…(it’s) way more than luck!

Memang betul.

Terkadang anda akan terfikir betapa bertuahnya kita dapat menemukan pipa-pipa Peterson (atau pipa-pipa lain secara amnya) dengan grain idaman kita, pada harga yang kita perkirakan mampu milik atau kebetulan kita memiliki kemampuan untuk memilikinya pada masa-masa itu. Namun sebenarnya pencarian pipa-pipa Peterson bergrain cantik sememangnya memerlukan lebih dari sekadar nasib baik.

Saya masih ingat lagi petang-petang yang penuh pengharapan – menjejak naik ke banyak tobakonis demi tobakonis dan membelek seleksi Peterson mereka, yang selalunya didedikasikan satu rak bercermin khusus hanya untuk Peterson sahaja. Terkadang jika bernasib baik, terdapat beberapa Aran yang memiliki birdseye memukau, dan selalunya ia tidak akan kekal lama di situ.

Hal ini bukan hanya terhad kepada pipa-pipa entry level sahaja. Malahan banyak Peterson yang berkategori atas juga turut menerima nasib grain acuh-tak-acuh. Malahan, terkadang terdapat juga beberapa siri atas yang memiliki “sandpit” dan “imperfections”! Kalau diikutkan memang agak “unthinkable” yang Peterson akan mengeluarkan pipa-pipa sebegini, walaupun “imperfection” tadi mungkin agak kecil.

Perihal “imperfection” ini, bagi kebanyakan pipa adalah satu perkara biasa. Sandpits memang banyak wujud pada briar-briar kerana briar adalah produk alami, bukannya plastik. Jadi adalah normal untuk sandpits hadir terutamanya di dalam pipa-pipa bergrain cantik. Namun bagi sesetengah pipemaker artisan Scandinavian, mereka mungkin akan menukarkan finishing pipa tersebut kepada rustifikasi jika sandpit hadir. Dan adalah wajar begitu kerana sesetengah pipa smooth mereka pun berharga sekitar USD 500 ke atas. Dan dengan penghasilan 100-200 pipa setahun, sudah tentu mereka mampu memilih briar sebaik mungkin untuk pengeluaran pipa finishing smooth mereka.

Namun bagi Peterson sudah pasti perihal ini agak mustahil. Mereka kelihatan lebih cenderung untuk menyelamatkan grain-grain briar yang cantik ini walaupun ia melibatkan lubang-lubang sandpit yang perlu diisikan “filler”. Ini adalah bercanggah dengan konsep artisanal pipemaking (yang masih boleh menerima sandpit akan tetapi tidak filler) namun Peterson juga bukanlah mensasarkan pengeluaran artisanal bagi pipa-pipa mereka. Oleh yang demikian, tepuklah dada dan tanya lah selera anda sekiranya anda berhadapan dengan pipa-pipa yang diisi “filler” ini.

Walau bagaimanapun, bukanlah agak “common” juga bagi pipa-pipa Peterson untuk memiliki “filler”. Kebanyakan yang kita boleh lihat adalah bebas dari filler, malahan banyak juga yang memiliki birdseye dan cross-grain yang menarik hati kita, dan terkadang langsung menyaingi Dunhill, Ashton atau yang seangkatan dengannya. Akan tetapi mengapakah begitu? Mengapa kita selalu terlepas pandang akan permata-permata indah dari Peterson ini?

Saya ada terbaca baru-baru ini tentang bagaimana salah satu sistem otak kita berfungsi. Menurut buku “The Answer” karya Allan & Barbara Pease (ya, saya tahu anda akan terfikirkan tentang G.L. Pease tetapi ia bukanlah orang yang sama), Reticular Activating System (atau RAS) yang diproses oleh otak kita bertindak seumpama sebuah lensa zoom yang memfokuskan penglihatan kita tepat ke arah apa yang kita mahu lihat, dan pada masa yang sama ia mem”blur”kan perkara lain disekeliling objek fokus kita tadi. Jadi di dalam kes Peterson dan “lacklustre grain” ini, adakah kita sememangnya tidak berharap atau mungkin secara tidak sedar kita tidak mahu sesebuah pipa Peterson dihiasi dengan grain-grain super sedemikian? Sukar untuk kita perkatakan.

Oleh yang demikian, kita sepatutnya mengajar dan meng”set”kan RAS kita untuk mencari pipa-pipa Peterson yang memiliki unjuran grain-grain indah dan baik. Dan berkemungkinan dengan itu mata kita akan lebih cekap di dalam mengecam permata-permata yang jarang diperhatikan sebegini. Percayalah, tidak lama kelak, sekali-sekala kita akan dapati yang wujud beberapa pipa Peterson yang mampu memalukan dunia Danish pipemaking dengan grain-grain yang bertahap super dan unjuran yang sangat memukau.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

2 thoughts on “…(it’s) way more than luck!

  1. Ada yang melihat paip sekadar paip,
    Ada yang melihat paip berdasarkan bentuk,
    Ada yang melihat paip melihat iranya, bentuknya, panjang-pendeknya, saiz chambernya, bentuk chambernya, tinggi bowlnya, material stemnya, saiz airholenya, bitnya dan lain-lain, maka menikmati paip dengan ilmu itu adalah lebih baik 🤘✊🤘

    Like

    1. Setuju Cikgu Joe. Sememangnya lebih indah bila kita mengetahui dengan lebih jelas akan kecenderungan kita.

      Lebih-lebih lagi dalam situasi sekarang dimana banyak pilihan yang ada di depan mata kita. Ilmu akan memastikan kita membuat pilihan yang lebih tepat sejajar dengan matlamat perpipaan kita 👌

      Like

Leave a comment