​Dilanda Badai Di Dalam Pelayaran Dunhill Royal Yacht?

Memori dengan “kapal layar diraja” ini sudah pun bermula sejak dari awal detik perpipaan saya…

Dengan nama yang diluar konteks perpipaan, seni tin tembakau yang bersifat agak retro dan penawaran blend bukan English yang diluar kebiasaan Dunhill (yang terkenal dengan blend-blend bersifat English), ia bererti sesuatu yang anda perlu cuba.

Sedang itu warna tin “artwork”nya yang kuning-merah juga bagaikan magnet untuk mata pemipa ketika memerhati susunan tin-tin tembakau di dalam rak kedai tobacconists. Jika mata anda melewati susunan tin-tin tembakau Dunhill, pasti anda tidak akan terlepas memandang barisan tin Royal Yacht.

Royal Yacht sebenarnya adalah blend virginia yang agak kompeten. Saya percaya akan kualiti tembakau yang digunakan untuk blend ini adalah “top-notch” seperti kebanyakan blend-blend Dunhill yang lain. Sebaik sahaja tin dibuka, bau virginia dan sedikit bau pelik seperti ammonia yang antara tajam dan tidak pasti akan menerpa hidung pemipa. Ya, bukan bau virginia konvensional yang anda selalu alami; jerami, barley dan sedikit kemasaman plum kering adalah identik keterbiasaan yang sedikit tenggelam disebalik timbunan ribbon ini.

Bau yang agak tajam itu adalah “sos istimewa” yang diadun bersama virginia tadi. Dunhill, sepertimana kebanyakan syarikat pengeluar tembakau lain memiliki kecenderungan untuk merahsiakan komposisi bahan yang digunakan dalam menghasilkan sos-sos blend yang istimewa sebegini. Mungkin molasses, mungkin liquorice atau mungkin juga vinegar, kita hanya mampu membuat spekulasi sahaja dan membiarkan mistik Dunhill bermain-main dengan perasaan kita saban hari.

Dalam sibuk kita melayani misteri tidak terjawab sebegini, saya harus akui bahawa Royal Yacht bukanlah sebuah blend yang mudah difahami. Seperti yang dikatakan di atas tadi, blend ini adalah agak “potent”- ia dapat memberikan kepuasan virginia yang baik. Kehadiran nikotin juga dapat dirasai tanpa ragu-ragu. Hentaman nikotin dan kepuasan yang dirasai adalah persis pengalaman semois. Walaupun secara peribadi semois adalah lebih “tasty” dan lazat, pembangunan kompleksiti Royal Yacht pula adalah amat menarik dan mencabar minda pemipa kontemporari.

Disebalik potensi virginia yang memuaskan ini, ramai juga pemipa pemula yang beranggapan bahawa blend Royal Yacht adalah “keras” dan “heavy”. Faktor ini adalah popular dan malangnya ia sekaligus membataskan pemipa pemula untuk mencuba dan memahaminya. Walaupun memang betul yang Royal Yacht bukanlah “instant hit” kepada pemipa pemula tetapi setelah palate mereka di asuh oleh blend-blend virginia lain, potensi Royal Yacht akan mulai terserlah dan pemahaman blend yang baik dapat berlaku.

Sebenarnya ramai pemipa yang bertanyakan saya tentang blend ini dan reaksi biasa adalah “Urgh, kerasnya blend ini!”. Dengan reaksi sebegitu, perlukah kita menganjurkan mereka supaya bersabar dengan blend ini? Atau berpesan “come back when your palate is ready”? Di dalam dunia perpipaan sekarang di mana banyak blend-blend baru yang menarik dihasilkan, ditambah pula dengan pengeluaran blend-blend berteraskan “customer-oriented” seperti yang diterapkan oleh Hearth & Home (“Larry’s Blend dan Frenchy’s Sunza Bitches bermain-main di benak pemikiran kita) yang semakin popular dan juga pengeluaran blend-blend virginia yang lebih “yield-specific” seperti siri McClelland Christmas Cheer juga selalu kelihatan, bukankah lebih baik untuk menganjurkan mereka untuk “move on” kepada blend-blend sebegini dan “be happy”?
 
Ini ditambah pula dengan beberapa lagi kekeliruan yang sering menghantui Royal Yacht. Ribbon yang kecoklatan gelap ini, walaupun nampak agak menyelerakan, sememangnya mengelirukan pemipa. Ramai yang menyangkakan Royal Yacht adalah blend aromatik! 

Terkadang, pengkategorian sesebuah blend boleh menjadi sangat melemaskan. Ia sememangnya mengandungi sejenis “special sauce” a-la GL Pease’s Montgomery (atau dilihat dari segi tahun keluaran, Montgomery lah yang menginspirasikan Royal Yacht, dek kerana Royal Yacht sudah pun berada di dalam rotasi “over-the-counter” blend di Dunhill sejak lebih kurang seabad lalu), tetapi apa yang kita dapat rasakan dari terma aromatik hanyalah sedikit note “fruity” yang boleh didapati dari blend-blend full virginia yang lain, bukan?

Mungkin, sos istimewa itu lah yang membantu dalam konteks “blend refinement” dan mengurangkan flavor “citrusy” yang selalu terdapat pada blend-blend virginia, lantas memberikan kita peluang yang lebih besar untuk menjejak flavor-flavor virginia yang lain. Ini, jika dilihat dari sudut positif, adalah satu peluang besar untuk mereka yang sukakan virginia dan variasi-variasinya. Malah, ia boleh dikategorikan sebagai salah satu blend virginia yang kreatif dan “out-of-the-box”!

Kesukaran untuk memahami persekitaran ini menyebabkan Royal Yacht terkepuk di dalam simpanan saya buat satu masa yang agak panjang. Secara tidak sengaja ia di”shelf”kan sehingga dua-tiga tahun dan secara tidak sengaja juga hati saya terdetik untuk memungah dan mengeluarkannya dari dalam simpanan tidak lama dahulu. Walaupun agak lama dibiarkan di dalam tin kedap yang sudah dibuka, untaian ribbon nya tidak terlalu kering. Mungkin sos istimewa tadi juga membantu dalam pengekalan sedikit lembapan ini. Apa yang saya dapati adalah blend virginia yang sangat baik, agak komplikated tetapi memberikan anda dimensi full virginia yang tidak sama seperti blend-blend lain.

Ternyata, kesabaran pastinya adalah faktor penting bagi setiap satu perkara dan keterbukaan kita untuk mengalami dan memahami kenapa sesebuah blend di adun sebegitu rupa adalah sangat “rewarding”. Jadi sekarang apabila ditanya mengenai Dunhill Royal Yacht saya selalu menganjurkan untuk mencuba walaupun satu tin, simpan dan cellarkan untuk setahun dua lagi dan datangi ia kembali pada kemudian hari, untuk anda menikmati blend virginia unik yang tiada salinan resepi yang lain kepadanya. Penantian itu, bagi saya sudah tentunya sangat berbaloi.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s