Siri “Berdamping Dengan Blends” : Full Virginia

Dalam siri seram “Berdamping Dengan Blends” kali ini, kita akan meneroka blend-blend virginia penuh atau lebih dikenali sebagai blend full-virginia. Juga, terkadang segelintir pemipa menggelarkannya sebagai blend “straight virginia” atau hanya “blend virginia” sahaja.

image
daun virginia adalah sangat versatil dan jika ia dihasilkan sebagai flake, ia mampu menyimpan lembapan dan minyak mineral dengan baik

Tembakau virginia adalah sangat versatil. Banyak yang telah kita bincangkan di dalam “Virginia Masterclass” dahulu, seperti lokaliti asal dan kultivasi tembakau ini. Boleh dikatakan sekitar 70% blends di dunia ini mengandungi virginia di dalam pelbagai komposisi. Anda menjumpainya di dalam blend-blend aromatik, English, Scottish, va/per, oriental dan lain-lain. Itu belum lagi menyentuh blend-blend full virginia yang juga memiliki kepelbagaiannya yang tersendiri.

Berbalik kepada perdampingan kita hari ini dengan full virginia, blend ini memberikan komposisi yang sangat jelas dan tegas – hanya penggunaan 100% virginia sahaja yang dibenarkan untuk pengkelasan ini. Sudah tentunya ramai yang akan berfikir, jika hanya satu daun yang terlibat, blend akan menjadi sangat “one-dimensional” atau membosankan tetapi terima kasih kepada faktor lokaliti virginia yang memungkinkan kepelbagaian komposisi minyak mineral, air dan glukos di dalam daun ini, perbezaan rasa antara blend-blend dapat dialami oleh penggemar genre ini.

Tanpa bantuan flavor-flavor dari lain-lain tembakau, blend full virginia perlu memiliki rasa yang unik, “distinctive” dan padu, demi menjadikannya menarik dan berbaloi untuk dicuba. Oleh itu, peningkatan kualiti dan keunikan rasa hanya dapat diperolehi samada dengan penggunaan daun virginia sesuatu lokaliti yang dimatangkan secukupnya (fully matured), cara pemeraman daun virginia itu sendiri dan juga dengan gabungan daun-daun virginia dari serata pelusuk dunia.

image
faktor lokaliti juga amat penting dalam sesebuah blend full-virginia kerana ia mampu menzahirkan rasa-rasa yang berbeza mengikut tempat ia dikultivasi

Usaha mengumpul dan mematangkan daunan virginia mengikut lokaliti tersendiri lazimnya dilakukan oleh blending house seperti McClelland contohnya, di mana pengeluaran siri “Christmas Cheer” saban tahun menggunakan tembakau virginia dari sesuatu lokaliti yang telah dituai dan dimatangkan paling kurang empat tahun sebelum dikeluarankan. Menarik sekali untuk kita merasai perbezaan virginia-virginia ini kerana lain lokaliti, lain komposisi tanahnya dan lain kandungan glukos dan minyak mineral di dalam daunan masing-masing.

Sesetengah blend full virginia pula menggunakan kaedah pemeraman dan pematangan yang sedikit berbeza, di mana ia akan menghasilkan rasa yang unik dan tersendiri berbanding blend full virginia yang lain. Walau pun kebanyakan daun virginia melalui proses flue-cured, penghasilan sesetengah blend memungkinkan proses-proses tambahan seperti “pressing”, “hot-pressing”, “toasting”, “stoved” dan lain-lain. Kesemuanya dapat memberikan kelainan pada flavor dan rasa sesuatu blend full-virginia. Jika anda dapat merasai sedikit “plummy sweetness” dari Samuel Gawith Full Virginia Flake (FVF) contohnya, ia adalah kerana tembakau virginianya melalui “hot pressing” di dalam persediaan blend tersebut.

image
kepelbagaian dalam proses penghasilan dan "curing" sesebuah blend virginia itu menjanjikan diversiti rasa yang baik di kalangan genre ini

Proses ini juga dapat mengurangkan kadar gula di dalam daun virginia terbabit. Pengurangan gula tidak semestinya menandakan sesuatu yang baik, kerana untuk bright virginia kadar gula adalah penting. Cuma, adunan gula yang sedikit sederhana mungkin lebih sesuai dengan blend-blend full virginia – ia memberikan ruang untuk kita menikmati “tobacco body” dengan lebih baik dan lebih “full-flavoured”. “Tangy” dan “zesty”, yang selalu dikaitkan pada bright virginia, adalah lebih sesuai dengan blend-blend va/per, mengikut selera saya – terpulang pada individu.

