Mengenal Stem Pipa : Bentuk & Jenis Stem

Sebagai sebuah komponen penting yang sangat dekat dengan pemipa (seperti yang dikatakan sebelum ini, stem adalah bahagian pipa yang paling “in contact” dengan kita kerana kita menggigitnya setiap hari), stem tidak dapat lari dari digayakan. Sudah menjadi adat untuk perubahan stail dan design sesebuah stem pipa (dan bentuk pipa secara amnya) apabila zaman berubah dan manusia mahukan pembaharuan demi pembaharuan. Itulah hal yang berlaku apabila bentuk-bentuk pipa dikaji semula dan diolah untuk berevolusi sepenuhnya – bentuk stem juga turut berevolusi sama.


Kita pemipa diberikan begitu banyak pilihan untuk bentuk stem pipa ini, walaupun banyak bentuk pipa-pipa tradisional yang sudah pun memiliki bentuk stem yang “pre-defined” seperti lovat, bulldog dan lain-lain. Walaupun bentuk-bentuk stem ini berevolusi sebagaimana bentuk-bentuk pipa berevolusi, masih terdapat ruang yang banyak untuk kreativiti dan penghasilan bentuk-bentuk stem yang baru, apatah lagi dengan pipa-pipa jenis “freehand” yang tidak terhad kepada format-format bentuk yang tertentu.

Marilah kita melihat kepada bentuk asas stem pipa, dimana stain dan fungsi serta kepenggunaannya turut dapat kita perbincangkan;

1. Tapered Stem – ini adalah bentuk stem yang paling asas. Tapered stem kebiasaannya memiliki bahagian badan stem yang sama besar dengan shank pipa, dan kemudiannya ia akan menirus semakin ia menuju ke arah lip stem. Design sebegini adalah agak praktikal memandangkan untuk kekuatan menahan tekanan dari gigitan pemipa, stem perlu memiliki badan yang semaksimum mungkin. Hal ini adalah benar akan tetapi tahap keselesaan akan berkurangan terutamanya apabila pemipa terpaksa menggigit sesuatu yang agak tebal. Ia juga menyumbang kepada lebihan berat yang akan menyebabkan mereka yang suka menggigit stem berasa cepat lenguh.

2. Saddle Stem – Bentuk ini dipercayai direka dengan bertujuan untuk memberikan lebih keselesaan kepada pemipa. Ia bermula dengan bahagian badan stem yang memiliki saiz yang sama seperti shank pipa, akan tetapi kemudiannya diameter stem akan mengecil secara mendadak dan terus berada di dalam saiz kecil itu sehingga lah ke bahagian lip stem. Oleh kerana bahagian ini adalah agak kecil, lubang stem juga kebiasaannya adalah lebih kecil berbanding stem jenis tapered. Namun, jenis saddle ini ternyata adalah agak menyelesakan pemipa terutamanya mereka yang menggigit stem. Stem juga menjadi sedikit ringan kerana banyak bahagian badan stem yang telah dibuang. Malah terkadang beberapa jenis bentuk pipa akan kelihatan agak kemas apabila stem jenis saddle digunakan.

3. Military / Army Bit – stem jenis ini kebiasaannya adalah berbentuk tapered akan tetapi dari jenis yang tidak “acute” atau boleh dikatakan yang tapernya hanya berlaku pada sudut yang agak kecil sahaja. Stem jenis ini pula tidak memiliki bahagian tenon seperti stem-stem jenis lain. Sambungan stem jenis military ini kebiasaannya adalah dengan memasukkan stem terus ke dalam “floc” yang diperbuat dari bahan akrilik, nikel, perak, ataupun emas. Terkadang, bahan yang lebih unik seperti tanduk, boxwood atau gading juga berkemungkinan digunakan sebagai “floc” ini. Oleh yang demikian, stem military ini boleh dibuka dan dipasang walaupun pada ketika sesi perpipaan sedang berjalan, kerana ia tidak memiliki tenon yang mungkin rosak dan patah jika ia dibuka ketika berada di dalam keadaan yang panas – kerana dengan suhu yang tinggi kebiasaannya tenon akan sedikit mengembang.

4. Churchwarden Stem – stem jenis ini kebiasaannya memiliki bentuk asas stem tapered, cuma ia adalah lebih panjang dan bengkok. Churchwarden adalah salah satu “homage” buat stem pipa kerana bentuk itu hanya dibezakan oleh karakteristik stemnya yang bengkok dan panjang. Sesi perpipaan yang sejuk dan menyelesakan palate adalah janji sesebuah churchwarden kerana asap perlu melalui shank dan kemudian stemnya yang panjang, menjadikan proses penyejukan adalah munasabah di sepanjang laluan tersebut.


Sesetengah bahan akan menentukan bentuk stem – contoh terbaik adalah apabila Peterson mengeluarkan versi terhad Amber Stem Spigot mereka, dimana komposisi amber seperti yang kita tahu adalah agak rapuh / brittle, ia tidak dikeluarkan dalam bentuk saddle yang pastinya agak genting kekuatannya di bahagian bit apabila bahan material menjadi nipis. Malah, Peterson turut mengambil inisiatif untuk menyarankan pelanggan supaya tidak menggigit stem amber keluaran ini. Oleh itu, pada mereka yang sememangnya menggigit stem keluaran ini adalah agak novelti namun ia tetap adalah satu koleksi yang menceritakan semula tentang bahan-bahan mewah yang digunakan pada masa lampau, dimana ia diganti dengan material yang lebih baik dari segi ketahanan dan keberadaannya sekarang.

Setelah kita mengenali bahagian-bahagian stem dan bentuk-bentuknya sekarang, adalah agak sesuai juga untuk kita mengenal pula bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan stem. Nantikan keluaran artikel itu kelak!


pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s