Ulasan Baccy : Dunhill My Mixture Baby’s Bottom (BB1938)

Banyak perkara boleh berlaku di dalam jangkamasa dua tahun. Anda mungkin telah bertukar tempat kerja. Atau mungkin telah naik pangkat. Mungkin telah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata pertama. 

Dan siapa sangka, ia betul-betul mengambil masa dua tahun untuk saya menjengah kembali Baby’s Bottom?

Tanggal 9 Jun 2015 dahulu, saya ada menceritakan di dalam blog ini tentang dua revival penting Dunhill, iaitu Three Years Matured dan My Mixture Baby’s Bottom. Ia mengambil masa tiga ke enam bulan untuk blend itu sampai ke tobakonis kita. Penantian itu agak menghampakan buat permulaannya kerana Dunhill tidak mengekalkan ilustrasi asal gambar bayi sepertimana Baby’s Bottom dikenali dahulu. Sebaliknya, ia adalah ilustrasi My Mixture 965, dan “965” digantikan dengan BB1938 – dimana Dunhill tidak menggunakan nama “Baby’s Bottom” lagi demi untuk mengurangkan risiko penarikan penjenamaan atas dasar ketidaksesuaiannya dan sensitiviti masyarakat zaman ini.

Penggunaan tiga jenis asas Virginia yang berlainan warna – Red, Orange dan Lemon Virginia adalah teras blend, sebelum Cyprian latakia diadun bersamanya untuk menghasilkan satu blend yang memiliki nuansa warna yang menarik. Ia tentunya agak berlainan dengan My Mixture 965, yang menampilkan penggunaan bright virginia dari Macedonia dan tambahan brown cavendish. Sementara kita membicarakan tentang komposisi blend tadi, nota-nota virginia yang tajam dan “tangy” diselaputi oleh nota Cyprian latakia yang agak woodsy dan “smokey” telah pun naik, menjadikannya satu gabungan yang menakjubkan.

Dan ternyata tidak lama kemudian, Baby’s Bottom membakar dengan baik di dalam bowl pipa saya. Saya agak lega bila mendapati yang flavor asas My Mixture 965 iaitu “smoky” dan “campfire-like” masih dapat dikesan di dalam Baby’s Bottom. Cuma sudah tentu penyampaian “extra-smokiness” yang identik dengan amy Mixture 965 tidak dapat dizahirkan di sini. Adakah ia bersangkut-paut dengan ketidakhadiran brown cavendish atau Macedonian bright? Sudah tentu itu adalah faktor terpenting memandangkan komposisinya adalah sedikit berlainan. Baby’s Bottom yang suatu ketika dahulu hanya boleh didapatkan di England sememangnya dihasilkan sebagai “smoother cousin” untuk My Mixture 965 terutamanya bagi mereka yang mahukan sedikit kelembutan disebalik blend epik tersebut.

Dan perkara itulah yang Baby’s Bottom bawakan kepada kita – kelembutan dan “smoother taste” yang palate kita mampu rasai. Pada firasat saya, kelembutan rasa itu terhasil dek kerana faktor “creaminess” yang sememangnya unik buat blend ini. Cyprian Latakia yang bergabung dengan tiga jenis virginia tadi adalah sangat “creamy” dan sedikit manis. “Creaminess” yang berlebihan akan bertindak sebagai “masking” dan me”muted”kan “tanginess” dan rasa tajam virginia jadi dari sinilah kelembutan ekstra itu terhasil. Fenomena ini menjadi satu “highlight” buat Baby’s Bottom dan ia juga merupakan idea asal kenapa namanya adalah sedemikian.

Masuk ke pertengahan hingga ke hujung bowl, sedikit “spiciness” juga dapat dikesan. Walaupun tidak terlalu nyata seperti blend-blend berteraskan perique, ia memberikan satu dimensi yang menarik buat Baby’s Bottom. Blend ini juga bersifat agak “light” dan lebih rendah kadar nikotinnya berbanding My Mixture 965. Kerana itulah bagi saya blend ini adalah lebih santai dan lebih versatil – boleh dinikmati di sepanjang hari. Akan tetapi untuk menyalakannya sebagai “after-dinner smoke”, ia mungkin sedikit ringan dan tidak begitu berkesan bagi mereka yang mahukan sesuatu yang lebih “potent” pada ketika itu – maka nyalakanlah My Mixture 965 atau Nightcap mahupun Old Ironsides sebagai alternatif dan simpan Baby’s Bottom untuk santai petang hari minggu.

Jadi, boleh dikatakan apa yang anda akan dapat dengan Baby’s Bottom adalah flavor-flavor asas My Mixture 965 seperti yang anda biasa nikmati, disaluti dengan “creaminess” tambahan yang menyenangkan palate dan sedikit “spiciness” di pertengahan bowl hingga ke hujung. Profil sebegini menjadikannya sangat baik dan sesuai untuk penggemar Cyprian latakia yang mahukan lebih dimensi kelembutan, walaupun sebaliknya ia mungkin tidak dapat memuaskan My Mixture “purists” yang boleh merasai kehilangan “extra smokiness” daripada blend kesukaan mereka itu. Apa pun preferensi anda, My Mixture Baby’s Bottom adalah satu revival yang sangat baik dan wajar untuk diterokai.


pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s