Penghasilan blend-blend full virginia yang mengenengahkan adunan pelbagai daunan virginia dari seantero dunia pula adalah agak berisiko, walau pun unik. Saya katakan berisiko kerana tidak semestinya adunan tersebut akan menjalinkan blend yang baik dan sedap, kerana faktor-faktor seperti minyak mineral, kadar gula, pemeraman dan teknik penyediaan tembakau tentunya berlainan bagi setiap daun, dan ia akan bercampur aduk antara satu sama lain. Walau pun begitu, dari segi keunikan blend sudah tentu ianya agak eksperimental.

Pada pandangan saya, apa yang kita cari dari sesebuah blend full-virginia adalah kualiti tembakau itu sendiri. Virginia adalah tembakau asas, bukan kategori tembakau perisa (spice tobacco) seperti perique atau oriental, jadi yang penting tentunya “full-flavored”, “full-bodied”, kadar nikotin yang sederhana, sedikit “sweetness” dan “smokiness”, dan “earthiness” yang mampu diberikan olehnya. Kesemua ini  walaupun sedikit, jika diadun dan diolah dengan baik, akan menghasilkan blend full-virginia yang sangat “potent” dan lengkap.

image
penggunaan daun yang berkualiti adalah sangat ketara dan mampu menentukan keberjayaan sesuatu blend full-virginia

Sudah tentunya di dalam genre ini terdapat beberapa blend legenda yang diakui sedap, memuaskan dan memiliki ramai peminat seperti Samuel Gawith FVF yang sedikit masam-manis kismis, McClelland Christmas Cheer dan Dunhill Flake yang menampilkan rasa “full-bodied” dengan flake-flake gelapnya, DTM Hamborger Veermaster yang menampilkan “grassy notes” diatas “medium-bodied” blend, McClelland 221b Black Shag yang menampilkan penggunaan “stoved virginia” yang sangat baik dan menyelerakan, dan NYPC Bowling Green yang menggabungkan red dan bright varian demi kompleksiti untuk kontemplasi palate kita. Kesemua blend di atas boleh didapati di Malaysia.

Boleh saya katakan di sini, blend full-virginia adalah sesuatu yang anda mahu capai dan bakar di dalam bowl pipa ketika anda berfikir tentang gaya hidup dan suasana industri tembakau pada abad ke 19 dan 20. Udara yang “dusty” di pekan-pekan kecil, dengan laluan sempit ke pelabuhan yang penuh dengan kotak-kotak kayu berisi matured virginia yang berwarna coklat gelap menghasilkan bau yang sedikit tengik tetapi “grassy” dan “earthy”, dimana ia dipunggah oleh kelasi-kelasi naik ke kapal untuk konsumasi empayar, adalah sangat menyelerakan. Tentunya, benih virginia yang dibawa dari Amerika Latin telah pun bercambah dengan baik di “new world” dan dengan cepat ekspot tembakau virginia dan “trade route”nya berkembang pesat.

image
pemahaman akan apa yang ditawarkan oleh sesuatu blend virginia akan menjamin kenikmatan perpipaan bersama genre blending yang memuaskan ini

Sememangnya siri “berdamping dengan blends” ini memerlukan sedikit pemerhatian yang lebih, di mana saya sendiri mendampingi pelbagai blend full virginia di sepanjang minggu penulisan artikel ini, demi untuk mendapatkan “feel” yang baik dan penyampaian maklumat yang paling hampir dengan tepat. Jadi saya ingin mengesyorkan anda juga membaca sambil berpipa dengan mana-mana blend full virginia, dan hayatilah kepelbagaian yang mampu terhasil dari satu genre yang walaupun kelihatan sangat ringkas, ternyata ia mampu memberikan kepuasan maksimum kepada kita.

.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s