“Been There, Done That”

Berpipa adalah suatu siri percubaan demi percubaan, setuju?

Bermula dari “humble beginning” yakni pipa pertama yang “untung sabut timbul, untung batu tenggelam” (hey, peruntukan untuk pipa pertama dan pengetahuan ketika membeli pipa pertama, selalunya adalah “catastrophic”) dan baccy aromatik 100g adalah resepi kegagalan yang jitu. Hari ke 3 diserang “tounge burn” pertama – sehingga sakit lidah tetapi keseronokan berpipa semakin menjadi-jadi. Yang pasti, aromatik tidak mengandungi nic hit yang hebat untuk menjadikan semua ini satu “addiction”. Sudah pastinya ia adalah “adventure” yang mendorong minat itu.

Perjalanan diteruskan tanpa menoleh ke belakang lagi. Pipa dan baccy semakin bertambah, dan syukur sekali pengetahuan dan pengalaman juga bertambah “in tangent” dengan pelaburan-pelaburan tadi.

Kehidupan “hostel life” pada awal usia saya adalah antara faktor penting dalam survival hobi ini. Di asrama, anda tiada ibu dan bapa untuk membuat keputusan untuk anda. Jadi, anda belajar membuat keputusan sendiri dengan cepat dan sudah tentu anda tersilap langkah di sana-sini. You better fail fast, so that you can learn faster.

Selepas tin demi tin, anda “develop” kecenderungan “genre” anda dan selepas pipa demi pipa, anda dapati diri anda menggilai sesetengah bentuk dan jenama. Inkuisiti kendiri yang tinggi akan menyebabkan anda mencuba bahan-bahan lain (meerschaum, morta, cherrywood, corncob, etc) dan perbezaannya difahami, dikaji dan diaplikasikan. Seperti yang telah saya katakan berulang kali, berpipa ini banyak dimensinya, kerana setiap percubaan anda hatta 1mm kecil atau besar shank hole, apa yang anda dapati seperti airflow, profil pembakaran, malahan rasa baccy adalah berlainan dengan setiap input.

Ada kalanya, anda “plateau-ed” atau berada dalam hiatus untuk sesuatu ketika. Dan bila anda kembali, wow banyak pula aspek-aspek baru yang menarik seperti baccy-baccy baru, pipa-pipa menawan dan sebagainya. Dan anda dapati kecenderungan asal terhadap bentuk dan genre baccy sudah mulai bertukar.

Tidak mengapa lah, “been there, done that”. Setidaknya anda tahu apa karakter meerschaum, bila nak menggunakan corncob, keseksian Hawkbill Viprati, open draft vs closed draft etc. Jika suatu hari Syrian latakia hanya tinggal di dalam penulisan, anda mampu tersenyum dan berkata dalam hati, “what a noble leaf…”

Ia semuanya berkisar tentang penambahbaikan diri dan minda kita, bukan penambahbaikan “gears” seperti pipa yang kita gigit atau baccy yang kita ambil…

image