Asas Pemipa Pemula : Mari Membina Dapur @ “Cake” !

Telah pun kita berbincang mengenai hikayat dan mitos yang menyelubungi pembinaan dapur atau “cake” di dalam bowl pipa kita tempohari. Sesungguhnya memang menyeronokkan melihat kreativiti orang dulu-dulu ini, yang secara tidak langsung membuktikan yang mereka pun mengambil berat akan pipa kepunyaan sendiri. Ini juga menunjukkan betapa istimewa dan “personalized”nya pipa kepada mereka. Di sebalik itu, kita, sebagai pemipa pemula, sudah tentunya risau dan teruja di … Continue reading Asas Pemipa Pemula : Mari Membina Dapur @ “Cake” !

“Breaking In” Pipa – Sejauh Mana Kebenarannya?

Konsep “breaking in” selalu berada di sekitar kita. Ia adalah satu cabang konsumerisma yang tidak akan tercatat dalam manual tetapi diketahui umum sebagai perkara-perkara yang perlu dilalui atau dilakukan. Antara contohnya ialah kereta baru, cuma konsepnya ditukar nama kepada “running in” dan anda disaran untuk memandu bawah 90km/jam dan menukar minyak hitam pada sela masa 1000km pertama. Logiknya adalah enjin baru yang mungkin masih berserpih … Continue reading “Breaking In” Pipa – Sejauh Mana Kebenarannya?

Siri “Bergelumang Dengan Ira Briar” : Mata Beburung (Bird’s Eye)

“Bird’s eye” atau mata beburung, adalah satu fenomena alam yang hanya dapat dinikmati oleh pemipa, peminat pena-pena eksotik dan peminat pisau-pisau dengan hulu dari jenis ini. Ianya adalah pusaran, titik titik pangkal atau hujung plot ira kayu atau “grain” yang bertaburan di  dalam sesebuah briar. Bayangkan susunan jerami yang menegak di dalam sesebuah briar mentah; dari pandangan sisi kita akan nampak pertindihan selari garis-garis lurus … Continue reading Siri “Bergelumang Dengan Ira Briar” : Mata Beburung (Bird’s Eye)

Perihal Pipa Bulldog & Hala Tujunya

Hmm…bila kita berbicara tentang pipa bulldog ini, masa terasa seakan singkat. Sudah menjadi tabiat manusia yg sukakan kepada keindahan, kita sebagai pipester tidak sama sekali terkecuali dari ini. Dalam dilema dunia perpipaan yang semakin menarik dan penuh warna ini, mengambil preferensi adalah suatu perkara yang tidak dapat dielakkan. Mengenai topik kita, pipa berbentuk bulldog, shape ini agak distinctive dan kemas berbanding kebanyakan pipe shapes yang … Continue reading Perihal Pipa Bulldog & Hala Tujunya