Melihat, Memilih & Membeli Pipa di Maleisië

Sesiapa yang membaca artikel ini sudah tentunya pernah membeli pipa. Paling tidak, mungkin merancang untuk membeli pipa (jika masih tidak, apa yang anda sedang lakukan di sini?). Hakikatnya, minat anda yang semakin mendalam mendorong kepada pembelian “debut” atau penambahan koleksi “upping the ante” yakni berhijrah kepada pipa-pipa yang lebih baik kualitinya.

Cuma yang menjadi pertaruhan adalah wang anda. Pembelian pipa bukanlah semudah membeli rokok. Terdapat banyak faktor-faktor intrinsik yang bertemu si sini, sama ada teknikal mahupun praktikal. Bahkan, mungkin mistikal (saya maksudkan tentang mistik penjenamaan dan kesesuaian sesetengah bentuk / shape, tidak ada faktor “angker” disini ya). Tidak menghairankan kenapa “intertwining factors” wujud pada pembelian pipa ini kerana ia bukanlah satu alatan membakar tembakau yang murah dan mudah.

Menyaksikan hampir keseluruhan pasaran pipa di Maleisië a.k.a Malaysia a.k.a “Bolehland” sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat perubahan terhadap persepsi pipa pada mata masyarakat kita – sesuatu yang positif dan menarik. Lima tahun lepas dan kebelakang, Malaysia adalah syurga “rarities” – bukan kerana penumpuan pasaran barat ke atas kita, tetapi kerana kurangnya bilangan pemipa pada ketika itu, menjadikan banyak stok-stok pipa yang terdahulu, lama dan mungkin sudah tidak dikeluarkan lagi, mudah didapati di kedai-kedai tobacconist tempatan. 

Sebagai contoh, kita ada beberapa jenama seperti Bjarne, Karl Erik, S.Bang (ya, kita ada pipa S.Bang di sini!), Luigi Viprati, Peter Heeschen, Tom Eltang, Former, Holmer Knudsen, Peterson “higher grades” seperti Celtic dan Straight Grain, terpapar sedia untuk dijual di segenap pelusuk negara. 

banyak lagi jenama pipa yang kita belum cuba, apatah lagi kemasan-kemasan unik seperti “plateau rim” dan mungkin hybrid sandblast dan smooth

Ini tentunya agak menarik kerana sesetengah tobacconist terkemuka dunia pun tidak memiliki pipa S.Bang, Tom Eltang dan Former untuk ditawarkan kepada para pemipa mereka, dengan mengambil kira “inception” pipa gred ultra yang lebih tinggi diluar sana. Bukan sahaja itu, malahan pipa-pipa “factory made” Peterson seperti siri-siri High Grades yakni Straight Grain, Deluxe dan Celtic juga belum tentu akan dapat anda temui sepanjang masa walaupun di kedai terkemuka mereka di Grafton Street, dek kerana terhadnya pengeluaran jenis-jenis ini setiap tahun. Pasaran Malaysia pada ketika itu adalah penuh dengan kejutan dan bagi pemipa yang meneliti hasil-hasil “higher grades” sebegini, ia seumpama menemui lombong delima Mogok yang tidak dipajak oleh mana-mana syarikat!

Walau bagaimanapun, mungkin faktor kurangnya bilangan pemipa, kurangnya “bonding” sesama pemipa yang ada dan kurangnya pendedahan ilmiah yang menjadikan situasi tersebut begitu, pada ketika itu. Sekarang, segalanya telah berubah dan mencari sesuatu yang unik dan “rarity” adalah betul-betul “rarity” – ianya agak sukar sekali. Pemipa baru muncul saban hari dan tahap pengetahuan mereka tentang pipa dan seleksinya terkadang adalah sangat menakjubkan.

Benar mengikut teori “demand and supply”, kemunculan kedai-kedai pipa dan tembakau sekarang adalah umpama kemunculan cendawan selepas hujan. Sekali sekala, saya akan meng”rajin”kan diri untuk menjenguk kedai-kedai pipa yang ada di sekitar KL ini. Jika kita lihat lima tahun lepas, tidak banyak kedai yang mampu anda ulangi tetapi sekarang, pheww, memang ada banyak pilihan!

mengunjungi kedai-kedai pipa untuk membelek-belek dan membeli adalah satu keseronokan di dalam dunianya yang tersendiri

Juga terdapat banyak penjual-penjual pipa perseorangan yang membawa masuk banyak pipa-pipa “estate”, menyajikan kita dengan jenama-jenama yang tidak pernah dilihat sebelum ini seperti Kirsten, Hardcastle, Parker, Jeantet, Road Town, Kaywoodie dan sebagainya. Perkara sebegini tentunya adalah positif – dimana ia datang bersama pakej ilmu untuk mengenali jenama-jenama terbabit dengan lebih dekat dan ini secara tidak langsung membantu untuk “broading the horizon” pemipa-pemipa kita secara amnya.

