“The Castello Compendium” – Bahagian IV – Keluaran Khas & Rarities

Kita telah pun melihat kepada siri-siri standard dari Castello pada dua keluaran Compendium ini pada minggu-minggu lepas. Sedikit sebanyak, sudah tentu kita dapat gambarkan akan penghasilan pipa-pipa dari bengkel artisanal ulung Itali itu, sama ada yang biasa mahupun yang agak sukar untuk diperolehi.

Kali ini, marilah kita lihat dengan lebih jelas akan siri-siri khusus pula – yakni siri-siri yang tidak dikeluarkan secara banyak, sesetengahnya mungkin masih diberi peruntukan pengeluaran namun pada skala peratusan yang agak kecil manakala sebahagian lagi adalah tidak menentu kerana memerlukan kualiti briar yang sangat “exceptional” ataupun menggunakan bahan-bahan tambahan yang sukar untuk dicari atau proses-proses pembuatan yang rumit dan memakan masa.

x) Perla Nera

Jika Dunhill boleh menggayakan sleek design dan sharp look dengan siri “Dress” mereka, Castello Perla Nera adalah jawapan Italiano kepada segmen tersebut. Ia adalah pipa yang sangat sesuai untuk di bawa ke majlis-majlis rasmi, sangat complimenting akan tuxedo ataupun blazer hitam gelap yang anda mungkin kenakan.

Biarpun ia hanya berwarna hitam gelap yang berkilat, Perla Nera bukanlah mudah untuk dihasilkan. Artisan di Castello mengaplikasikan lapisan demi lapisan coating, dikatakan sangat banyak dan sudah tentu berdasarkan pengalaman peribadi saya (bahagian rim Dublin Perla Nera saya terhantuk di bucu tajam tingkap kaca ketika saya membuang habuk keluar – walaupun rim pipa sedikit kemik namun lapisan coatingnya masih hitam tanpa sedikit pun kayu briar kelihatan!), saya agak pasti yang lapisan coatingnya memang sangat banyak.

Dek kerana kerumitan di dalam aplikasi lapisan coating ini, Perla Nera memakan banyak masa untuk dihasilkan dan ia tidak dikeluarkan secara meluas – sekaligus menjadikan ia satu buruan buat kolektor tegar Castello. Ia memiliki unjuran harga yang sejajar dengan gred “Collection”.

xi) Le Dune

imej dari smokingpipes.com
Le Dune adalah siri terbaru dari Castello, mula menemui peminat pada tahun 2016. Le Dune mengaspirasikan suasana hening di padang pasir, dengan angin yang bertiup membelah debuan pasir sehalus sutera, menjadikan permukaannya membentuk lapisan demi lapisan berbalam diserata permukaannya. Ketenangan, keheningan dan kedamaian – efek inilah yang mahu dicapai oleh para artisan di Cantù.

Apa yang mahu digambarkan sudah tentunya kedamaian yang dikecapi ketika kita berpipa. Le Dune hadir di dalam beberapa warna seperti hitam, light tan dan maroon, yang menyemarakkan lagi tekstur permukaannya. Sudah tentu bukan mudah untuk mereka menghasilkan permukaan Le Dune yang menarik ini, dimana dikatakan ia melibatkan satu proses yang panjang dengan penggunaan alatan tambahan.

Castello Le Dune, walaupun hadir di dalam finishing rusticated, adalah agak kompleks untuk dihasilkan – oleh itu dari segi grading ianya sejajar dengan Castello Collection, yang kita boleh perhatikan dari struktur harganya yang sama.

xii) Castello Preziosa

Siri ini adalah pembuktian yang lebih kukuh ke atas kaitan pipa dengan sexiness – yang diabadikan dengan sangat baik melalui pilihan bahan Kimberlite – sejenis batuan yang sukar ditemui, yang biasanya akan ada di sekitar batu permata diamond dan memiliki keindahan ira seperti kayuan yang baik.

