Anekdot Perpipaan #4 : “Smoky Renditions” of Ipoh

Ipoh sentiasa dekat di hati saya, walaupun saya bukanlah anak jati Perak. Sesuatu yang istimewa ada di sini, walaupun bandarnya tidaklah secantik Banda Hilir Melaka, tidak dipenuhi dengan bangunan kolonial a-la Georgetown, dan tidak se”laid-back”  seperti bandar-bandar di pantai timur.

image

Mungkin, banyak perkara yang “bermula” bagi saya di sini. Menghabiskan zaman persekolahan dengan 5 tahun “hostel life” di Teluk Intan juga mendorong kepada faktor ramainya kawan-kawan di sekitar ibu kota negeri Perak ini.

Tidak relevan untuk menceritakan perkara-perkara lain, hobi berpipa saya boleh dikatakan bermula di sini. Ya, di sini lah pipa pertama (“a very humbling, mid-range Big Ben Bora” – design yang saya rasa agak English; kalau dikelumit bersama berret akan memberikan persona “tough Englishman” a-la Jason Statham kononnya), dan juga baccy pertama (Winslöw “Harlekin” – secara jujur saya sangat tertarik dengan design tin baccy itu dan nama “Harlekin” itu merujuk kepada corak terbaik batu opal, yang sukar didapati dan mencatat harga empat ke lima angka dalam USD).

Dan sudah tentu sesi perpipaan solo pertama, gopoh bak pemula, di Ipoh Padang, bertemankan anak berkejaran burung-burung merpati. Revelations in the midst of the Kinta Valley? Yes, very much. This is something better than smoking cigarettes, man…

image
Ipoh padang...

Ipoh juga adalah suatu kawasan lembah yang dikelilingi banjaran dan bukit-bukit batu kapur yang sangat “scenic” dan saujana mata memandang. Ia bagaikan satu kanvas terbaik untuk kita berkontemplasi sambil diiringi baccy-baccy yang “relaxing” dan lembut. Jauh dari bayangan “aromaticism” baccy pertama saya, “smoky renditions” dari Dunhill My Mixture 965, NYPC Hell’s Kitchen, G.L. Pease Westminster atau Rattray’s Red Rapparee adalah pilihan terbaik untuk menemani petang-petang sebegini.

Saat perpipaan terbaik saya di Ipoh adalah dengan duduk di sofa sambil melihat Perak Turf Club – padang lumba kuda tempatan, berkanvaskan pergunungan batu kapur dan Banjaran Titiwangsa yang sayup mata memandang, menghembus perlahan asap-asap berbau “smoky” dan “earthy” dari baccy-baccy di atas dan bertemankan segelas ice lemon tea untuk “cooling off” dan juga sebagai “palate cleanser” untuk “flavor check”.

Duduk diam di dalam keselesaan, mata menjamu pemandangan saujana pergunungan dan padang lumba kuda di tengah-tengah Lembah Kinta ini, sambil ber”slow cadence smoking” yang membuatkan bowl pipa kita suam-suam kuku, sambil berkontemplasi akan flavor-flavor terbabit adalah satu ritual tersendiri bagi saya.

image
"slow cadence smoking" sambil ditemani lagu-lagu

Ritual ini juga ditemani pula dengan lagu-lagu “slower numbers” dari band The Smashing Pumpkins, selalunya dari era album “Mellon Collie and the Infinite Sadness” dan “Pisces Iscariot”, wow, memang sangat-sangat mendamaikan dan blissful, brothers & sisters!

Dan tidak perlulah kita mengulas tentang “foodie scene” di Ipoh ini, sememangnya ia adalah syurga kepada makanan-makanan hasil amalgam tiga budaya; Melayu, India dan Cina. Nasi “vanggey”, Kedai Mee Cathay, Restoran New Hollywood, Mee Kicap Mat Jasak, Mee Rebus Ramli, Taman Kanak-Kanak, Restoran Rahmath, Pakeeza…”you name it, Ipoh got it”!

Juga dengan budaya kopi putih mereka yang sudah pun menjadi “trademark” kepada bandar ini, Ipoh adalah salah satu tumpuan pelancong dengan penawaran “gastronomic feast” yang sangat “diverse” dan meluas.

image
Nasi "Ganja" ... seperti namanya, anda akan ketagihan

Bercakap tentang penawaran, untuk kita pemipa Ipoh adalah istimewa. Untuk bandar bersaiz ini, Ipoh memiliki empat kedai pipa, curut & tembakau – sesuatu yang sangat menarik! Mungkin “pipescene” di sini sangat meriah, atau ramai “towkey-towkey” lombong bijih timah (atau pewaris mereka) yang suka berpipa, ini saya tidak pasti dan mungkin seseorang dari Ipoh “pipescene” sendiri mampu mengulas tentangnya.

Suka untuk saya menyertakan “tagline” hasil pemikiran ikhlas pelajar tahun 3 ini sebagai penghormatan buat sebuah bandar yang banyak sejarah bagi diri…

“…di sinilah segalanya bermula, telah lama kami mengidam…”

.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s