Dengan itu, pemburuan pipa-pipa terutamanya yang unik dan “rarities” adalah agak terhad sekarang. Anda mungkin melihat sebuah Kiko B atau Peterson Tawny Deluxe dipaparkan di Facebook untuk dijual, tetapi dalam masa beberapa minit ia telah pun dilabelkan “sold out” tanpa sempat anda menghubungi penjual online terbabit. Sampai ke tahap begitulah pemipa kita sekarang, semuanya berilmu dan memiliki iltizam pengoleksian yang tinggi belaka!

Namun jangan pernah putus asa lah kawan-kawan. Rajin-rajinlah membelek laman-laman online, berinteraksilah dengan “trusted sellers” di Facebook, Whatssap group dan sebagainya. Kebanyakan “trusted sellers” sebegini berupaya untuk mencari sesejenis pipa yang spesifik seperti yang anda mahukan. Nyatakan keinginan anda itu dan saya percaya jika mereka menemuinya mereka akan segera menghubungi anda kembali. Ini juga adalah satu jaminan servis yang baik buat mereka. Bukan sahaja mereka mampu mencari pipa yang anda inginkan, malah mereka juga mampu membawa pipa-pipa berjenama yang tidak dibawa oleh kedai-kedai seperti OMS pipes, Dagner pipes & Dagner Cobs dan lain-lain lagi!

mendapatkan pipa-pipa berjenama yang berstatus “cult” seperti Dagner dan OMS memerlukan kita mengenali “appointed seller” di negara kita ini – sepertimana saya mendapatkan Dagner Cob dari saudara budiman Amar Naiem dari Belen-Belen Store ini

Juga, ringan-ringankan kaki ke kedai-kedai tobacconist seantero negara dan beleklah pipa-pipa disana selagi anda tidak muntah darah. Beli atau tidak, itu adalah hak kita sebagai pelanggan dan jika mereka keberatan untuk membenarkan kita menilik-nilik pipa mereka, yang rugi adalah mereka sendiri. Banyak lagi kedai-kedai lain yang memiliki “customer service” yang lebih baik. Akan tetapi janganlah anda pula “overdo” penilikan tadi dengan singgah setiap hari tanpa membeli. Belilah sedikit tembakau atau “tools” seperti filter, briar wax atau pipecleaners sekali-sekala apabila perlu untuk “menceriakan” hati pekedai. Mereka juga ada sewa dan pekerja untuk dibayar…

Satu lagi langkah yang baik adalah untuk terus bereksperimen dengan jenama dan bentuk pipa yang kita tidak biasa dan tidak pernah miliki. Luaskan skop perpipaan kita dan tingkatkan tahap eksplorasi sendiri. Kita pemipa senantiasa berubah selera dan penumpuan, dan harus juga sentiasa membuat penambahbaikan kendiri. Billiard adalah menarik namun Zulu juga agak mengasyikkan. Dan bukankah sesetengah billiard dari sesebuah jenama adalah sedikit berlainan dari jenama yang lain? Atau adakah anda pernah melihat pipa bentuk hawkbill dengan mata kepala anda sendiri? Atau bagaimana jika kita mencuba “clay pipes” pula? – Jangan pernah limitasikan pemburuan pipa anda.

pipa adalah satu dunia yang tidak bersempadan – jenuh dengan briar dan cob, beralihlah kepada clay pula!
Juga perhatikan kemasan pipa, kepelbagaian gaya stem seperti military bit, spigot, fishtail atau P-Lip dan sebagainya. Sedikit sentuhan ini, walaupun sangat kecil namun mampu membentuk keperibadian berpipa anda yang tersendiri. Walaupun tiada perbezaan ketara pada kualiti perpipaan, jangan pandang rendah pada faktor “feel good” anda.

Perlu anda ingat, sekiranya anda memilih untuk menjadi kolektor dan bukan sekadar pemipa kontemporari, anda akan sentiasa terdedah kepada kelemahan diri dalam menilik-nilik pipa yang cantik. Mujur juga sekarang, variasi penawarannya juga berkadar terus, semakin berkembang dan magnitud pipa-pipa yang mendarat di bumi Maleisië juga semakin banyak. Pada satu-satu masa, pastinya akan ada beberapa pipa yang diinginkan hati, pada mereka yang rajin mencari.
.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s