“dari kerana mata, yang mempunyai kuasa,
ooh aku tergoda, aku tergoda terkaciwa…”
– R Azmi
Deria penglihatan adalah satu kurniaan yang dianugerahkan kepada kita. Dengannya, kita mampu menikmati dunia dan membentuk apresiasi terhadap segala macam perkara di dunia yang fana ini. Lagu dari R Azmi sendiri dengan jelas menyatakan akan betapa “berkuasanya” mata – ia membuatkan kita tergoda, bernafsu, dengki dan iri hati, jatuh cinta, pilu dan kecewa.
Kerana itulah faktor luaran, bagaimana kosmetik pun sifatnya, adalah satu faktor yang sangat penting di dalam setiap hobi dan pengkoleksian. Dengan faktor inilah nilaian dijangkakan, gred-gred terhasil dan asas satu koleksi akan terbentuk. Bak kata orang, dari mata turun ke hati. Sebelum sesebuah pipa itu difahami akan keutuhan briarnya, keunggulan kejuruteraannya, keselesaan memegangnya dan lain-lain perkara, perkara pertama yang kita pemipa lihat pasti adalah unjuran grain yang mengalir disepanjang bowl dan shank nya.
Oleh kerana itu lah, untuk sesebuah pengkoleksian pipa, faktor luaran seperti unjuran grain sebegini tentunya sangat bermakna. Kita dihidangkan dengan beberapa range untuk gred; dari rustik ke sandblast ke cross grain, flame grain, birdseye dan seterusnya ke straight grain. Seorang pemipa yang juga berfungsi sebagai kolektor tentunya mahukan kesemua unjuran grain ini menjadi miliknya.
Terkadang, setiap kategori juga memiliki “goal” yang tersendiri seperti penambahbaikan dari segi kualiti : kalau kita sudah pun memiliki pipa straight grain, tentunya di suatu masa apabila kita menemui pipa lain dengan label “fiammata” yang lebih baik, atau lebih baik lagi fiammata yang berkategori “angel hair”, tentunya kita mahu “upgrade” dan “upping the ante” dengan memiliki fiammata terbabit kerana ia akan memberikan satu definisi pengkoleksian yang lebih tinggi berbanding yang terdahulu. Ini adalah penambahbaikan atau “upgrading” yang normal bagi mana-mana pengkoleksian, asalkan mata sudah melihat dan hati terpaut, dibantu pula dengan kondisi kewangan yang baik maka proses penambahbaikan tentunya akan selalu berlaku.
Di sini juga lah kita menjadi saksi kepada kepentingan grain. Kita sering diberitahu yang “straight grain tidak menjamin smoking quality yang baik” dan secara amnya ini adalah sangat benar. Akan tetapi cuba kita melihat kepada faktor kebarangkalian di dalam pemilihan material – blok-blok plateau XX yang berkualiti tinggi biasanya hanya dibeli oleh pipa-pipa yang berjenama mahal. Bukan tidak logik tetapi mungkin sangat-sangat jarang sekali untuk kita menemukan pola straight grain yang padat pada pipa-pipa berkelas “basket pipes”.
Dari sudut yang bertentangan pula, kita tentunya tidak akan menjumpai pipa-pipa dengan jenama tersohor yang mempunyai isu-isu briar seperti fissures, sandpits besar yang distabilkan dengan filler dan sebagainya. Pipa-pipa kelas begini sudah tentu akan “reject” blok-blok briar yang bermasalah dari awal lagi. Dan tentunya mereka memiliki para pipemakers yang sangat mahir dalam kejuruteraan pipa. Jadi, memang benar “you can’t smoke grains” akan tetapi pipa dengan good grains memiliki kebarangkalian yang sangat tinggi untuk menjadi a good smoker. Dan kebiasaannya (dunia masih adil), you will get what you pay for.
Perihal kecantikan dan kondisi luaran ini boleh juga kita samakan seperti industri makanan kita; dimana sekarang kita lihat banyak penawaran gourmet dining yang menitik-beratkan soal hiasan pada makanan yang membantu meningkatkan selera kita. Atau mungkin kita boleh bayangkan selera kita apabila makan di atas pinggan fine china yang putih bersih berbanding dengan di atas pinggan plastik yang sudah hampir kehitaman dimamah usia dek kerana penyelenggaraan yang kurang baik. Tidakkah ia akan menggangu selera anda?
Tidak juga saya mengatakan yang keenakan baccy anda akan meningkat sekiranya anda menggunakan pipa yang baik, cantik dan mungkin sedikit mahal. Flavors stays the same dan lebih bertindak-balas terhadap faktor kejuruteraan pipa itu sendiri. Akan tetapi saya suka untuk melihat kepada aktiviti berpipa di dalam konteks yang lebih holistik – nikmat baccy, keseronokan beritual, jamuan mata dengan shape dan grain baik, diselubungi mistik branding, apresiasi karya artisanal dan kepuasan pengkolektivitian.
Konteks hidup ini adalah terlalu luas untuk kita mengecilkan skopnya, dan hidup juga terlalu singkat untuk kita bertangguh dalam menikmatinya.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!