Faktor Lokaliti & Kualiti Tembakau

on

image

Tembakau adalah sejenis tanaman. Jika diikutkan, ianya tergolong dalam keluarga tanaman yang bersaudara dengan ubi kentang! Berkaitan itu, sebagai tanaman, beberapa faktor penting mempengaruhi kualiti, gred, dan kultivasi tembakau. Oleh yang demikian, hasil tembakau akan di gred dan disisih mengikut klasifikasi tertentu, dimana produk akhirnya akan diasingkan untuk kegunaan yang pelbagai.

Antara faktor-faktor kultivasi yang penting:

i) jenis tanah & nutrisi
Sebagai tanaman, faktor ini adalah amat penting bagi tembakau. Sesuatu tanaman bergantung penuh pada baja & nutrisi yang terdapat di dalam tanahnya. Faktor ini adalah sangat signifikan sehinggakan sedikit perubahan dalam kadar baja dan nutrisi di dalam tanah akan mempengaruhi hasil tuaian secara drastik. Begitulah ceritanya dengan tembakau. Kualiti tanah memainkan peranan penting dlm penentuan gred hasil tembakaunya, kerana rasa dan flavor tertentu terhasil dengan jenis-jenis nutrisi dan pembajaan di dalam tanah tersebut. Contoh lokal yang senang kita kaitkan ialah seperti mempelam harum manis – ianya mungkin boleh ditanam dan tumbuh di Desaru tetapi hasilnya nanti tentu tidak sama rasanya seperti mempelam harum manis yang ditanam di Perlis. Oleh yang demikian, ia tidak boleh dikategorikan sebagai mempelam harum manis dimana ini akan mempengaruhi faktor harga dan pasarannya kelak.

image

ii) benih
Benih sesejenis tembakau juga akan menentukan tembakau yg akan dikultivasi. Mungkin jika kita lihat dari segi virginia dan burley, ianya lebih straightforward atau jelas (benih Virginia akan menghasilkan tembakau Virginia) tetapi terdapat juga tembakau yang  secara umumnya adalah sama tetapi sedikit perbezaan memberikan variasi yang walaupun kecil, tetapi sangat menarik. Contohnya white burley dan red burley – kedua-duanya adalah variasi dari keluarga burley dengan bentuk daun, warna, urat daun, pola pembajaan dan rasa yang agak berlainan, kerana benihnya adalah berbeza walaupun dari keluarga yang serupa.

image

iii) cuaca
Iklim yang panas dan kelembapan udara yang tertentu juga akan menentukan kualiti dan gred tanaman tembakau. Walaupun secara amnya kita maklum bahawa tembakau memerlukan iklim yang panas, namun sesetengah tembakau oriental atau Balkan seperti Sokhoum, Izmir dan Smyrna pula memerlukan iklim sederhana sejuk untuk menghasilkan kultivasi yang baik. Cuaca yang sesuai ditambah dengan konsistensi iklim di sepanjang tahun juga menyaksikan tembakau keluaran Havana (Cuba) contohnya memiliki kualiti yang tinggi lantas mencetus industri tembakau yang menjadikannya salah satu destinasi tembakau utama dunia.

image

iv) proses kultivasi
Selepas proses penuaian (harvest) tembakau haruslah melalui proses kultivasi yang tertentu. Proses kultivasi ini adalah sangat signifikan kepada produk akhir tembakau hinggakan nama tembakau juga terkadang ditentukan melalui proses kultivasi ini. Ccontohnya, tembakau burley jika melalui proses air-curing yang biasa akan tetap dipanggil sebagai “burley”. Tetapi jika burley melalui proses fire-curing, ia akan digelar sebagai tembakau “kentucky” dan turut memiliki perbezaan flavor yang ketara dari produk asalnya. Antara proses-proses kultivasi yang selalu digunakan adalah air-curing, sun-curing, flue-curing, fire-curing, cavendish fermentation, honeydew dan lain-lain.

Memahami faktor-faktor ini dapat membantu kita untuk lebih mengerti akan mengapa perbezaan harga sesetengah blend adalah sangat besar, kenapa sesetengah tembakau hanya digunakan untuk blend-blend tertentu dan banyak lagi. Sebagai seorang pemipa, kita haruslah faham mengenai perihal ini supaya sesi perpipaan kita adalah optimum dan menyeronokkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s