Pipa tanpa stem adalah satu penolakan kepada fitrah manusia di dalam usaha untuk tidak mensia-siakan kurniaan alam ciptaan tuhan. Pipa menjadi tidak berfungsi dan tidak mampu untuk menyediakan anda sesi pertembakauan yang sewajarnya. Kita telah melihat secara am tentang evolusi stem pada minggu lepas dan kini adalah masa yang terbaik untuk mengupas sedikit sebanyak akan material-material yang pernah terlibat.
Pipa pada asalnya tercipta sebagai satu unit. Tiada stem, tenon, mortise dan mana-mana bahagian yang berkait dengan penyambungan. Namun rata-rata pemipa merasakan yang ada permasalahan dari segi kepanasan yang agak mengganggu, terutamanya apabila bahan poros seperti meerschaum dan clay adalah material utama. Apabila meerschaum dan clay memanas, bibir pemipa akan turut terasa panas dan pada waktu tertentu akan melekat di material poros ini. Jadi, untuk mempunyai material bukan konduktor haba yang baik adalah satu matlamat utama pada ketika itu. Dan bermulalah kreasi manusia untuk membentuk stem pipa dengan bahan-bahan semulajadi, bukti kepada kemandirian sejagat.
Tulang berbanding tanduk adalah juga satu material stem yang jarang kita temui dek kerana ia juga memiliki kekurangan yang besar – di mana tulang adalah agak rapuh. Tanduk memiliki lebih potensi sebagai bahan stem terbaik kerana sifatnya yang licin, liat dan lebih tahan lasak. Secara amnya tanduk adalah terdiri dari bahan keratin (seperti kuku dan rambut) dan mudah didapati terutamanya pada zaman dahulu jadi tidak hairanlah banyak pipa-pipa lama yang menggunakan bahan tanduk sebagai stem.
Kesesuaian bahan tanduk juga menjadi satu persoalan apabila sedikit kelemahannya mulai ditemui. Para pipemaker terdahulu cuba mengelak untuk menghasilkan stem yang agak rapat dengan bowl kerana jika terdedah kepada kepanasan pembakaran di bowl secara kerap, tanduk boleh mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan – seperti bau rambut terbakar. Oleh kerana itu, apabila bahan moden seperti plastik dan alrilik diperkenalkan, stem tanduk terus merosot dari segi popularitinya.
Selain itu, bahan “scrimshaw” seperti gigi dan tulang ikan paus, gading sama ada dari darat atau laut juga seringkali menambat perhatian para pipemakers. Selalunya bahan-bahan sebegini, dek kerana kesukaran untuk mendapatkannya dan harganya yang mahal, akan dijadikan hiasan seperti stem “inlay” atau “floc” di permulaan shank kerana penggunaan bahannya lebih kecil. Namun, masih terdapat juga beberapa pipa yang menampilkan penggunaan penuh bahan-bahan tersebut, menjadikan stem pipa-pipa ini unik, indah dan tentunya mahal. Kebiasaannya, bahan-bahan ini sebagai stem memiliki warna putih krim dengan gilapan yang indah, hanya untuk dikontraskan dengan briar-briar bargrain cantik yang ditonakan dengan warna yang agak gelap. Lihat sahaja pada contoh pipa billiard Tao yang menggunakan gigi paus antik sebagai bahan stem, sesuatu yang tentunya menarik jika anda sanggup mengeluarkan belanja lima angka untuk memilikinya!
Dengan tahap kesukaran untuk mendapatkannya dan sifatnya yang cantik itu, amber adalah mahal dan penggunaannya lebih tertumpu pada industri barang kemas dan jewellery. Namun kreativiti pemipa melebihi segalanya dan amber turut dijadikan sebagai stem pipa. Tidak dinafikan sebagai sebuah stem, ia memang sangat menarik dan cantik. Dari segi keselesaan dan ergonomik juga ia agak sesuai (walaupun tidak lah 100%), kerana amber bersifat liat dan sangat licin.
Kini, amber mungkin menawarkan lebih “novelty” berbanding “functionality” namun pipa-pipa yang menggunakan stem amber kekal meraih harga yang agak mahal di pasaran – faktor keindahan dan “rarity” bermain dengan sangat baik di sini. Di artikel yang mendatang kelak saya akan menceritakan dengan lebih terperinci tentang perihal amber ini, dan kita akan melihat pula material sintetik yang menggantikan populariti amber sebagai stem pipa pada bahagian sambungan artikel ini di minggu depan.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!