Ulasan Baccy : Samuel Gawith 1792 Flake

Samuel Gawith adalah antara blending house yang cukup dikenali dengan baccy-baccy ala-retronya. Dikategorikan antara blending house English yang tertua, pendekatan mereka dalam menyediakan blend-blend baccy adalah berbeza dan unik berbanding kebanyakan blending house yang lain.

image

Hari ini, kita akan membincangkan tentang 1972 Flake. Blend ini, walaupun tidak se-popular blend-blend SG yang hits seperti Full Virginia Flake atau Squadron Leader, namun sangat penting diketengahkan kerana ia seakan mewakili blend-blend yang berinspirasikan “Lakeland style” (boleh rujuk Asas Kepada Variasi Blend di ruangan Pengajian Tembakau untuk deskripsi ringkas berkenaan Lakeland blend). Oleh itu, peminat blend-blend berinspirasikan “lakeland” ini semestinya akan merasa sangat bertuah kerana berpeluang menikmati 1972 Flake, tambahan pula blend-blend lakeland agak sukar untuk diperolehi di sini.

Seperti biasa, kita akan bermula dengan komposisi tembakaunya. 1972 Flake terdiri daripada adunan daunan dark-fired dari Tanzania yang melalui proses kukusan sebelum dan selepas dikompress. Mengenali karakteristik daun dark-fired, dapat diagak yang blend ini pastinya agak “heavy” dan memiliki adunan nikotin yang sedikit tinggi. Ini ditambah pula dengan sedikit tambahan flavor dari tonquin (sejenis kekacang dari Amerika Selatan, yang diklasifikasikan “illegal” oleh FDA tetapi agak unik dan akan kita bincangkan kemudian mengenainya), jadi secara keseluruhan deskripsi blend ini sememangnya menarik minat saya.

Penutup tin empat segi yang menjadi “trademark” SG dibuka dan bau campuran kismis bakar, biji vanilla kering, kayu manis dan sedikit hint daging salai menusuk kalbu. Disebalik kertas alas, flake-flake gelap yang tebal tersusun kemas dan rapi. Keseluruhan flake kelihatan agak gelap dan mungkin sedikit lembap, lalu seperti biasa saya akan mencarik kan sedikit demi sedikit, menjadikannya berbentuk “broken flake” sekarang. Preferensi personal saya sukakan teknik “fold-and-stuff” untuk flake yang agak kering, tetapi jika sedikit lembap, carikkan ia menjadi broken flake sememangnya jalan terbaik untuk sesi perpipaan segera.

image

Nyalaan dilakukan dan kepulan asap separa wangi dan tebal dapat dihasilkan. Ternyata benar, dedaunan dark-fired sememangnya menghasilkan sesuatu yang keras, kasar dan padu. Sekali imbas, is seakan pukulan full-bodied burley, tetapi kali ini disertakan dengan sedikit pedas-pedas yang dari segi negatifnya, memeritkan lidah dan anak tekak, namun dari segi positifnya, memberikan sedikit “kick” atau “kow”; seperti “kow” menikmati teh halia yang sangat pekat.

Lupakan kemanisan bright leaves virginia, semua. Anda tidak akan menjumpainya disini.

Sepertimana yang kita tahu, daun dark fired mampu membawa nikotin dalam dos cukup tinggi untuk kita merasa kepuasan. Gumpalan asap putih ini mengandungi vitamin N yang banyak, anda akan merasa sedikit pening jika menghisapnya dengan perut yang kosong atau sambil berdiri. Walaupun ia bergantung pada tahap penerimaan nikotin oleh sistem badan anda, anda boleh rasakan yang nikotin hadir pada kadar yang agak memberansangkan di sini.

Bila bermain dengan Lakeland-based blends, pengalaman mengajar saya untuk mengurangkan permainan inhalasi dengan hidung. Sebagai blend yang diaromakan / fragranted, sengatan nasal seperti terlebih dos wasabi adalah sesuatu yang patut anda jangkakan dengan blend-blend sebegini. Saya syorkan jauhi inhalasi terus asap putihnya (semampu anda) namun ambillah inhalasi tak menerus (indirect), sekadar untuk anda meng-appreciate nota-nota pembakarannya.

image

Kepulan demi kepulan asap berat dilepaskan, cukup pekat untuk meremukkan hati pemipa newbies, namun saya gagahi juga. Tiba di penghujung bowl, saya dihadiahkan dengan keenakan dark-fired Tanzania yang ternyata keras dan simple. Tiada kompleksiti rasa untuk membebankan palate anda disini. Keunggulan 1972 Flake hanya dapat dihayati secara 100% setelah selesai berpipa – dengan kepuasan full bodied dan sedikit pening-pening lalat sambil dialun after-taste tonquin dan dark-fired yang mula terasa sedap, anda akan mengepul-ngepul angin di dalam mulut untuk mengulang-rasa flavor-flavor ini. Pekat, tarry dan earthy – ia sememangnya lain dari format biasa blend-blend di sini dan wajar untuk dicuba.

Perlu juga diutarakan, flake nya yang sedikit lembap memerlukan prepping atau pengudaraan yang cukup, jika tidak anda terpaksa berusaha sedikit lebih untuk memastikan ambernya sentiasa bernyala. Juga, sedikit amaran buat pemula – ianya agak keras, seakan tendangan tembakau ke dada anda. Yang bagusnya, mungkin ia akan menyediakan palate anda untuk baccy-baccy yang lebih keras seperti SG ropes, Kendal Twist, RB Plug atau yang sewaktu dengannya kelak.

Bagi mereka yang mencuba untuk kali pertama, bersedialah: 1972 Flake ini akan memberi satu tamparan yang hebat buat tekak anda. Kepulan demi kepulan asap yang menerjah tekak adalah berat, padu dan full-bodied. Pertama kali menghisapnya saya seolah-olah dibawa ke kapal lanun, mengemudi keluar dari Pelabuhan Lisbon dengan menyalakan tembakau hasil tukaran barang dengan pedagang setempat – daunan tempatan yang baru dibru dan diperam didalam barrel oaknya, menunggu masa untuk diulit dan dinikmati disepanjang perjalanan yang penuh gelora kelak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s