Castello bits ataupun stem pipa menampilkan konsistensi kualiti yang terbaik di dalam kelasnya. 100% handmade, berkilat bagaikan kasut but seorang soldadu dan potongan yang simetri lagi sharp-looking, ia adalah salah satu aspek “sexiness” marquee Itali itu sebagaimana “sexy” diterjemahkan oleh Ferrari, Lamborghini dan Alfa Romeo. Seriously, anda hanya perlu untuk duduk di dalam driver seat kereta-kereta terbabit untuk mengalami apresiasi “sexiness” di dunia permotoran dan kesemuanya hampir “all-assumed” dengan these Italian names…
Begitu juga halnya dengan pipa. Tanpa perlu pergi begitu jauh, melihat hanya kepada aspek stem pipa sendiri sudah mampu untuk membawa anda ke dunia perpipaan yang lebih seksi. Adakah rutin pemakanan pizza-pasta-antipesto-tiramisu yang memberikan mereka such creativity atau habit untuk siesta & flattery yang membentuk kemampanan design flair dan artsy-take produk-produk keluaran mereka, tidaklah saya ketahui. Itali for art adalah sepertimana Germany dikenali untuk precision-engineering, Danish dengan konsep “hygge” untuk gaya hidup yang mengutamakan keselesaan dan Jepun untuk praktikaliti ruang & konsep “zen”.
Dari sepotong kecil stem tirus untuk Canadian, saddle bit pendek yang popular dengan Lovat, stem tiga inci billiards yang menirus dengan perfection, stick bit untuk army mounts dan kreativiti aksentuasi briar dan bahan lain di dalam olahan stem mereka, setiap satu dibuat dengan teliti dan yakin. Dengan hanya melihat kepada stem-stem ini anda dapat membayangkan yang mereka memperuntukkan banyak masa untuk little details – dan anda bayangkan pula berapa banyak masa mereka peruntukkan untuk membentuk bowl dan shank kemudiannya.
Sentuhan handmade artisan-artisan di Castello telah melarik dan membentuk stem untuk pipa premium mereka sejak berpuluh tahun dahulu. Kualiti dan kerjatangan artisanal mereka dapat dikesan pada setiap batang pipa Castello dan dinikmati oleh kita pemipa sejagat. Kerana itulah Carlo Scotti mendengus apabila Castello dikaitkan dengan pengeluaran industrial – ” I’m running a workshop of artisan, not a factory…” katanya. Enam pipemakers di bawah satu bumbung – dengan pengeluaran tahunan sebanyak 4000 lebih pipa sahaja – sukar untuk kita menyamakan mereka dengan Savinelli atau Big Ben yang lebih persis kepada industrial pipemaking. Nantikan cerita yang lebih lanjut berkenaan perihal ini di “The Castello Compendium” pada bulan hadapan.
Memperkenalkan plexiglass / lucite stem kepada dunia perpipaan adalah satu signifikasi eksklusif Castello. Tanpa mereka, tentu kita hanya bersandar pada stem vulcanite sahaja sekarang. Castello memberikan satu sandaran kualiti yang tersendiri dari segi penghasilan stem pipa kerana lucite yang mereka gunakan, walaupun masih berada di dalam keluarga akrilik, adalah yang terbaik dari segi kualiti dan daya tahannya. Berbeza dengan kebanyakan pipa jenama Itali lain, Castello menghasilkan sendiri stem lucite mereka 100% dari bahan mentah sehinggalah ia menjadi sebegini berkilat dan memukau, dengan aksentuasi indah “white bar” yang memberikan satu imej kualiti yang tiada tolok bandingnya.
Integrasi kualiti 360 darjah dari Castello merangkumi briar, stem, aksentuasi material tambahan, kejuruteraan, dan seni pertukangan pipa mereka dan ini diakui oleh Luigi Radice dan beberapa artisan Itali yang lain kerana mengikut mereka “Castello can always afford the best material available” – sesuatu yang mereka semua tahu kerana mereka juga adalah para artisan yang pernah berkhidmat di Castello dahulu. Ini adalah suatu citra Carlo Scotti dan masih didukung erat oleh pewarisnya Franco Coppo sehinggalah ke hari ini.
Stem dengan “white bar” sekarang adalah satu unjuran kualiti yang “speaks volume” di dalam dunia perpipaan – dikenali sebagai jenama pipa yang terbaik di Itali dan antara yang terbaik di dunia.
Something I certainly can see why…
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!