Virginia Masterclass: Daun yang Versatil

image

Virginia kekal sebagai tembakau yang paling banyak digunakan di dalam dunia. Secara amnya, kebanyakan produk tembakau keluaran dunia ini adalah berasaskan tembakau virginia. Sesuai dengan namanya, tembakau ini mula ditanam di daerah Virginia dan South Carolina pada permulaannya, dan sekarang ianya merebak ke Ohio, Maryland, Eastern Missouri, Tennesse, malah turut dihasilkan di Zimbabwe dan juga Malawi, kerana mudahnya ia dikultivasi dan kesesuaian tanah untuknya tersebar di seluruh daerah- daerah tersebut. Ciri-ciri tanah yang berpasir & bertanah liat, seperti di daerah-daerah ini amat sesuai untuk penghasilan daun virginia yang terbaik.

Kadar lembapan mineral yg tinggi membolehkan tembakau ini menyimpan glukos dengan banyak, maka tidak hairanlah jika kadar gulanya adalah tinggi. Selain itu, virginia juga diketahui memiliki note bauan seperti jerami kering (hay-like), buah tin (figs), kismis kering (raisins), bijirin dan roti (breadiness) yang agak membangkitkan selera. Ini berkait rapat dengan proses kultivasinya yang biasanya melalui proses “flue-cured”. Oleh kerana itu proses pemeraman yang berlaku adalah sederhana dan penapaian daun tembakaunya adalah agak lambat. Hanya “cavendish” ialah satu-satunya variasi tembakau virginia yang melalui proses pemeraman yang serius; dimana anaerobic fermentation akan menghasilkan tembakau yang lebih manis dan lebih wangi / fragranted, seakan berperisa.

image

Kerana sifatnya yang memiliki kadar gula yang tinggi, tembakau virginia memiliki tekstur rasa yang menarik. Ianya tidak terlalu keras, pekat dan fulfilling. Jika kita lihat dengan lebih dekat, kebanyakan syarikat tembakau masih menggunakan virginia sebagai asas / tembakau primer atau base kepada blend masing-masing. Hanya gubahan dari tembakau sekunder yang menetapkan rasa / taste akhir sesuatu blend mengikut klasifikasi mereka tersendiri (tambahan sedikit latakia terhadap base virginia akan menghasilkan English blends, tambahan perique akan menghasilkan Va/Per, tambahan burley menghasilan Va/Bur, tambahan dedaunan oriental seperti Izmir, Smyrna atau Basma akan menghasilkan Oriental blends, dan seterusnya). Komposisi virginia yang digunakan oleh blending-blending house ini biasanya bermula dari 60% hinggalah ke 99% (biasanya blend-blend Va/Per).

Virginia juga memiliki kadar minyak mineral yang tinggi dan tentunya setiap crop dari daerah yang berlainan memiliki kadar mineral oil yang berbeza. Jika anda perasan, kebanyakan full virginia blends adalah berbentuk flake / broken flake, dimana bentuk sebegini dapat mengekalkan kadar mineral oil di dalam tembakau untuk tempoh yang lebih lama. Yang menariknya, hal ini turut mempengaruhi flavor dan relatif rasa sesuatu blend virginia. Faktor cuaca semestinya amat mempengaruhi kadar oil di dalam crop virginia, kerana itulah ciri-ciri kedaerahan ini dipanggil “belt”. Hasil dari Georgia yang dituai pada July-August, cropnya digelar “Georgia belt” atau “yellow belt virginia”, sesuai dgn warnanya yg cerah kekuningan. Hasil crop dari Virginia yang dikenali sebagai “old belt” pula hanya dituai pada musim luruh, jadi sinaran matahari yang diterima crop ini tidaklah sebanyak crop dari yellow belt. Pada pengamatan saya, McClelland mengeluarkan blend-blend virginia dari crop-crop yang berlainan saban tahun dan jika anda mengikuti keluaran Christmas Cheer ini, anda mampu membezakan tekstur rasa dan flavor virginia dari belt-belt yang berlainan secara langsung.

image

Selain “bright virginia”, variasi nya yang lain seperti “red virginia” juga memiliki sedikit kelainan dari tekstur rasa nya. Datang dari kultivasi virginia dengan profil tanah dan cuaca yang sedikit berbeza, red virginia memiliki kualiti yang sama baik tetapi flavor profile nya lebih intense dan mungkin sedikit pahit – agak “raw” bagi sesetengah pemipa. Kadar minyak mineralnya lebih tinggi dan sugar level adalah sedikit rendah dari “bright leaves”, dimana mungkin ia tidak digemari oleh peminat-peminat bright leaves tetapi golongan yang memerlukan sedikit rasa tembakau asli pasti akan rasa gembira dengan kehadiran variasi ini. Kebiasaannya red virginia diperolehi dari sekitar Louisiana.

Penggunaan tembakau virginia tidak terhad untuk tembakau pipa sahaja. Rokok-rokok keluaran English seperti Dunhill dan Benson & Hedges juga menggunakan tembakau virginia, dimana ini berkait rapat dengan sejarah penanaman awal tembakau “old belt virginia” yang khususnya diimport ke England sejak awal lagi. Bagi yang ingin tahu, rokok Amerika awal seperti jenama Lucky Strike dan Pall Mall menggunakan tembakau burley.

Dari segi komposisi kimianya, tembakau virginia tidak mengandungi kadar nikotin yang tinggi. Walaupun begitu, ia tetap memiliki full-body flavor dan roundness rasa yang digemari ramai. Oleh yang demikian, virginia boleh dinikmati tanpa memerlukan campuran tembakau lain. Ini dapat dilihat dengan penghasilan banyak blend-blend 100% virginia oleh pengeluar tembakau / blending house, dan atribusi blend full virginia seperti ini selalunya agak “sweet” dan “fulfilling”.

Sesungguhnya dunia amat memerlukan tembakau virginia. Sifat versatiliti nya menyebabkan lahirnya banyak blend-blend yang berasaskan virginia yang mewarnai dunia perpipaan kita selama ini. Oleh itu, hargailah kompleksiti rasa dari virginia dan cuba-cuba lah berjinak-jinak dengan variasinya, kerana memahami bahan asas itu dapat memberikan kita perspektif yang lebih luas mengenai dunia tembakau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s