الاعتدال و انت سوف لن تتضرر

Terkadang saya terfikir, kita ini hidup dalam dunia yang sudah ditentukan konteksnya. Bagaikan bidak catur yang mengikut pergerakan tertentu, tidak boleh berubah pergerakan sesuka hati.

Adat resam, undang-undang dan norma kehidupan semasa sentiasa kita hormati. Itu kita sedia maklum. Namun masuk kepada perkara yang merosakkan diri, kita lupa yang skopnya sangat meluas.

Konsep wasattiyah haruslah dipegang. Keterlebihan selalunya akan mendatangkan masalah, walaupun pada perkara-perkara asas. Pengambilan gula yang berlebihan, sebagai contoh, juga adalah bahaya.

Jadi, fahami diri anda dan tetapkan suatu tahap supaya anda mampu menikmati secebis kehidupan tanpa memudaratkan diri dan masyarakat.

image