Ulasan Baccy : Devil’s Holiday

image

Sebut saja Devil’s Holiday, rata-rata pemipa samada veteran atau pemula mesti mengenalinya. Blend ini memang diakui sangat popular terutamanya kepada peminat aromatik. Mungkin faktor namanya yang unik, atau gambar di penutup tinnya yang merah dan menarik perhatian kita.

Mengikut deskripsi blendnya, penggunaan bright virginia yang ditambah dengan black cavendish adalah asas kepada blend, dan flavor wild forest berries adalah casing yang diberikan kepada blend ini. Kombinasi ini membayangkan suatu baccy aromatik yang tangy kepada saya, tanpa base yang kuat, namun mungkin itu adalah satu kelebihan kepadanya.

Tin note yang kita boleh dapati sebaik tin dibuka adalah dari berries, kismis hitam, sedikit kayu manis, molasses dan jem blackcurrant yang pekat. Saya agak risau memikirkan akan kebarangkalian yang Devil’s Holiday ini akan mengundang tongue bite kerana ia kelihatan agak basah.

image

Separuh pertama bowl adalah dipenuhi dengan sensasi aromatik yang sedikit terlebih kuat bagi saya. Namun, hal ini ada baiknya kerana flavor wild berries yang diwar-warkan diolah dengan baik sekali. Permainan nasal memberikan flavor berries yang kuat, seperti mengemam gula-gula berries. Bagi saya, ini adalah ciri-ciri baccy aromatik yang baik kerana flavor nya mampu dibawakan seperti deskripsi baccy yang diiklankan.

Seperti yang dijangkakan, pencinta nikotin akan merasa hampa kerana ia tidak dapat ditemui dengan banyak disini. Bagi pencinta blend-blend berat, anda akan menyedut / puff dengan kuat dan lebih dalam demi mencari kepuasan. Di sinilah masalah akan bermula kerana jika pembakaran baccy ini bersuhu terlalu tinggi, rasa berries yang pahit seperti ubat demam cair akan menghantui palate anda.

Pertengahan bowl ke hujung adalah suatu kisah pengimbangan kadar sedutan dimana jika anda konsisten dengan sedutan ringan, flavor wild berries yang menerpa palate anda adalah sangat manis dan baik. Saya tidak lagi mengharapkan tendangan nikotin mahupun tamparan ringannya kerana sedar ianya tidak akan kunjung tiba. Sebaliknya, fokus kepada wild berries dan anda akan dianugerahkan dengan full-bliss berries wonderland.

image

Bau persekitaran yang diberikan oleh baccy ini juga amat menarik, ramai non-smokers yang senang dengan bau Devil’s Holiday apabila saya menyalakan pipa berhampiran mereka. Sesetengah aromatik tidak memiliki bau yang baik, bau asap menenggelamkan segalanya tetapi Devil’s Holiday memang memberikan “sillage” yang menyenangkan.

Oleh itu para peminat aromatik anda sedarlah, Devil’s Holiday adalah antara baccy yang mampu membawakan pengalaman berries yang terbaik di pasaran. Sudah tentu untuk memberikan anda pengalaman itu, beberapa elemen seperti full-bodied tobacco taste dan tendangan nikotin tidak dapat turut serta. Seperti memiliki roti disapu jem dan mentega di meja sarapan, dimana pastinya anda tidak perlukan rasa pedas dan spiciness hadir ketika menikmati sarapan ringkas yang sedap itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s