan dijual kepada kolektor untuk digunakan sebaik mungkin. Itulah kadar putaran hayat yang ideal bagi kebanyakan pipa akan tetapi dunia bukannya selalu berpusing sepertimana yang kita mahukan. Carlo Scotti, pengasas Castello telah berjaya mendapatkan sejumlah pipa briar mereka yang masih belum digunakan dari sebuah koleksi persendirian yang bermula dari sekitar tahun 60an-70an, pada kuantiti yang tidak diketahui. Ini memberikan beliau satu ilham dan peluang untuk memperkenalkan satu siri istimewa yang sukar untuk dijelmakan apatah lagi untuk dilepaskan – Legendary Old Briar (LOB).

Bagi kolektor, ia adalah satu peluang yang sukar untuk dilepaskan kerana bukan mudah untuk kita (apatah lagi sesebuah firma) untuk mendapatkan kembali koleksi-koleksi pipa lama mereka, lebih-lebih lagi yang berkategori “unsmoked” pada jumlah yang sesuai. Scotti mungkin bertindak untuk menyimpan semua koleksi-koleksi ini di mini muzium beliau, atau koleksi sebegini mungkin akan dijual kepada auction house untuk dilelong sebagai pipa berkategori “estate unsmoked”. Namun Scotti dapat mengesan titik novelti pengkolektivitian jenama Castellonya dan memutuskan untuk memberikan pipa-pipa ini satu label baru – LOB – sekaligus memberikan para peminat Castello satu peluang untuk menikmati kebaikan briar-briar Corsican (tentunya pada masa itu Castello belum bermula dengan briar Legurian lagi) yang dirawat rapi oleh mereka.

Bagi saya, ia adalah “the best of the both world” kerana anda bukan sahaja bahan briar Corsican itu sendiri adalah highlight kepada siri koleksi ini, malah kemahiran para artisan Castello terdahulu juga adalah satu ciri penting yang dapat dizahirkan dengan LOB. Jika koleksi ini benar adalah dari 60-70an, sudah tentu ada antara pipa-pipa ini yang dihasilkan oleh nama-nama besar seperti Ascorti atau Luigi Radice, sebelum mereka meninggalkan Castello untuk melakar sejarah Caminetto. Ia adalah suatu tanggapan yang sangat mengujakan untuk anda berfikir tentang betapa pipa di tangan anda adalah hasil kerja nama-nama besar di arena perpipaan sebegini.

Saya agak teruja lagi bersyukur kerana diberikan peluang untuk memiliki satu LOB ini di dalam keadaan pipanya yang masih baru dan “unsmoked”. Dengan pipa LOB ini, saya diberi peluang untuk mengalami sendiri kebaikan briar-briar terdahulu. Flavor-flavor perique dan virginia dapat diterima dengan baik sekali oleh pipa LOB ini. Pembakaran yang berlaku juga sangat baik sehinggakan pada waktu tertentu dan yang saya masih ingat dengan jelas lagi adalah pada bowl yang pertama dimana saya tidak perlu menggunakan tamper langsung untuk mengawal pembakaran di dalam bowl LOB ini. Saya percaya yang ketepatan kejuruteraan, kawalan kualiti yang ketat dan penggunaan briar terdahulu yang cukup dirawat adalah gabungan faktor yang memungkinkan pipa LOB seperti ini berfungsi dengan sangat baik sekali.

Menelusuri penawaran Castello, kita boleh senantiasa menantikan Great Line Fiammata, Perla Nera atau Occhio di Pernice. Atau mungkin Preziosa dan Pezzo Unico apabila kita ada wang yang lebih untuk memikatnya apabila ia dikeluarkan. Akan tetapi, Castello hanya menerima sekali sahaja koleksi pada skala dan kualiti sebegini untuk Legendary Old Briar, dan ia adalah sangat customer-centric juga bagi Castello untuk menawarkan para peminatnya peluang untuk mengalami sendiri kebaikan briar dan pembuatan pipa mereka di suatu masa yang terdahulu.

Selain dari menikmati segala itu, banyak juga yang saya dapat pelajari dari Legendary Old Briar ini. Ia adalah satu pipa yang saya tidak akan trade the whole world with.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: