Blends atau mixture adalah produk akhir tembakau. Kebanyakan tembakau konsumer (yg kita beli dari kedai / tobacconist) adalah blends / mixture. Jarang sekali sesuatu tembakau itu dijual secara propriety (100% dari satu jenis tembakau sahaja), kecuali untuk blending (straights tobacco) dan kes-kes khas seperti pure virginia / burley yang dikultivasi dari sesuatu tempat (contohnya McClelland Christmas Cheer series),
Malahan, campuran dua atau lebih tembakau yg sama tetapi dari lokaliti yg berlainan juga termasuk dlm kategori blends dan mixture (contohnya Mac Baren HH Mature Virginia – campuran lebih 20 jenis virginia dari pelbagai lokaliti!).
Di bawah adalah senarai blends & mixtures yg kita biasa jumpa. Sila update saya jika ada yang saya tertinggal.
AROMATIC BLEND :
Aromatic blend biasanya melibatkan kombinasi tembakau burley, virginia dan cavendish. Burley merupakan komponen penting oleh kerana sifatnya yang mampu menyerap flavor dan casing tambahan, virginia sebagai asas blend dan cavendish untuk memberikan sedikit roundness dan melengkapkan blend. Selalunya aromatic blend tidak memiliki full bodied tobacco taste, kurang kemanisan virginia mahupun burley nuttiness, namun flavor yang diterapkan ke dalam blend tersebut sepatutnya memberikan anda suatu pengalaman yang menarik dan juga bauan yang agak wangi. Antara blend aromatik yang ada dipasaran adalah Peterson Sweet Killarney, Dan Tobacco Devil’s Holiday, Winslow Harlekin, Rattray’s Bagpipers Dream dan beratus lagi.
VIRGINIA BLENDS (VA) :
Merupakan tembakau yang paling banyak dikultivasi, virginia adalah sangat versatil dan mampu berdiri sendiri sebagai sebuah blend. Rasanya yang agak rich, manis dan disulami kadar nikotin yang sederhana, secara rata ramai pemipa yang menyukai blend virginia samada peminat aromatik mahupun English blend. Perbezaan rasa antara blends adalah melalui variasi daun virginia yang digunakan (old belt, middle belt, yellow belt etc) & cara ia disediakan (stoved, fermented, air-cured, flue-cured, compressed, cased etc). Contoh virginia blend yang ada di pasaran kita adalah seperti SG Full Virginia Flake, MacBaren Mature Virginia, Peterson Irish Flake, Dunhill Flake, Rattray’s Hal O’ The Wynd etc.
VIRGINIA + PERIQUE BLENDS (VA/PER) :
Seperti jolokan namanya, blend kategori ini menggunakan daun virginia sebagai tembakau primer dan sedikit perique. Yang uniknya, walaupun sedikit, karakteristik perique yang agak pedas itu merapikan rasa virginia dan menjadikannya lebih enak dan halus. Kebiasaan hanya 1% sahaja nisbah campuran perique namun impaknya sangat signifikan. Boleh dikatakan blend jenis ini adalah seperti “spiced virginia”. Contoh blend va/per yang menonjol adalah Dunhill Elizabethan Mixture, Peterson Irish Oak, Bell’s Three Nuns, Reiner Blend No 71 (Reiner Gold), Escudo Navy Flake, NYPC Bedloe’s Island dan lain-lain.
BURLEY BLENDS :
Menjurus kepada blend yang terdiri daripada tembakau burley. Burley tidak memiliki kadar gula yang banyak seperti virginia, kadar nikotinnya sederhana tinggi dan selalunya digunakan sebagai pelengkap blend-blend lain, terutamanya blend-blend aromatic dek kerana kemampuan burley untuk menyerap casing & flavoring. Namun burley secara asli juga boleh dikonsum secara tersendiri. Blend-blend burley sebegini tidak banyak tetapi ia memiliki penggemar setianya, yang sudah biasa dengan flavor “nuttiness” dan “buttery”, seperti sedikit berlemak dengan after-taste kekacang. Contoh burley blends adalah seperti MacBaren London Burley Blend, GL.Pease Barbary Coast (burley-based aromatic yang agak dinamik) & tentunya yang mudah didapati di sini Solani Aged Burley Flake.
KENTUCKY BLENDS :
Jika dedaun burley diproses secara fire cured, ia akan menghasilkan sejenis burley yang agak lain, dengan jolokan “kentucky” tobacco, sinonimnya ia banyak diproses di daerah Kentucky USA. Sudah tentulah rasanya lebih unik & berbeza dari burley, dan dengan kadar nikotin yang agak tinggi ia mendapat tempat di hati mereka yang sukakan “nicotine kick” dan sindrom “room spinning”. Contoh blend yang mengandungi Kentucky: Robert McConnell Scottish Cake, C&D Pennington Gap, Orlik Dark Strong Kentucky.