Mulai dikeluarkan pada awal 70an, Castello Preziosa menggunakan briar-briar terpilih yang akan dikemaskan dengan floc Kimberlite ini (dan terkadang beberapa jenis batuan yang menarik turut digunakan) dan dikatakan kurang dari 10 briar ditemukan dengan finishing ini saban tahun – memandangkan tidak banyak kimberlite yang boleh ditemukan, apatah lagi yang memiliki corak menarik untuk menjadikannya sesuai sebagai bahan floc. 

Sudah tentu setiap Castello Preziosa adalah sangat menarik dan istimewa, sepertimana unjuran maksud namanya yakni “precious”…

xiii) Epoca

imej dari smokingpipes.com
Siri ini adalah antara siri istimewa yang terawal dibangunkan oleh Carlo Scotti, yakni sejak dari tahun 60an lagi. Jika kita melihat kepada sampel-sampel awal Epoca, ia lebih menjurus kepada ukiran timbul yang kasar sebelum dimajukan kepada ukiran seakan cairan lilin yang menuruni permukaan bowl. Namun ada juga pendapat yang menyatakan bahawa Epoca ini terhasil dengan tiga bentuk – permukaan kayu yang kasar (banyak pada Epoca versi awal), cairan lilin (yang agak standard bagi Epoca) dan susunan kayu atap (sangat jarang ditemui).

Juga dikatakan yang siri Epoca ini telah pun diberhentikan dan digantikan dengan Castello Flame, satu siri yang terhasil dari evolusi rupabentuk Epoca itu sendiri.

xiv) Flame

imej dari smomingpipes.com

Flame adalah siri istimewa Castello yang menampilkan rupabentuk yang menawan, penggunaan masa yang istimewa dan hampir bersifat ritual dan kepakaran yang sangat istimewa. Ia bermula agak lewat – pada sekitar tahun 2000 – dan dikatakan adalah evolusi kepada siri Epoca sebelumnya.

Penghasilan ukiran flame ini hanya dilakukan oleh seorang artisan Castello sahaja – dimana Franco Coppo adalah agak cerewet di dalam menentukan hasil sesebuah Castello Flame jadi pengkhususan sebegini tentunya diperlukan. Ia juga hanya dihasilkan pada waktu pagi ketika cahaya matahari menyinari tempat pembuatan pipa Flame ini dan ukirannya dilakukan dengan sangat perlahan, menjadikan sesebuah projek Flame akan menelan masa sehingga tiga minggu untuk dihasilkan. Menggabungkan ukiran dan finishing permukaan smooth dengan unjuran grain yang baik pada masa yang sama adalah sangat sukar, maka dengan itu tidak hairanlah ia memakan masa sebegitu lama.

Siri pipa Flame diberikan nombor khas dek kerana pengeluarannya yang sangat terhad. Ia tergolong di dalam kategori pipa dengan finishing berukir yang termahal di dalam kelasnya. Walaupun harganya begitu, siri ini cepat terjual di pasaran kerana peminat Castello tentunya menghargai skill dan workmanship yang tercurah ke atasnya.

xv) Pezzo Unico

imej dari smokingpipes.com
Ini adalah siri terhad yang memerlukan anda memujuk, mengugut atau memaksa Kino untuk menjualnya. Pezzo Unico adalah pipa-pipa Castello yang tersimpan rapi di dalam mini muzium pipa mereka. Kebiasaannya ia merangkumi pipa-pipa yang betul-betul cantik, sempurna dan unik, dimana Franco Coppo / Kino sendiri merasakan yang ia sesuai untuk digolongkan di dalam koleksi muzium mereka.

Namun terdapat waktu dan ketikanya apabila koleksi pipa-pipa ini dapat dijual, biasanya melibatkan pujuk rayu dek kerana ketegasan Kino di dalam mengekalkan simpanan mini muzium Castello ini. Walaupun agak komikal, ini menyebabkan tiada pihak yang dapat meramal berapa buah Pezzo Unico yang dapat dijual saban tahun, menjadikan status “rarity”nya lebih tinggi dan kritikal.

Satu perkara yang pasti adalah setiap Pezzo Unico datang dengan sijil yang menyatakan tempoh ia keluar dari muzium Castello dan sudah tentu adalah satu “investment”, terutamanya jika disimpan “unsmoked”.



pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s