Banyak hobi yang memerlukan perbelanjaan yang agak kasar demi meneruskan minat anda terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Kita selalu mendengar orang berhabis duit untuk modding kereta, golf, melancong, gourmet dining dan berlayar. Saban bulan ada sahaja peruntukan yang akan keluar dari poket kita untuk merealisasikan kehendak hobi-hobi ini. Dan kita tidak pula terasa beban kerana pemilikan hobi tersebut memang menuntut beberapa pengorbanan, dan yang banyak dikorbankan adalah masa dan wang.
Berpipa pula adalah lebih subjektif. Memang ianya bebas untuk pemipa memilih pipa dan baccy manakah yang mereka mahukan, dengan pilihan yang meluas anda boleh menentukan sama ada anda mahu berbelanja besar atau kecil. Namun kebiasaannya ramai yang berhabis demi untuk menambahkan-baik koleksi mereka. Jadi, wang sememangnya perlu.
Akan tetapi, wang bukanlah segalanya. Money can’t buy me love. Sebenarnya anda tidak memerlukan banyak wang pun untuk kekal menikmati pipa anda. Beberapa ringgit untuk corncob, atau pipa estate yang di dalam penawaran beserta se-pek baccy, sebatang paku untuk tamper dan sehelai tisu untuk membersih sudah cukup untuk sesi perpipaan yang mendamaikan.
Apa yang penting ialah semangat untuk memajukan diri beserta aspirasi yang tinggi untuk membudayakan hobi ini.
Hal ini tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.