Burley boleh dikatakan sangat “downgraded” di dalam dunia tembakau. Ramai yang mengetahui kegunaannya di dalam blend-blend aromatik tetapi tidak ramai yang mengetahui mengenai nikmatnya burley yang disimpan / diperam untuk jangkamasa yang panjang.
Ditanam di kawasan pertengahan US seperti the great Midwest dan sekitarnya, tanaman sederhana renek ini juga boleh didapati di Brazil, Argentina, Malawi dan Mexico. Penanaman tembakau burley ini boleh dikatakan produksi kedua terbesar selepas tembakau virginia. Seperti virginia, tembakau burley juga digunakan secara meluas di dalam pembuatan curut, tembakau pipa dan juga rokok.
Dedaun burley ini terkenal dengan sifatnya yang memiliki kadar gula yang rendah. Ini menyebabkan ia sering dikaitkan dengan atribusi “cool smoking”. Ini ditambah pula dengan sifat semulajadi burley yang memiliki kadar penyerapan yang tinggi, menjadikannya satu komponen penting untuk tembakau aromatik. Di dalam industri tembakau aromatik, tembakau burley dicampurkan “casing” atau perisa dan diperam untuk satu jangkamasa dimana penyerapan rasa itu akan berlaku. Tiada tembakau lain yang mampu menyerap flavor sebaik burley oleh itu, boleh dikatakan hampir setiap blend aromatik memiliki komponen burley ini sebagai tembakau primer.
Selain itu, terdapat juga blend-blend yang mengenengahkan burley secara 100%. Lazimnya rasa yang mampu dihasilkan adalah nutty dan sedikit hay-like. Rasa koko mentah dapat dikesan di dalam tembakau burley ini, walaupun dominasi nuttiness itu adalah lebih meluas. Selain itu, sedikit kemasaman seperti buah prune turut dapat dirasa, dalam kadar yang sangat sedikit namun agak menarik untuk dicuba. Yang lebih menarik ialah kadar nikotin yang terdapat dalam blend 100% burley: ianya sangat jelas anda dapat merasakan kepuasan seperti menghisap rokok-rokok yang berasaskan burley seperti Lucky Strike. Solani Aged Burley Flake (ada di Malaysia) adalah antara blend utama burley 100%, dimana rasa dan flavor-flavor burley yang dibincangkan di atas mampu anda rasai dan sampelkan. Selain itu Cornell & Diehl Old Joe Kranz juga adalah antara blend-blend burley yang sangat digemari, dengan campuran burley-perique-virginia yang agak menarik. Blend-blend lain seperti MacBaren London Burley Blend (ada di Malaysia) dan GL Pease Barbary Coast adalah burley separa aromatik yang walaupun berperisa, masih mampu menzahirkan flavor burley asal dengan baik.
Jika tembakau virginia boleh dibezakan dengan “belt” atau tempat ia ditanam dan masa ia dituai, burley pula dibezakan dengan variasi cambahan spesis asal, iaitu white burley. Berasal dari Ohio, white burley adalah cambahan burley yang asal (iaitu red burley) secara fertilisasi bersilang. Ditemukan secara tidak sengaja, white burley ini mampu dituai pada jangkamasa yang lebih singkat, dan memiliki rasa yang lebih “refined”: “nuttiness” yang lebih kuat, kadar nikotin yang lebih tinggi tetapi tidak menyesakkan dan adunan rasanya mampu menjinakkan campuran lain seperti virginia, menjadikan keseluruhan blend lebih lembut dan enak. Namun, pokok white burley memiliki kecenderungan untuk kembali ke red burley yang asal selepas dua-tiga tuaian maka penghasilannya agak terhad dan tidak diusahakan secara besar-besaran. Contoh blend yang menggabungkan white burley secara baik adalah Reiner blend 71: Long Golden Flake (ada di Malaysia).
Tembakau burley biasanya di anginkan (air-cured). Namun jika ia dikultivasi secara fire-cured (atau terma khususnya dark-fired) akan menghasilkan tembakau Kentucky, dengan kadar nikotin yang jauh lebih tinggi. Ini akan kita bincangkan dengan lebih lanjut di dalam masterclass kentucky kelak.
Bagi sesetengah pemipa terutamanya peminat virginia, burley tidak memiliki kemanisan dan ketajaman rasa yang mereka biasa lantas kecenderungan terhadap burley blends adalah kurang. Walaupun begitu, mereka boleh mencuba blend-blend yang menggunakan burley secara sekunder, kerana nuansa flavor yang terhasil sebenarnya adalah agak refined dan menarik untuk disampelkan. Jika anda agak skeptikal tentang burley, saya syorkan anda mencuba Reiner Long Golden Flake – anda pasti terpikat dengan kemampuan white burley untuk memperkayakan blend virginia yang sangat lembut, enak dan classy ini.
Secara umumnya, kemampuan penyerapan rasa oleh burley ini telah pun menghadiahkan kita dunia tembakau aromatik yang berkembang semakin pesat. Tetapi jangan pula kita lupakan peranan burley dalam memberikan kita flavor nuttiness, koko-ish dan juga sedikit kejutan nikotin yang mampu memberikan kepuasan dalam setiap sesi perpipaan.