Asas Kepada Potongan (Cutting) Tembakau.

Hasil akhir tembakau biasanya datang dengan pelbagai potongan dan rupa seperti yang kita jumpa di dalam tin-tin baccy. Walaupun kebanyakan cutting ini adalah berkaitan rapat dengan proses kultivasi dan cara sesuatu tembakau itu disediakan, namun ia tidak semudah itu kerana banyak cutting yang dibuat khusus untuk jenis konsumasinya, sama ada mahu terus dinikmati atau untuk simpanan jabgkamasa panjang (cellaring). Matlamat utama pastinya untuk menyenangkan pemipa memanipulasikan bahan komoditi ini. Mari kita lihat beberapa contoh di bawah:

image

READY RUBBED:
Potongan ini sebenarnya adalah tembakau flake yang “digosok” (sama ada dengan tangan atau mesin) untuk menguraikan flake tersebut. Tekstur yang terhasil adalah untaian tembakau yang agak sederhana kasar dan tidak memiliki pola yang sekata. Pembakaran yang akan terbentuk adalah slow burning dan memerlukan moderate initial lighting (pembakaran permulaan). Ready-rubbed baccy akan cepat hilang moisture, jadi ketahanan untuk disimpan lama atau “cellaring” adalah kurang baik berbanding flake cut.
Contoh: Solani White & Black.

image

RIBBON CUT:
Dibuat dengan mesin pemotong, tembakau kek dipotong menjadi untaian reben yang sederhana halus dan sekata. Dengan tekstur ini, penyalaan pembakaran adalah mudah dan pola pembakaran adalah sekata, tetapi dengan pembakaran sebegini pipa biasanya mudah panas. Selalunya ribbon cut dibuat untuk blend-blend aromatic dengan tujuan mengudarakan kondisi tembakau aromatic yang biasanya lembab dengan casing dari flavor. Oleh itu ia terus boleh digunakan tanpa perlu masa penyediaan “prepping” yang lama. Namun, ribbon cut senang kehilangan moisture nya, jadi kadar ketahanan untuk cellaring bus tidak begitu baik.
Contoh: RMC Red Virginia.

image

FLAKE CUT:
Potongan ini adalah khusus untuk pressed tobacco. Pemeraman dua atau lebih tembakau yang dicompressed untuk amalgamam flavor baccy itu menjadikannya seperti satu kek yg tebal. Ia kemudiannya dipotong memanjang tetapi nipis, menjadi kepingan segi empat yang dipanggil “flake”. Flake ini boleh digesel sendiri dengan tangan untuk menjadi “ready rubbed” atau boleh dilipat kecil untuk terus dimasukkan ke dalam pipa (teknik fold & stuff). Flake cut selalu dikaitkan dengan pembakaran yang perlahan & tidak panas. Ketahanan untuk cellaring bagi flake cut adalah baik.
Contoh: FVF & Solani Aged Burley Flake.

image

BROKEN FLAKE:
Sama seperti flake tetapi dipecahkan menjadi kepingan yang lebih kecil. Tujuannya adalah untuk mendapatkan kebaikan potongan ready rubbed dan flake: supaya lebih mudah disediakan dan dinikmati, disamping kualiti ketahanan cellaring seperti turut dikekalkan. Amat sama seperti Ready Rubbed.
Contoh: Gold of Mysore.

image

PLUG:
Plug adalah ketulan tembakau yg berbentuk segi empat dan selalunya dimampatkan secara lapisan demi lapisan. Ia kemudiannya diperam dan proses fermentation yang sangat aktif akan berlaku. Plug selalunya dilapiskan tembakau yang berlainan di setiap satu lapisannya, maka sebab itulah jika kita potong secara mengupas lapisan satu per satu, flavor profilenya akan berbeza berbanding dengan potongan biasa secara keratan rentas.
Contoh: Peterson Perfect Plug.

image

COINS / CURLY CUT:
Curly cut ini selalu juga digelar “coins”, secara asas bentuknya sama. Mengapa bentuknya seperti duit syiling adalah kerana ianya berasal dari “rope” tobacco (sila lihat Rope dibawah), dipotong nipis lantas terhasil lah bentuk “coin” ini. Cutting ini jarang ditemukan sekarang namun pemipa veteran dan connosseiur tembakau selalu mengatakan cutting ini dapat memberikan flavor yang terbaik dari kombinasi tembakau-tembakau yang terlibat, kadar fermentation yang sangat baik dan tahap ketahanan cellaring yang tinggi.
Contoh: Dunhill De Luxe Navy Rolls.

image

ROPE:
Ini adalah bentuk asal “coin” cut. Bentuk tembakau yang menjadi kesukaan kelasi kapal ini dulu selalunya dipulas semampat mungkin di dalam kain yang nipis. Hasil pulasan ini akan mengeluarkan jus tembakau, memampatkan tembakau itu bersama dan proses pemeraman yg baik akan terhasil, dan ini menghasilkan “Rope” tobacco. Proses pembuatannya agak rumit dan jarang ditemukan sekarang. Rope mampu menyimpan moisture utk jangka masa yg sangat lama, jadi daya ketahanan ageing nya adalah sangat tinggi.

image

CUBE CUT:
Proses asalnya sama seperti pembuatan flakes namun instead dipotong menjadi kepingan segi empat flakes yg nipis, ia dipotong lebih kecil lagi hingga menghasilkan ketulan kiub kecil. Cube cut mampu mengekalkan lembapan di dlm tembakau untuk tempoh yg lebih lama, jadi persediaan yg awal / prep adalah penting sebelum ia digunakan. Flavor profile akan lebih menonjol tetapi ia selalu juga dikaitkan dgn kepanasan tinggi ketika berpipa dan kadangkala memerlukan relights yg banyak. Teknik packing pipa “gravity filling” selalunya digunakan utk cutting ini.
Contoh: Peterson St. Patrick’s Day

image

SHAG:
Cutting jenis ini menampilkan tembakau yg dipotong halus menjadi juraian yg very fine, seakan mihun yg dipotong pendek. Hasilnya, pembakaran yg mudah, sekata dan senang dikawal. Akan tetapi, mudah terdedah pada kepanasan jika kita tidak control puffing. Kebanyakan tembakau tempatan dipotong “shag”. Dahulu, potongan shag ini biasanya melibatkan tembakau “bulk” yg murah, namun sekarang ianya lebih kepada variasi cutting.
Contoh: McClelland 221b Black Shag.

image

LOOSE CUT:
Merujuk kepada tembakau yang dipotong halus, terurai menjadi bentuk yg pelbagai. Boleh jadi ready rubbed, ribbon cut, shag dan mungkin juga kombinasi antara gaya cutting.
Contoh: Rattray’s High Society.

Dengan ini, kita sebagai pemipa haruslah pandai untuk mengaplikasikan potongan tembakau ini mengikut cara perpipaan dan kaedah cellaring yang kita mahukan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s