ENGLISH BLEND :
Kemanisan dari daunan virginia jika dipadukan dgn “BBQ smokiness” yang menjadi trademark flavor latakia, menghasilkan suatu blend menarik yang dikenali sebagai English blend. Campuran latakia paling minimum ialah 1%, tetapi kadangkala ada blend yg menggunakan latakia sehingga 40% (blend yg menjurus kearah lebih Latakia content yang banyak sebegini selalunya digelar “lat-bomb”). Cool smoking, creamy campfire taste (dari Cyprian latakia) atau leathery BBQ tasting (dari Syrian latakia) dan terkadang rasa seperti jerk meat atau daging salai, adalah atribusi normal sesuatu English blends. Contoh blend-blend yang boleh didapati di sini adalah SG Squadron Leader, Solani White & Black, Dunhill My Mixture 965, Ashton Artisan Blend, Dunhill Nightcap (lat-bomb).
CROSSOVER BLENDS :
Crossover blend bukanlah tergolong di dalam blend-blend tradisi, tetapi ia agak popular sekarang, terima kasih kepada revolusi blend aromatik. Blend ini sebenarnya adalah English blend yang agak ringan dan memiliki kualiti aromatik, dimana ia agak harum dan manis. Oleh itu, ia lebih ringan dari English blends dan kualiti aromatik yang dimilikinya tadi mampu menarik minat pemipa pemula yang bercadang untuk menerokai English blend. Boleh dikatakan ianya sangat bagus sebagai blend pengenalan kepada English blend. Selalunya, crossover blends akan memiliki kandungan tembakau cavendish yang agak tinggi, namun masih berasaskan virginia, sedikit oriental & latakia. Contoh: Frog Morton series (kesemuanya adalah representasi baik untuk crossover blend), Sillem Black etc.
ORIENTAL BLEND :
Blend ini mengenengahkan penggunaan tembakau oriental secara meluas. Tembakau oriental, atau “spiced tobacco” mcm yenidji, xanthi, drama, katerini, smyrna, izmir, sokhoum biasanya digunakan di dlm oriental blends, dan ditunjangi oleh virginia. Sesetengah blend yang menjurus kepada sesuatu tembakau secara khusus mungkin menggunakan nama tembakau tersebut (contohnya McClelland Yenidji Supreme) tetapi ia tetap tergolong dlm oriental blend. Flavor utama oriental blend adalah ringan, agak berempah, swampy-smokey dan kadang-kadang sedikit masin, dengan kadar nikotin yang rendah. Oriental blend seharusnya tidak mengandungi latakia, namun pengkelasan sekarang adalah agak longgar dan debatable. Contoh blend adalah seperti Robert McConnell Oriental, McClelland 221b Arcadia etc.
BALKAN BLEND :
Balkan blends adalah blend yang berada di antara oriental blend dan English blend. Balkan blend yang asli masih menggunakan virginia sebagai asas blend, digabungkan dengan oriental dan turut mengandungi latakia. Hasilnya, blend yang tidak se-strong English blends, namun lebih full bodied dari oriental blend dan memiliki flavor oriental yang spicy itu. Asimilasi tembakau oriental dan latakia juga agak unik dan memberikan kepuasan & keenakannya yang tersendiri. Contoh Balkan blends ialah Bill Bailey Balkan Blends, SG Balkan Flake dan SG Skiff Mixture.
SCOTTISH BLEND :
Ramai yang agak confuse dengan terma ini, namun Scottish blend tidak sama dengan English blend. Dengan tembakau virginia sebagai asas blend & adunan latakia, ia kelihatan seperti English blend cuma yang membezakan adalah tambahan dedaunan Cavendish & sedikit oriental. Hasilnya, blend yang sedikit heavy dari Balkan blend, lebih ringan dan lebih manis dari English blend, tapi lebih full-bodied dan sedikit berperisa. Contoh: Davidoff Scottish Blend & McBaren Scottish Mixture.
LAKELAND BLEND :
Lakeland blend merujuk kepada blend-blend yang memiliki kualiti bauan floral, sesuatu yang tercetus sebelum kedatangan blend aromatik dahulu yang agak terkenal di sekitar Lakeland, UK. Khabarnya zaman dulu ada peraturan draconian yang melarang penambahan perisa sebarangan terhadap produk tembakau, jadi suatu cara penyediaan yang berasingan menjadikan Lakeland style ini antara yang dibenarkan & menjadi kegemaran ramai pada ketika itu. Sekarang, evolusi blend aromatik telah menyebabkan pemipa tidak begitu menggemari kualiti floral dan bouquet yang ada pada blend Lakeland ini, malahan ada yang mengaitkannya dengan rasa sabun. Gawith & Hoggard adalah antara blending house yang banyak mengeluarkan blend-blend berteraskan Lakeland. Selain tu, SG 1792 Flake & SG RB Plug (ada di Malaysia) adalah contoh blend yang diinspirasikan oleh Lakeland style.